13/09/2026
Kawan Saya Dikecam Sebab Buat ToneWow. Ini Jawapan Saya.
Semalam, seorang rakan niaga ToneWow datang cerita pada saya.
Muka dia down.
"Ramai orang kutuk aku. Kata ToneWow ni kayakan orang atas je. Takde orang percaya MLM dah. Semua hype je."
Saya diam dulu. Biar dia habis luah.
Sebab saya faham. Hampir semua orang yang buat bisnes ni pernah lalu fasa ni. Fasa kena kutuk, kena perli, kena sinis dengan kawan sendiri.
Lepas dia habis, saya cakap 3 benda ni kat dia. Dan saya rasa korang yang tengah buat ToneWow atau apa-apa bisnes networking pun patut baca.
MITOS 1: "Buat ToneWow Ni Kayakan Orang Atas Je"
Ini ayat paling pop**ar.
Saya tanya dia balik, "Dalam dunia ni, sistem apa yang orang bawah kaya dulu dari orang atas?"
Kau kerja makan gaji, bos kau pakai Mercedes, kau pakai Bezza. Kau beli barang di Shopee, owner Shopee jadi billionaire. Kau takkan berhenti kerja sebab bos kau kaya kan?
Itu lumrah sistem. Orang atas akan kaya dulu sebab dia bermula dulu.
TAPI BEZA BESAR antara kerja makan gaji dengan ToneWow adalah:
Dalam kerja makan gaji, bos kau akan kaya SELAMA-LAMANYA. Kau akan tetap di bawah dia sampai pencen. Dia cuti sebulan pun gaji masuk. Kau cuti sehari, gaji potong.
Dalam ToneWow, upline kau dapat komisyen sebab dia yang guide kau, tunjuk jalan, tolong kau pada awalnya. Itu hak dia.
Tapi kalau upline kau jenis mangkuk, lepas daftarkan kau terus hilang, malas, tak buat kerja... dan KAU yang rajin, KAU yang konsisten topupkan orang, cari user, bina team...
Lama-lama KAU akan potong upline kau. Income kau akan lagi besar dari dia.
Cuba kau buat kat ofis. Kau potong gaji manager kau. Esok lusa surat warning sampai.
Dalam ToneWow, downline boleh jadi lagi kaya dari upline. Itu adil.
Jadi jangan takut kayakan orang atas. Takutlah kalau kau kerja keras tapi sampai bila-bila pun tak boleh potong orang atas.
MITOS 2: "Takde Siapa Percaya MLM Dah"
Kalau betul takde siapa percaya, kenapa ToneWow dah wujud lebih 13 tahun? Kenapa masih bayar komisyen tiap-tiap bulan tanpa miss? Kenapa pengguna ToneWow dah cecah ratusan ribu?
Hakikatnya, BUKAN semua orang tak percaya MLM. Cuma TAK SEMUA orang percaya MLM.
Dan tugas kita bukan untuk pujuk semua orang percaya.
Tugas kita adalah untuk CERITA dan CARI orang yang percaya.
Bisnes ni macam jual nasi lemak. Pukul 8 pagi, bukan semua orang lapar nasi lemak. Ada yang dah makan, ada yang nak roti canai. Yang tak lapar nasi lemak, kita nak paksa dia makan buat apa?
Kita NEXT. Cari orang lain yang tengah lapar.
Orang yang tak percaya tu, biarkan. Jangan bergaduh. Jangan sentap. Ucapan "next" itu wujud untuk jimatkan emosi kau.
Berhenti buang masa untuk yakinkan orang yang memang tak nak diyakinkan. Fokus cari orang yang sedang mencari peluang seperti kau dulu.
MITOS 3: "MLM Ni Semua Hype Je"
Yang ni saya setuju separuh.
Memang ramai yang buat ToneWow dengan cara hype melampau. Income kepuk-kepuk, bulan bintang, kereta terbang. Orang tengok pun menyampah.
Soalan saya: Kita sendiri nak hype atau tidak?
Sebab ini hakikat yang ramai lupa:
Orang tak join ToneWow sebab ToneWow. Orang join ToneWow sebab KITA.
Syarikat ToneWow dah kukuh. Produk simkad memang orang guna hari-hari. Plan dah cantik.
Tapi prospek tu join dengan KAU atau dengan orang lain, itu bergantung pada personal branding KAU.
Kalau kau asyik copy paste ayat hype orang lain, kau akan nampak fake.
Kalau kau jadi diri sendiri, kau cerita perjalanan kau yang jujur - hari ni topup RM30, minggu ni dapat komisyen RM50, bulan ni berjaya bantu 2 orang jimat topup - orang akan nampak kau real dan mereka akan percaya.
Jangan jadi jurucakap hype orang lain. Jadilah bukti yang hidup untuk team kau sendiri.
Stop salahkan syarikat. Tanya diri sendiri, adakah aku sendiri dah jadi sebab untuk orang lain percaya?
Kawan saya yang kena kutuk semalam tu, lepas dengar 3 benda ni, dia senyum balik.
Saya tanya dia satu soalan terakhir:
"Kau buat ToneWow ni sebab nak puaskan hati orang yang kutuk kau, atau sebab nak ubah nasib keluarga kau?"
Dia jawab, "Sebab keluarga."
Saya kata, "Kalau sebab keluarga, kutukan tu jadi terlalu kecil untuk kau layan."
Untuk korang yang tengah down sebab dikutuk, ingat ni:
Kutukan tu sebenarnya adalah FILTER PERCUMA dari Tuhan. Dia tapis siapa kawan, siapa penonton. Biarkan penonton terus menonton dan mengutuk dari kerusi penonton. Tugas kau adalah terus berlakon di atas pentas sampai penonton tu sendiri naik jadi peminat.
Terus cerita. Terus cari. Jangan berhenti di orang yang tak percaya.