26/08/2021
Tadi ada seorang makcik ni call saya..
Lembut je suaranya..
Anak duduk mana?
Anak dah lama buat Tone Wow ni?
Dah ramai orang ajak saya buat bisnes ni, tapi saya belum sedia lagi..
Saya tanya dengan nada gurau, kenapa acik tak sedia..
Katanya,
Acik pernah buat bisnes ###xx. Konsepnya lebih kurang Tone Wow juga, tapi jual sistem yang boleh orang topup dan bayar bil, kemudian kita dapat komisen. Acik keluarkan duit EPF 300k untuk labur dalam bisnes ni. Ia janjikan p**angan setiap bulan. Beberapa kali je sempat dapat, kemudian lingkup semuanya..
Acik hampir tak siuman dah masa tu..
Acik pernah buat insuran, bila dah berada di atas, mula lupa akhirat. Solat tinggal, berkawan dengan orang2 yang hanya mengejar dunia.
Acik pernah rasa zaman kegemilangan dengan nikmat dunia, dan sekarang acik rasa siksa bila jatuh hilang segalanya.
Acik hanya ada 1 orang anak, itulah yang acik harapkan, segalanya acik buat untuk pelajarannya. Tapi hari ini, dia tinggalkan acik terkontang kanting keseorangan, ikut telunjuk takut pada isterinya.
Acik sekarang ibu tunggal, anak tak kenang budi. Sedih..
Acik punya susah, sampai hampir masuk kristian kerana layanan mereka sangat baik dengan bantuan diberikan. Namun nasib baik acik sedar, balik semula ke pangkal jalan.
Acik ada terima bantuan baitulmal sebulan RM500, kehidupan serba kurang, nak bayar sewa bilik lagi. Hari ini duit acik hanya ada RM20 lebih dalam akaun bank, acik nak keluarkan duit jadi buntu, sebab di mesin ATM minima kena ada RM50 baru boleh keluarkan duit. Pernah acik hari-hari nak teruskan hidup hanya makan nasi putih saja.
Saya tak minta simpati anak pun. Saya cuma kongsi cerita ni sebab nak lepaskan segala yang terbuku kat hati ni. Acik tahu, kalau nak minta bantuan orang, sampai bila orang nak bantu. Sekali mungkin ok, kalau berkali-kali siapa yang mahu tolong.
Sekarang acik nak buat bisnes ni, acik dah study tentang bisnes ni punya plan marketing. Acik dah tua tapi acik betul-betul nak ubah hidup semula.
Simkad biz komisen dia paling tinggi kan?
Jika acik nak beli 3 keping, tunggu duit baitulmal acik masuk, anak boleh tunggu?
Kawan-kawan,
Saya speechless dengar cerita dia, kali pertama saya tak tahu nak balas apa.. saya jadi sebak sangat, tak sangka orang yang ditimpa musibah begini pun masih kuat, tenang saja bercerita. Tabik dengan semangat dia nak ubah hidup.
Saya kongsikan cerita beliau kerana banyak sangat pengajaran kita boleh belajar dari cerita dia. Semoga kisahnya menginsafkan kita semua.