Dr Siti Hasifah

Call Directions Website

Dr Siti Hasifah Bina Kekayaan bermula dengan 1 gram Emas Pertama

19/10/2026

πŸ‘ πŠπ„π’πˆπ‹π€ππ€π π˜π€ππ† 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐃𝐀 π‹π€πŒππ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀

Bagi anda yang sudah masuk umur 30 atau 40an, dengar betul-betul. Tiga kesilapan ini boleh menyebabkan anda bekerja lebih lama daripada yang sepatutnya.

Kesilapan pertama ialah menyimpan apa yang berbaki, bukan menyimpan dahulu. Anda sudah berazam nak menyimpan setiap bulan, tetapi hanya simpan jika masih ada baki selepas semua perbelanjaan. Masalahnya, baki itu selalunya tak ada. Sebab itu simpanan perlu dijadikan komitmen, bukan pilihan. Tetapkan jumlah untuk menabung setiap kali gaji masuk, walaupun hanya RM100 sebulan.

Kesilapan kedua ialah terlalu bergantung kepada satu jenis simpanan. Ada yang hanya bergantung kepada duit dalam bank. Ada yang berharap sepenuhnya kepada KWSP. Simpanan memang penting, tetapi ia juga perlu dipelbagaikan mengikut tujuan. Sebahagian untuk kecemasan, sebahagian untuk kegunaan jagka pendek seperti bercuti, dan sebahagian lagi boleh disimpan untuk membeli rumah pertama.

Kesilapan ketiga ialah terlalu lama menunggu masa yang kononnya paling sesuai. Tunggu gaji naik. Tunggu hutang habis. Tunggu bonus. Tunggu harga emas turun. Dalam kewangan, masa adalah aset yang tidak boleh dibeli semula. Lebih awal anda bermula, lebih besar peluang untuk membina simpanan yang banyak.

Jika anda masih belum bermula, jangan tunggu bulan depan atau tahun depan. Mulakan dengan apa yang anda mampu hari ini. Jumlahnya mungkin kecil, tetapi itulah yang akan menentukan keadaan kewangan anda pada masa hadapan. Untuk memulakan simpanan emas fizikal bersama Public Gold, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

18/10/2026

πŸ‘ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 ππ„πŒπˆπŠπˆπ‘π€π πŠπ„π–π€ππ†π€π

Orang yang bergelut dengan kewangan selalunya hidup gaji ke gaji. Habis bulan, tunggu gaji seterusnya. Jika berlaku kecemasan, simpanan pun tiada.

Orang dengan kewangan yang lebih stabil p**a mula berfikir tahun ke tahun. Mereka merancang bajet tahunan, membina simpanan, melabur dan memikirkan persaraan. Fokus mereka bukan lagi cukup untuk bulan ini, tetapi cukup untuk masa depan sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang.

Tetapi, orang yang membina kekayaan akan berfikir dari satu generasi ke satu generasi. Mereka akan bertanya, β€œApakah aset yang boleh saya tinggalkan kepada anak-anak?” β€œBagaimana keluarga saya boleh bermula selangkah di hadapan?” Mereka bukan hanya tinggalkan wang, tetapi tinggalkan aset, ilmu dan tabiat kewangan yang baik kepada waris.

Sebab itu saya selalu menggalakkan simpan emas. Bukan sebab emas akan menjadikan anda kaya dalam sekelip mata, tetapi sebab emas membantu membina aset yang mudah diwariskan, mudah disimpan nilainya dalam jangka panjang, dan boleh menjadi sebahagian daripada legasi keluarga. Cara anda berfikir akan menentukan sejauh mana kekayaan yang mampu anda bina. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.

18/10/2026

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝟏𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π‹π€π†πˆ? πŒπ”π‹π€ π’πˆπŒππ€π π„πŒπ€π’ π’π„πŠπ€π‘π€ππ†

Jika anda bercadang untuk bersara dalam 10 tahun lagi, masih sempat atau tidak untuk mula simpan emas? Jawapan saya, sempat. Cuma jangan harap emas boleh menggandakan kekayaan dalam tempoh yang singkat. Fungsi utama emas ialah membantu mengekalkan nilai kekayaan, bukannya memberikan p**angan yang tinggi dalam masa yang pendek.

Sepuluh tahun sebenarnya masih satu tempoh yang panjang. Anda boleh lihat jadual ini. Berapa banyak yang bakal anda dapat bergantung kepada berapa anda menabung setiap bulan. Jika anda menabung RM100 setiap bulan selama 10 tahun, anda akan dapat nilai simpanan hampir RM20,000. Tetapi jika anda menabung sekitar RM5,000 sebulan, nilai simpanan anda menghampiri RM1 juta selepas 10 tahun.

Tetapi, jangan jadikan emas satu-satunya aset untuk persaraan. Dalam perancangan kewangan, persaraan yang kukuh biasanya dibina daripada beberapa sumber seperti KWSP, simpanan tunai, pelaburan yang menjana pendapatan, hartanah jika ada, dan emas sebagai aset pelindung nilai. Apabila aset dipelbagaikan, risiko juga menjadi lebih seimbang.

Jadi jika anda merancang untuk bersara dalam tempoh 10 tahun akan datang, jangan fokus kepada berapa ringgit yang berjaya disimpan. Fokus kepada berapa banyak aset yang berjaya dibina sebelum hari persaraan tiba. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh saya untuk info lanjut tentang emas.

17/10/2026

πŠπ€π‹π€π” π„πŠπŽππŽπŒπˆ 𝐉𝐀𝐓𝐔𝐇, ππŽπ‹π„π‡ 𝐉𝐔𝐀𝐋 π„πŒπ€π’ 𝐆𝐀𝐏?

Kalau ekonomi jatuh, macam mana nak jual balik emas yang kita simpan dalam akaun GAP? Jawapannya mudah. Kalau anda menyimpan emas dalam akaun GAP Public Gold, anda boleh menjual semula emas tersebut terus melalui aplikasi atau website Public Gold pada bila-bila masa mengikut harga belian balik semasa.

Malah, kalau kita lihat apa yang berlaku semasa pandemik COVID-19 pada tahun 2020, ketika ekonomi Malaysia jatuh sekitar 5.6%, ramai orang di seluruh dunia mula beralih kepada emas. Kesannya, harga emas turut meningkat. Sebagai contoh, pada Januari 2020, harga 1g emas Public Gold sekitar RM216. Menjelang Disember 2020, harganya meningkat kepada sekitar RM270 per gram. Itu merupakan kenaikan sekitar 25% dalam tempoh kurang daripada setahun. Fenomena ini dikenali sebagai gold rush.

Apabila berlaku ketidakstabilan ekonomi atau kewangan, pelabur di seluruh dunia akan mencari aset yang lebih stabil untuk melindungi kekayaan mereka. Sebab itulah emas sering digelar sebagai safe haven atau aset perlindungan ketika krisis. Walaupun emas dalam akaun GAP boleh dijual dengan mudah pada bila-bila masa, bentuk simpanan emas yang terbaik tetap emas fizikal yang berada dalam pegangan sendiri. Akaun GAP sangat sesuai untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Tetapi apabila gram emas anda sudah mencukupi, saya galakkan anda mengeluarkan emas tersebut dalam bentuk fizikal. Sebab apabila emas sudah berada dalam tangan anda, ia berada di luar sistem kewangan. Sekiranya berlaku gangguan kepada sistem perbankan, sistem pembayaran atau apa-apa keadaan luar jangka, anda masih memiliki aset fizikal yang berada dalam kawalan anda.

Bagi anda yang ingin memulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang paling sesuai dengan matlamat kewangan anda.

17/10/2026

π’πˆπŒππ€π π„πŒπ€π’ 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍, ππ€πˆπŠ πŸ•πŸ–.πŸ“%?

Dua tahun lalu, seorang penyimpan emas saya, Puan M, telah membuat keputusan untuk mengalihkan simpanan ASB beliau sebanyak RM151,918 kepada 458.75 gram emas fizikal. Hari ini, dengan harga belian emas sekitar RM591 segram, nilai emas tersebut telah meningkat kepada kira-kira RM271,121. Ini bermakna, dalam tempoh hanya 2 tahun, kenaikan nilai simpanan beliau adalah sekitar RM119,203, atau hampir 78.5%. Sepanjang tempoh itu, Puan M tidak perlu pantau harga emas setiap hari dan tidak perlu melakukan apa-apa selain menyimpan emas tersebut dengan selamat dan menunaikan zakat.

Adakah ini bermaksud ASB tidak bagus? Sudah tentu tidak. ASB kekal antara instrumen simpanan risiko rendah yang sangat baik. Tetapi bagi simpanan yang anda pasti tidak akan digunakan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun, sejarah menunjukkan emas fizikal berpotensi memberikan kenaikan harga yang lebih tinggi.

Sebab itu saya sentiasa menggalakkan orang memahami fungsi setiap aset. Gunakan ASB untuk simpanan yang mungkin diperlukan dalam jangka pendek, manakala simpanan jangka panjang boleh dipertimbangkan untuk dibekukan dalam bentuk emas fizikal.

Bagi anda yang ingin memulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang paling sesuai dengan matlamat kewangan anda.

16/10/2026

πŠπ„π‡πˆπƒπ”ππ€π π“π„π‘π‰π€πŒπˆπ 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍?

RM100,000 simpan dalam emas fizikal? Ini pilihan terbaik untuk jadikan tabung persaraan. Terdapat tiga pilihan size emas bergantung kepada matlamat simpanan.

Pertama, emas bersaiz kecil seperti 1 dinar, 5g atau 10g. Kelebihannya, mudah untuk dicairkan sedikit demi sedikit secara bulanan.

Kedua, emas bersaiz sederhana seperti 20g, 50g, 5 dinar atau 10 dinar. Saiz ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ia sesuai untuk dijual beberapa bulan sekali jika bajet persaraan kecil, atau dijual bulanan jika bajet persaraan yang besar.

Ketiga, emas bersaiz besar seperti 100g atau 250g. Ini pilihan terbaik untuk pesara yang mahu memaksimumkan keuntungan simpanan emas mereka.

Bagi anda yang ingin memulakan simpanan persaraan, atau mengalihkan sebahagian simpanan ke dalam bentuk emas fizikal, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

16/10/2026

πŠπ„π–π€ππ†π€π 𝐆𝐀𝐆𝐀𝐋? πŒπ”π‹π€πŠπ€π π’π„πŒπ”π‹π€ π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈

Kalau hari ini anda rasa gagal dalam kewangan, saya nak anda dengar video ini sampai habis.

Mungkin anda pernah habiskan semua simpanan. Mungkin anda pernah buat hutang yang sampai sekarang masih belum selesai. Mungkin anda pernah terjebak pelaburan yang merugikan. Atau mungkin sampai hari ini, umur sudah 40 atau 50 tahun, tetapi simpanan masih belum seperti yang diimpikan. Kalau itu yang sedang anda lalui, saya nak anda ingat satu perkara.

Gagal dalam kewangan bukan pengakhiran. Ia hanya petanda bahawa sudah tiba masanya untuk anda ubah cara urus kewangan. Ramai orang yang hari ini hidup dengan kewangan yang kukuh juga pernah melakukan kesilapan. Bezanya, mereka tidak terus hidup dengan kesilapan. Mereka belajar dan mereka berubah sedikit demi sedkit.

Jangan biarkan rasa kecewa membuatkan anda berhenti. Sebab semakin lama anda menangguhkan perubahan, semakin mahal harga yang perlu dibayar. Jadi mulakan dengan langkah yang kecil. Kawal perbelanjaan. Kurangkan hutang. Wujudkan tabiat menyimpan secara konsisten. Dan jangan rasa malu jika langkah anda kecil. Yang penting, hari ini lebih baik daripada semalam.

Dan ingat, masa lalu mungkin menjelaskan keadaan kewangan anda hari ini, tetapi ia tidak menentukan keadaan kewangan anda pada masa hadapan. Selagi anda masih mempunyai rezeki, masih diberi peluang bekerja, dan masih mahu belajar memperbaiki diri, anda masih mempunyai peluang untuk ubah kewangan anda. Pokok yang terbaik untuk ditanam ialah 20 tahun yang lalu. Yang kedua terbaik ialah hari ini. Begitu juga dengan kewangan. Jangan tangguh, mulakan hari ini.

15/10/2026

β€œTak ada org kaya dengan emas melainkan dia sedia kaya.” Saya melihatnya daripada sudut yang berbeza. Anda tidak semestinya kaya kerana memiliki emas, tetapi bila anda konsisten menyimpan emas akhirnya anda mempunyai simpanan yang boleh membuka lebih banyak peluang.

Bila emas sudah terkumpul, ia boleh dijual atau dicagar untuk dijadikan modal memulakan bisnes, membeli rumah sewa yang menjana pendapatan pasif, atau menyelesaikan hutang yang membebankan. Bila hutang semakin kurang dan aset semakin bertambah, kedudukan kewangan anda juga mula berubah.

Pada saya, itulah definisi kaya yang sebenar. Bukan hanya memiliki wang yang banyak, tetapi mempunyai aset, mempunyai pilihan, mempunyai aliran pendapatan, dan hidup tanpa dibebani hutang yang tidak perlu.

Jadi, jangan pandang emas hanya sebagai barang yang disimpan dalam peti besi. Lihat emas sebagai aset yang boleh menjadi batu loncatan untuk membina kewangan yang lebih kukuh. Emas mungkin bukan pengakhiran perjalanan tetapi bagi ramai orang ia boleh menjadi permulaan kepada financial freedom. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.

15/10/2026

Majoriti pesara bila terima duit KWSP, mereka rasa lega. Simpanan berpuluh-puluh tahun akhirnya boleh digunakan. Ada yang membantu anak berkahwin, ubah suai rumah, beli kereta atau langsaikan hutang. Malangnya, selepas beberapa tahun, ramai mula sedar simpanan semakin susut. Kos sara hidup terus meningkat, harga barang semakin mahal, kos rawatan kesihatan bertambah, sedangkan pendapatan tetap sudah tiada. Sebab itu kita sering mendengar kisah pesara yang terpaksa berjimat cermat, bergantung kepada anak, malah ada yang kembali bekerja. Bukan sebab mereka tidak pernah mempunyai wang, tetapi kerana nilai wang semakin merosot dan simpanan semakin kurang.

Bayangkan jika sebahagian simpanan KWSP itu dibekukan dalam bentuk emas fizikal sejak hari pertama bersara. Emas tidak memberikan dividen, tetapi emas mempunyai satu kelebihan yang sangat penting, iaitu mengekalkan dan meningkatkan nilai kekayaan dalam jangka panjang. Sebagai contoh, sekitar 10 tahun lalu, harga 1kg emas sekitar RM150,000. Hari ini, nilainya telah melebihi RM500,000. Itulah kuasa kenaikan harga emas dalam jangka panjang.

Sebab itu saya tidak pernah mencadangkan supaya semua wang KWSP ditukar kepada emas. Tetapi bagi simpanan yang anda tahu tidak akan digunakan dalam tempoh bertahun-tahun, pertimbangkan untuk bekukan sebahagiannya dalam bentuk emas fizikal. BIla tiba usia persaraan, matlamat kita bukan sekadar ada wang, tetapi pastikan nilai kekayaan kita kekal supaya kita boleh hidup dengan lebih tenang dan bermaruah. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Siti Hasifah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share