DRB-HICOM Defence Technologies

Call Directions Website

DRB-HICOM Defence Technologies To be premier defence & security technology product and services provider.

SALAM TAKZIAH | AL-FATIHAHSeluruh warga DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) merakamkan ucapan takziah kep...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH | AL-FATIHAH

Seluruh warga DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali atas pemergian beliau pada 28 September 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala kekhilafan beliau serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat kehilangan ini.
Al-Fatihah.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TUAH tampil di majlis pelancaran Tim Nukleus Angkatan Siber!Tactical Utility Autonomous Hybrid (TUAH), platform auton...
19/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TUAH tampil di majlis pelancaran Tim Nukleus Angkatan Siber!

Tactical Utility Autonomous Hybrid (TUAH), platform autonomi maju yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI), edge intelligence dan sistem kawalan berpusat, dipamerkan sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

TUAH hasil kerjasama strategik DEFTECH dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). DEFTECH menyumbang kepakaran dalam keperluan ketenteraan, reka bentuk mekanikal dan fabrikasi, manakala UMPSA dalam sistem autonomi, perisian dan robotik.
Pembangunannya turut disokong Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) 2025 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bernilai RM1.4 juta, melalui projek "AEROGROUND" yang meneroka robot autonomi aero-darat untuk pengawasan dan peninjauan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin.
๐Ÿ’ช
๐Ÿ“ธ Kredit foto: Khairu Aidilnishah Rizan

19/09/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia & Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-93 ๐ŸŽ–๏ธ16 September menandakan detik bersejarah penubuhan Mal...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia & Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-93 ๐ŸŽ–๏ธ

16 September menandakan detik bersejarah penubuhan Malaysia, sekali gus meraikan pengorbanan dan dedikasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan negara.

DEFTECH ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ATM atas komitmen dan keberanian menjaga keamanan negara. Sebagai rakan strategik industri pertahanan, kami terus komited melahirkan platform pertahanan bertaraf dunia demi memperkasa keupayaan ATM.

Bersama kita raikan semangat perpaduan dan kesetiaan kepada Malaysia tercinta! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พGenap 69 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan! DEFTECH (DRB-HICOM Defence Technology...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Genap 69 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan! DEFTECH (DRB-HICOM Defence Technology Sdn. Bhd.) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syukur kepada seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Sebagai peneraju industri teknologi pertahanan negara, kami sentiasa komited memperkasakan keupayaan pertahanan dan keselamatan negara
demi Malaysia yang berdaulat, aman dan sejahtera.

Marilah kita terus bersatu padu memperkukuh semangat kebangsaan!
SELAMAT HARI KEBANGSAAN!

MALAYSIA MADANI, RAKYAT DISANTUNI

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.Bangga menjadi anak Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธSelamat Hari Kebangsaan dari kami, warg...
28/08/2026

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Bangga menjadi anak Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ
Selamat Hari Kebangsaan dari kami, warga kerja DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH)!

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita masih dapat menghirup udara kemerdekaan yang bebas dan aman. Marilah kita sama-sama menghayati semangat perpaduan dan patriotisme, meneruskan legasi juang para pahlawan yang telah berkorban demi kedaulatan negara tercinta.

Di DEFTECH, kami sentiasa komited untuk terus menyumbang ke arah memperkasa pertahanan dan keselamatan negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ DEFTECH bersama UMPSA sambut lawatan YB Menteri Pendidikan TinggiDRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) a...
27/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ DEFTECH bersama UMPSA sambut lawatan YB Menteri Pendidikan Tinggi
DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) akan turut serta dalam sesi lawatan rasmi YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Kampus Pekan.

Lawatan ini mengetengahkan kerjasama strategik antara UMPSA dan DEFTECH dalam pembangunan Tactical Utility Autonomous Hybrid (TUAH) serta teknologi mobiliti autonomi โ€” mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam menterjemahkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada aplikasi sebenar yang memberi impak kepada industri pertahanan negara.

๐Ÿ“ UMPSA Kampus Pekan, Pahang
๐Ÿ“… Khamis, 27 Ogos 2026
"MALAYSIA MADANI"


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448Hโ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi...
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H

โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.โ€
โ€” Surah Al-Ahzab, 33:21

Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia, kepimpinan serta perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam membina masyarakat yang berilmu, berintegriti dan penuh kasih sayang.

Semoga nilai-nilai yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW terus menjadi inspirasi dalam membentuk peribadi yang unggul serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada seluruh warga DEFTECH.

Selamat Hari Pahlawan kepada semua rakyat Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พHari ini, kita kenang jasa dan pengorbanan pahlawan-pahlawan yang ...
31/07/2026

Selamat Hari Pahlawan kepada semua rakyat Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari ini, kita kenang jasa dan pengorbanan pahlawan-pahlawan yang telah berjuang demi negara yang gugur syahid, yang cedera, dan yang masih berkhidmat sehingga kini.

DEFTECH bangga menjadi sebahagian daripada usaha membina keupayaan pertahanan negara, sebagai tanda sokongan kepada setiap pahlawan yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan tanah air.

Terima kasih, pahlawan kita. ๐Ÿซก๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Tahniah DEFTECH Unmanned Systems!DEFTECH dengan bangganya mengumumkan penyertaan anak syarikat kami, DEFTECH Unmanned...
28/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Tahniah DEFTECH Unmanned Systems!

DEFTECH dengan bangganya mengumumkan penyertaan anak syarikat kami, DEFTECH Unmanned Systems Sdn Bhd, dalam 12th International Search & Rescue (ISAR) Conference and Exhibition 2026 di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

๐Ÿ“ Booth B12
๐Ÿ“… Pameran: 28 โ€“ 29 Julai 2026
๐Ÿ“… Lawatan & Demo Pameran: 30 Julai 2026

Jemput singgah ke booth kami untuk lihat sendiri teknologi unmanned systems yang dibangunkan untuk aplikasi search & rescue. Tahniah dan semoga sukses kepada team DEFTECH Unmanned Systems! ๐Ÿ™Œ

Address

Lot 26, Jalan Pengapit 15/19, Section 15
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:45
Tuesday 08:30 - 17:45
Wednesday 08:30 - 17:45
Thursday 08:30 - 17:45
Friday 08:30 - 12:30
14:30 - 17:45

Telephone

+60355228800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DRB-HICOM Defence Technologies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share