Budak Anai-Anai

Budak Anai-Anai Pest Control & Hygiene Services under Master Alami Resources. Experience since 2013. Please welcome.

05/09/2024

Hidup ni singkat. Bila-bila pencipta nak panggil kita, kita akan pergi. Bila ada peluang melakukan kebaikan, lakukanlah segera...

Betul ke Petua-petua ini MUJARAB?Sila komen
18/08/2024

Betul ke Petua-petua ini MUJARAB?
Sila komen

Semut Charlie: Simptom dan RawatanWalaupun disebut sebagai ‘semut’, namun ia sebenarnya merupakan sejenis kumbang yang l...
20/10/2023

Semut Charlie: Simptom dan Rawatan
Walaupun disebut sebagai ‘semut’, namun ia sebenarnya merupakan sejenis kumbang yang lebih dikenali sebagai Rove Beetle. Semut Charlie ialah serangga kecil berukuran 7-8mm panjang dan mempunyai kepala hitam serta bahagian badan berwarna merah atau oren. Mereka berasal daripada negeri-negeri timur Australia.
Biasanya semut ini dijumpai di kawasan takungan air seperti saliran atau paya. Walau bagaimanapun, sifat semulajadinya yang tertarik kepada cahaya menyebabkan ianya mudah dijumpai di kawasan perumahan. Ketika waktu malam terutamanya pada musim hujan, semut Charlie akan terbang secara berkumpulan untuk melakukan migrasi ke kawasan yang lebih kering.
Semut Charlie tidak menggigit atau menyengat tetapi darah mereka mengandungi toksin kuat iaitu pederin yang boleh menyebabkan iritasi kepada kulit dan mata. Jika anda terlanyak semut Charlie, toksin tersebut akan dilepaskan dan diserap oleh kulit anda. Anda mungkin mengalami simptom seperti:
Radang kulit atau mata
Gatal kulit
Kulit atau mata menjadi merah
Kulit menjadi panas
Jangkitan pada kulit
Tiada rawatan pertolongan cemas yang khusus apabila anda terdedah kepada toksin semut Charlie ini. Rawatan yang boleh anda cuba ialah elakkan bersentuhan dengan semut ini selepas anda terkena toksinnya. Basuh bahagian tubuh yang terjejas menggunakan air sabun, kemudian gunakan kompres sejuk, ubat antihistamin, atau gunakan pokok lidah buaya(aloe vera) untuk mengurangkan simptom daripada menjadi lebih teruk. Dapatkan rawatan perubatan jika reaksi kulit menjadi sangat teruk terhadap toksin semut Charlie.
Cara Pencegahan - Pakai pakaian berlengan panjang supaya kulit kurang terdedah kepada mana-mana serangga yang bahaya. Tutup lampu semasa tidur agar tidak menarik perhatian serangga yang gemar kepada cahaya. Pasang jaring penghalang di tingkap rumah anda supaya serangga kecil tidak dapat menembusi ruangan dalam rumah. Guna racun serangga untuk membunuh semut ini dengan berkesan.
Sukar untuk anda elakkan diri daripada terkena toksin semut Charlie kerana saiznya yang terlalu kecil yang menyebabkan seseorang tidak perasan akan kehadirannya. Anda boleh melakukan rawatan seperti di atas iaitu dengan merawat kawasan kulit yang merah, bengkak, sakit, dan gatal. Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mengalami reaksi teruk terhadap toksin tersebut, dapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera supaya komplikasi dapat dielakkan.

Tak sah tak buat tender tanpa kopiko!!!
15/10/2023

Tak sah tak buat tender tanpa kopiko!!!

Tak faham kenapa nak buat Bangsal atas tingkat 7 apartment ni kalau tidak digunakan atau di manfaatkan oleh penduduk ata...
24/09/2023

Tak faham kenapa nak buat Bangsal atas tingkat 7 apartment ni kalau tidak digunakan atau di manfaatkan oleh penduduk atau residen...
Akhirnya burung yang lepak atas ni sampai dapat komplen yang najis mereka bersepah. Tak pasal-pasal jadi masalah pest pulak..
So apa penyelesaiannya?
Ada 10 unit tau?

TAHUKAH korang... Serangga yang dipanggil Semut Charlie ni sebenarnya tergolong dalam golongan kumbang dan ianya bukan j...
13/07/2023

TAHUKAH korang... Serangga yang dipanggil Semut Charlie ni sebenarnya tergolong dalam golongan kumbang dan ianya bukan jenis semut!

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak 1444H daripada seluruh warga kerja Sanicare Hygiene Services Sdn Bhd dan Page...
22/03/2023

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak 1444H daripada seluruh warga kerja Sanicare Hygiene Services Sdn Bhd dan Page Budak Anai-Anai...
Salam Ramadhan dari Koi Pest Control.
Semoga Amalan di bulan mulia ini, diterima Allah SWT.
Aameeenn...

15/03/2023

Doing Space & Surface Disinfection Service (SSD Service) at Bandar Utama Client on 2022

Kami komited dengan kerja-kerja pengawalan serangga perosak.Hubungi kami di nombor tertera atau boleh hubungi team budak...
10/03/2023

Kami komited dengan kerja-kerja pengawalan serangga perosak.
Hubungi kami di nombor tertera atau boleh hubungi team budak. Anai-anai 01132115000 (wasap/telegram)

Malam Nisfu Syaaban adalah pada 7 Mac 2023.Semoga Allah SWT menerima segala amalan dan segala kebaikan yang kita usahaka...
07/03/2023

Malam Nisfu Syaaban adalah pada 7 Mac 2023.
Semoga Allah SWT menerima segala amalan dan segala kebaikan yang kita usahakan.
Amiin..

Ramadhan semakin menghampiri kita.. Yang terlepas Ramadhan lepas, dah diganti?
06/03/2023

Ramadhan semakin menghampiri kita.. Yang terlepas Ramadhan lepas, dah diganti?

Salam Jumaat Penghulu segala hariDoa Hari Ini :Wahai Tuhan kami, janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau beri kami...
02/03/2023

Salam Jumaat Penghulu segala hari
Doa Hari Ini :
Wahai Tuhan kami, janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau beri kami hidayah dan kurniakanlah
kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Memberi.
(Al Imran, 3:8)

😊

Address

Sanicare Hygiene Services SB, No. 10, Jalan Jubli Perak 22/1
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Budak Anai-Anai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Budak Anai-Anai:

Share