18/02/2017
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Salam Takziah buat Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan keluarga. Seluruh rakyat dan kakitangan kerajaan Negeri Selangor turut berdukacita.
Al-Fatihah.
Bonda melahirkan anak ini, menyusukan anak ini, menyuapkan anak ini, mengajuk cakap anak ini, menyikatkan rambut anak ini, memakaikan baju anak ini dan menggembirakan anak ini.
Bonda memberikan anak ini keluarga, nasihat, teguran, dan kasih sayang yang tiada taranya.
Betapa kecilnya sumbangan anak ini terhadap bonda dan sesungguhnya tidak terbalas seluruh pengorbanan bonda demi sayang kepada anak ini.
Anak ini redha dengan ketentuan Illahi menjemputmu dan hanya doa si anak kepada bonda sahaja yang mampu dihadiahkan mulai saat ini sehinggalah nafas anak ini yang terakhir.
Doa anak ini ialah semoga bonda ditempatkan dalam kalangan orang beriman, mendapat husnul khatimah dan ditempatkan di syurga yang penuh nikmat atas segala kasih sayang bonda yang tidak terbalas itu kepada anak ini.