Dreamers Training Consultancy

Dreamers Training Consultancy Kami komited membantu anda dalam mencapai kecemerlangan melalui penetapan impian dan pengurusan emosi. The Best Way to Predict the Future, is DREAMS !

Assalamualaikum warga Pangsapuri Alam Prima 👋😊Sempena cuti sekolah, PPAP & Surau Ar-Rahmah dengan kerjasama Dreamers Tra...
23/11/2025

Assalamualaikum warga Pangsapuri Alam Prima 👋😊

Sempena cuti sekolah, PPAP & Surau Ar-Rahmah dengan kerjasama Dreamers Training Consultancy menganjurkan:

🎉 KEM GENERASI SUJUD 2025
📅 29 – 30 Dis 2025 | ⏰ 8:00 pagi – 5:00 petang
📍 Surau Ar-Rahmah | 👦👧 Umur 8 – 17 tahun
🍱 Makan & minum disediakan
💰 Yuran RM100

* Komitmen RM30 semasa daftar
* Baki RM70 seminggu sebelum program
✨ Diskaun adik-beradik: 2 beradik RM180, 3 beradik RM260

Aktiviti -aktiviti menarik:
1. Ice Breaking – Bina keyakinan & kenal rakan.
2. Button Badge Printing – Buat button badge sendiri.
3. Dapur Roti & Pizza – Menguli, membentuk & membakar roti/pizza sendiri.
4. Kembara Fardhu Ain – Belajar asas ibadah seperti wuduk, solat & adab harian.
5. Memanah Tradisional (Kanak-kanak) – Memanah dengan set selamat, dan penganjur turut menyediakan backstopper sebagai langkah keselamatan.
6. Muhasabah Diri – Refleksi diri & pembinaan akhlak positif.
7. Teambuilding – Kerjasama, komunikasi & kepimpinan melalui permainan berkump**an.

Program ini mengisi cuti sekolah dengan aktiviti bermanfaat sambil membina akhlak, disiplin & kemahiran baru 🌟

📲 Daftar di sini: https://bit.ly/CutiSekolahAP

Untuk maklumat lanjut:
Najeeb: +6012-3901660
Yunus: +6018-9772441
Zaid: +6017-2061793

Semoga anak-anak menjadi generasi beradab, berakhlak & dekat dengan Allah 🤲💛

KEM AKIL BALIGH SIRI 2 Tahun 2025 bersama anak-anak staff JAIS di Masjid Negeri Selangor Shah Alam18 September 2025Hari ...
25/09/2025

KEM AKIL BALIGH SIRI 2 Tahun 2025 bersama anak-anak staff JAIS di Masjid Negeri Selangor Shah Alam

18 September 2025

Hari kedua p**a mengadakan aktiviti luaran dan dalaman. Para peserta nampak teruja bila dapat pengalaman memanah😆serta aktiviti remaja muslim bersama ustaz selebriti iaitu Ustaz Safwan Idris💪🏻

Antara pengisian yang disampaikan⬇️
🟢Memanah Tradisional
🟢Remaja Muslim, Remaja Hebat
🟢Kasih Abadi

KEM AKIL BALIGH SIRI 2 Tahun 2025 bersama anak-anak staff JAIS di Masjid Negeri Selangor Shah Alam17 September 2025Hari ...
25/09/2025

KEM AKIL BALIGH SIRI 2 Tahun 2025 bersama anak-anak staff JAIS di Masjid Negeri Selangor Shah Alam

17 September 2025

Hari pertama mengadakan aktiviti dalaman. Para peserta didedahkan dengan pengisian Feqah & Fardu Ain yang cukup penting sebagai seorang Muslim😄

Antara pengisian yang disampaikan⬇️
🟢Knowing Me, Knowing You ! - oleh Abang Shahdan
🟢Fiqh Darah - disampaikan oleh Ustaz Aiman Syafiq
🟢Bijak Ikhtilat - disampaikan oleh Ustaz Aiman Syafiq
🟢Kembara Fardu Ain

2 hari 1 malam - Kem Badan Beruniform Sekolah Menengah Ibn Khaldun2 hari yang padat dengan aktiviti. Baik secara indoor ...
15/07/2025

2 hari 1 malam - Kem Badan Beruniform Sekolah Menengah Ibn Khaldun

2 hari yang padat dengan aktiviti. Baik secara indoor mahupun outdoor. Pelbagai ragam dan keletah dilihat😂

Antara aktiviti bersama pelajar-pelajar SMIK:
🟢Asas Kawad Kaki
🟢Ice Breaking
🟢Asas Komunikasi
🟢Bantu Mula
🟢Ikatan & Simp**an
🟢Rentas Halangan - Explorace
🟢Masakan Rimba

Nampak mudah, hakikatnya perkara inilah sangat penting dalam pembentukan diri dan juga disiplin🫡

Semoga adik-adik SMIK berjaya dunia & akhirat dan menjadi ummah yang hebat👍🏻

Program Buku Sejuta Makna merupakan satu program wakaf buku kepada anak-anak di pedalaman, kampung-kampung, madsarah ser...
18/06/2025

Program Buku Sejuta Makna merupakan satu program wakaf buku kepada anak-anak di pedalaman, kampung-kampung, madsarah serta kepada mereka yang tidak mampu untuk membeli buku.

Besar harapan kami sekiranya pihak tuan/puan dapat menyumbang sekadar yang termampu bagi sama-sama kita menyebarkan kebaikan dan amalan membaca kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Tuan/puan boleh klik link ini untuk menginfaq https://blink.onpay.my/order/form/BSM/wanshahidan

Dan juga boleh join Telegram kami untuk melihat hasil infaq yang dijalankan di seluruh malaysia
https://t.me/+N34k8iarTdRlY2E1

Semoga Allah kurniakan kebaikan buat kita.

Salam Aidiladha dari kami Dreamers TC✨ Semoga segala pengorbanan dan amal ibadah kita diterima Allah S.W.T🙌🏻
07/06/2025

Salam Aidiladha dari kami Dreamers TC✨ Semoga segala pengorbanan dan amal ibadah kita diterima Allah S.W.T🙌🏻

6 & 7 MEI 2025🙌🏻SK (2) Simpang Lima mengadakan Kem Kepimpinan Sekolah. Pelbagai aktiviti/pengisian dilakukan selama 2 ha...
12/05/2025

6 & 7 MEI 2025🙌🏻

SK (2) Simpang Lima mengadakan Kem Kepimpinan Sekolah. Pelbagai aktiviti/pengisian dilakukan selama 2 hari dengan tujuan membentuk sifat pemimpin dikalangan murid terutamanya yang menyandang jawatan di sekolah✌🏻

Semoga perkongsian yang diberikan oleh jurulatih, adik-adik dapat terapkan dan bina jati diri, bukan setakat di sekolah malah demi masa hadapan juga💕

7 MEI 2025:Dengan kerjasama MEGAMIND TRAINING CONSULTANCY, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Kepimpinan SMK Seksye...
10/05/2025

7 MEI 2025:

Dengan kerjasama MEGAMIND TRAINING CONSULTANCY, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Kepimpinan SMK Seksyen 16 Shah Alam👍🏻

Dari pagi hingga ke petang, pelbagai aktiviti dilaksanakan. Antaranya:
🟡Asas Kawad Kaki
🟡Bantu Mula
🟡Tali Temali
🟡Masakan Rimba
🟡Asas Keusahawanan

Walaupun sehari, semoga input yang bermanfaat dapat digunakan sebaiknya😄

Dengan kesempatan ini, kami dari Dreamers Training Consultancy ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ! Maaf Za...
30/03/2025

Dengan kesempatan ini, kami dari Dreamers Training Consultancy ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ! Maaf Zahir & Batin" kepada semua muslimin dan muslimat😊

Kami memohon ampun dan maaf andai terdapat kesalahan dan kesilapan dari pihak kami🙏🏻

Marilah kita saling bermaaf-maafan dan bergembira di hari yang mulia ini😄

📌MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN SLOT BERSAMA PENULIS: SK SELAYANG BARU 2Dreamers Training Consultancy dengan kerjasama BLIN...
14/03/2025

📌MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN SLOT BERSAMA PENULIS: SK SELAYANG BARU 2

Dreamers Training Consultancy dengan kerjasama BLINK BOOK mengadakan Majlis Pelancaran Nilam Dan Slot Bersama Penulis pada tarikh 11 Mac 2025.

Program NILAM bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan murid. Pelbagai aktiviti menarik berlangsung, termasuk sesi interaktif bersama penulis BLINK dan pameran buku. Ini adalah langkah positif ke arah pendidikan berkualiti yang memupuk semangat cintakan ilmu✨

Semoga NILAM dapat memberi manfaat kepada semua murid di SK Selayang Baru 2 dan melahirkan lebih ramai pembaca hebat di masa hadapan! 📚✨

Address

Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 15:00

Telephone

0183885425

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dreamers Training Consultancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share