31/08/2026
TANGGUNGJAWAB BAGI PENGARAH SYARIKAT SDN BHD
Antara perkara utama yang membezakan syarikat dan bisnes enterprise adalah serahan tahunan atau lebih dikenali sebagai annual return.
Apakah annual return?
Annual return adalah aktiviti wajib yang perlu dilakukan mengikut syeksen 68.
Bila annual return perlu dihantar?
Annual return perlu dihantar dalam masa 30 hari dari tarikh penubuhan
Apakah fee yang dikenakan untuk annual return kepada SSM?
Untuk syarikat sdn bhd yang didaftar di malaysia: RM 150
Siapa yang bertanggungjawab terhadap serahan annual return?
Pengarah syarikat. Kebiasaanya pengarah syarikat akan mendapatkan bantuan setiausaha syarikat.
Apakah penalti kegagalan untuk menghantar annual return kepada SSM
Seksyen 68(9): syarikat dan ahli syarikat yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 50,000 dan denda RM 1,000 setiap hari ke atas kesalahan yang berterusan
Seksyen 68(๐ and sekysen 549: sekiranya syarikat SSM gagal menghantar annual return lebih dari 3 kali, syarikat akan dibubarkan
Jangan seronok sangat jadi ahli lembaga pengarah. Anda ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Semoga bermanfaat!