06/06/2026
Ramai orang ingat bila dah ada KWSP, tak perlu fikir pasal simpanan persaraan lain.
Hakikatnya, masalah persaraan bukan sekadar ada simpanan.
Masalah sebenar ialah...
Adakah simpanan itu cukup untuk menampung kehidupan 20 hingga 30 tahun selepas kita berhenti bekerja?
KWSP memang penting.
Ia adalah asas yang sangat baik untuk persaraan.
Tetapi kos sara hidup terus meningkat, jangka hayat semakin panjang, dan ramai yang masih mempunyai komitmen walaupun selepas bersara.
Sebab itu wujudnya PRS (Private Retirement Scheme).
Bukan untuk menggantikan KWSP.
Tetapi untuk melengkapkannya.
Dengan PRS, anda boleh membina tabung persaraan tambahan secara konsisten sambil menikmati pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun.
Mudah cerita...
Simpan untuk masa depan, dan pada masa yang sama kurangkan cukai hari ini.
Dapat dua-dua.
Ramai orang sibuk mengumpul aset ketika usia bekerja.
Rumah nak tambah.
Kereta nak upgrade.
Pelaburan nak berkembang.
Tetapi tidak ramai yang benar-benar merancang bagaimana aliran pendapatan akan diteruskan apabila gaji sudah tiada.
Persaraan bukan tentang berapa lama kita bekerja.
Ia tentang berapa lama duit kita mampu bekerja untuk kita.
KWSP adalah tapak.
PRS p**a boleh menjadi lapisan tambahan yang mengukuhkan keseluruhan pelan persaraan anda.
Kerana apabila tiba hari persaraan nanti, yang penting bukan berapa banyak duit yang pernah kita kumpul.
Tetapi berapa banyak yang masih ada dan masih mampu menyara kehidupan kita.
Ramai orang hanya sedar kepentingan perancangan persaraan apabila umur semakin hampir ke garisan penamat.
Sedangkan masa adalah aset paling berharga dalam membina dana persaraan yang kukuh.
Kalau anda nak tahu bagaimana PRS boleh membantu menambah simpanan persaraan dan pada masa yang sama menikmati pelepasan cukai tahunan, saya sedia bantu terangkan dengan lebih lanjut.
Tinggalkan komen "PRS" atau PM saya.
Saya akan kongsikan bagaimana anda boleh mula merancang persaraan dengan lebih yakin tanpa perlu mengubah gaya hidup secara drastik hari ini.
Kerana persaraan yang selesa bukan berlaku secara kebetulan.
Ia berlaku melalui perancangan.
UNIT TRUST & PRS CONSULTANT