04/01/2017
PERINGATAN :-
OPERASI PEMOTONGAN BEKALAN AIR AKAN DIJALANKAN PADA 25HB JANUARI 2017 (RABU) TERHADAP UNIT YANG MEMPUNYAI TUNGGAKAN MELEBIHI 2 BULAN BIL.
SILA BUAT SEMAKAN UNTUK BIL-BIL YANG TERTUNGGAK DIPEJABAT PENTADBIRAN ATAU HUBUNGI 03-7832 2184.
MERUJUK KEPADA AKTA HAKMILIK STRATA (AKTA 318), UNDANG-UNDANG KECIL PERUMAHAN PERBADANAN PENGURUSAN PANGSAPURI ILHAM.
DIBAWAH SEKSYEN 5.07(5)(iii) HAK UNTUK MEMOTONG BEKALAN AIR.
Tuan punya dengan ini bersetuju bahawa pihak Pengurusan adalah berhak untuk memotong bekalan air ke Petaknya sekiranya Tuan punya gagal membayar apa-apa sumbangan (atau sebahagian daripadanya) yang dirujuk dalam Seksyen 5.08 (1) dan (4) untuk lebih dari (2) bulan dan/atau apa-apa Bayaran Pasti tertunggak lain yang perlu dibayar di bawah ini di mana bekalan air hanya akan disambung semula apabila Bayaran Pasti yang tertunggak dibayar penuh bersama-sama dengan caj bayaran lewat dan apabila caj penyambungan semula berjumlah RM25.00 atau pada kadar lain yang sedemikian sebagaimana dikenakan oleh pihak Pengurusan dibayar.
-PERBADANAN PENGURUSAN PANGSAPURI ILHAM-