Syahrim Hartanah

Call Directions Contact the business

Syahrim Hartanah Simplifying and enabling property ownership. https://mylink.la/syahrimnaim

18/08/2026

Boleh dapat lagi ke unit dekat Bangsar South ni?
Haa rezeki siapa yang nampak video ni, korang boleh dapat:
1. Unit dalam Bangsar South proper.
2. Pakej developer tapi rumah dah siap.
3. Positif cashflow untuk sewaan whole unit fully furnished.
Harga bermula dari 730k net. Kalau nak just roger.

11/08/2026

Selain connectivity dengan major highways dan public transport, ada benda lain yang lagi power kalau nak senang dapat penyewa dan kadar sewa yang tinggi.

08/08/2026

Seronok duduk sini pergi kerja jalan kaki je.

05/08/2026

Benda yang pelabur hartanah paling risau: nak dapatkan penyewa. Tapi kalau unit korang dekat sebelah office tower gred A, masalah ni tak wujud langsung. Sebab seberang jalan ada beribu orang bergaji tinggi yang boleh jadi penyewa rumah korang.

22/07/2026

Beli rumah duduk sendiri
VS
Beli rumah untuk pelaburan,
Ada kriteria yang sama dan ada yang berbeza. Paling bagus kalau dua-dua bahagian pun sesuai.

Kalau bab beli kereta ni, akan sentiasa keluar kereta baru yang lebih berbaloi lepas beberapa bulan. Tiba-tiba kereta ka...
25/05/2026

Kalau bab beli kereta ni, akan sentiasa keluar kereta baru yang lebih berbaloi lepas beberapa bulan.

Tiba-tiba kereta kau kena label jadi ‘previous model’. Atau ‘spec lama’.

Sedangkan hutang masih ada 5-9 tahun lagi.

Value pulak makin turun.

Tapi kalau beli hartanah, ayat yang keluar lain.

‘Saya beli hari tu ### ribu je, sekarang…’

‘Abang beli murah dulu’.

‘Dulu harga ### je’.

Tapi of course hari ni kena tengok betul-betul sebelum beli. Baru boleh cakap ayat kat atas tu.

Kalau tak, panas hati je dengar orang lain yang cakap ayat tu. 😅

18/05/2026

Yang takut beli rumah ni, sebenarnya takut apa?

Takut hutang?

Takut salah beli?

Takut tak cukup duit setiap bulan?

Ya aku faham, semua tu valid.

Tapi takut kalau tak beli rumah pun seram juga.

Kadar sewa boleh naik.

Owner rumah sewa suruh keluar.

Harga rumah makin naik dah selalu orang cakap.

Yang orang tak sedar adalah umur makin meningkat tapi masih tak ada asset.

Bezanya dekat sini,

Satu risiko nampak jelas (takut beli rumah). Benda yang nampak ni, sebenarnya kita boleh hadapi dan bersedia untuk hadapi.

Yang satu lagi, senyap-senyap makan masa (tak beli langsung). Tiba-tiba bila kita sedar, kita dah cicir jauh.

Masa ni kita takkan dapat balik.

Kalau hari ni harijadi kita, semalam kita 29 tapi hari ni dah 30 tahun.

Pada saya, beli rumah ni bukan soal takut atau tak.

Tapi soal, risiko mana kau sanggup ambil?

04/05/2026

Berapa lama lagi kau nak bayar rumah orang?

Setiap bulan kau bayar, tapi bukan untuk diri kau.

RM1,000… RM1,500… RM2,000 sebulan.

Nampak macam biasa.

Tapi cuba kira balik…

1 tahun = belasan ribu

5 tahun = puluh ribu

Semua duit tu, masuk dalam aset orang lain.

Bukan salah menyewa.

Tapi kalau dah bertahun-tahun menyewa tanpa beli rumah sendiri,

Kau sebenarnya tengah “delay” ownership hidup kau sendiri.

Ramai orang selesa menyewa sebab “tak nampak sakit”

Padahal hakikatnya, kau tengah bayar sesuatu yang kau takkan pernah miliki.

Kalau kau nak start ambil tindakan untuk beli rumah sendiri,

Join channel ni yang kongsi banyak hal pasal pembelian rumah.

Channel akulah tu. Linknya aku share dekat komen.

03/05/2026

Kenapa kau rasa rumah tu benda yang ‘nanti-nanti’?

“Beli rumah? Nanti dulu lah…”

Perasan tak, bila cakap pasal beli rumah ramai orang automatik jawab:

“Belum lagi… nanti dulu…”

Masalahnya, “nanti” tu tak pernah ada date line.

Bukan sebab tak mampu.

Tapi sebab tak pernah duduk betul-betul dan tanya diri:

“Aku nak beli rumah bila sebenarnya?”

Akhirnya…

Umur makin naik.

Komitmen makin banyak.

Harga rumah pun diam-diam makin melambung.

Dan “nanti” tu… jadi lagi susah.

Realitinya, beli rumah bukan fasal tunggu seru.

Tapi tentang kau mula ambil serius walaupun belum perfect.

Kalau kau sekelumit rasa nak beli rumah,

Join satu channel ni, dekat situ ada perkongsian tentang nak beli rumah.

Channel akulah tu. Linknya aku share dekat komen.

01/05/2026

Akaun e-wallet atau digital banking kena block tak bermaksud duit dalam tu hilang.
Biasanya sebab ada aktiviti mencurigakan, dan kena block itu sebenarnya untuk protect duit korang.
Duit masih selamat. Cuma akses je disekat sementara.
Nak elakkan akaun kena block?�– Jangan kongsi OTP�– Lengkapkan eKYC�– Monitor transaksi�– Elakkan jadi mule account
Kalau ada aktiviti pelik, terus report. Save dulu video ni. Penting bila jadi dekat diri sendiri.

Address

Shah Alam
40200

Telephone

0133253369

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syahrim Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Syahrim Hartanah:

Shortcuts

Share