17/12/2023
SHO/ OYK / SSS … orang safety , apa masa depan anda ?
Alhamdulillah, selesai sesi KALIBRASI TTT OSHC Trainer Mega Mekar Academy … ready to rumble with IMPACT 👌👍💪
Orang safety kena rancang dari awal nak kadi apa nanti … jangan dah umur 70 baru tanya En Fakhrul …. tolong saya nak jadi TRAINER boleh tak ? 😂😂🤔🤔
Orang safety kena fikirkan 3 perkara dalam carier
;
1. Menambah nilai pada diri - orang SAFETY kena sentiasa menambah nilai pada diri anda bukan setakat kumpul sijil dan CEP tapi nilai diri masih di takuk lama , cakap tergagap-gagap , komunikasi koyak , leadership tak ada , orang tak respect , kerja complain dalam hidup. Carilah ilmu , guru atau mentor dan circle rakan-rakan yang sentiasa membawa anda ke next level jangan mudah selesa kerana keselesaan adalah tanda-tanda kematian pergh …. 😅😅😂😎
2. Menambah nilai kepada orang lain - orang Safety kena sentiasa bersedia memberi . Memberi tanda kaya . Beri masa, beri ilmu , berkongsi pengalaman dan banyak lagi selain DUIT . Kejayaan terbesar orang SAFETY adalah bila boleh memberi manfaat kepada orang lain dan kepada lebih ramai orang. Sama ada dengan terlibat dengan NGO atau mengajar orang lain - jadi TRAINER contohnya. Sentiasa fikir bagaimana saya boleh boleh give , GIVE MORE and GIVE UNCONDITIONALY .
3. EXIT PLAN - orang safety kena fikir pada penghujung CARRIER @ KERJAYA anda ataupun next level apa yang anda nak capai untuk memenuhi kepuasan, keperluan kewangan, masa dan kehidupan. Orang safety kena merancang lebih awal nak jadi TRAINER, konsultant atau AUDITOR bukan 2@3 hari punya kerja. Paling kurang lima tahun baru boleh jadi TRAINER , CONSULTANT @ AUDITOR yang EXCELLENT. TIADA JALAN PINTAS & SHORT CUT , semuanya bermula dari sini dan sekarang . CARI GURU@MENTOR yang betul 👌💪👍❤️
4. Belajar untuk bawa diri anda ke next level
Anwar Ahmad Afandi