Dr Siti Public Gold

Dr Siti Public Gold Bina Kekayaan bermula dengan 1 gram Emas Pertama
(2)

03/09/2026

𝐆𝐀𝐆𝐀𝐋 πŒπ„ππ€ππ”ππ†? 𝐈𝐍𝐈 ππ”ππ‚π€ππ˜π€

Kenapa anda gagal untuk menabung? Orang yang gagal menabung bukan sebab pendapatan terlalu kecil. Mereka gagal sebab setiap bulan terpaksa buat keputusan yang sama. β€œBulan ini simpan atau tidak?” Akhirnya, hampir setiap bulan jawapannya ialah β€œnanti dulu.”

Sebab itu konsep paksa dan lupa adalah konsep tabungan yang paling praktikal. Masuk sahaja gaji, terus asingkan jumlah yang anda tetapkan ke dalam simpanan emas. Jangan tunggu ada baki atau fikir banyak kali. Selepas itu, lupakan sahaja simpanan tersebut dan teruskan kehidupan seperti biasa.

Yang menariknya, selepas beberapa bulan anda akan mula menyesuaikan gaya hidup dengan baki wang yang tinggal. Anda tidak rasa terbeban, tetapi pada masa yang sama gram emas dalam akaun akan terus bertambah tanpa anda sedar. Inilah sebabnya cara simpanan secara autodebit sangat berkesan. Ia boleh menghapuskan emosi daripada proses menabung.

Kalau semua orang mengamalkan konsep paksa dan lupa, saya percaya lebih ramai akan berjaya membina tabungan. Kerana dalam menabung, cabaran terbesar bukan jumlah yang anda simpan tetapi disiplin untuk bermula dan konsisten setiap bulan. Bagi anda yang ingin memulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

03/09/2026

Alhamdulillah for an unforgettable short trip to Europe β€” Budapest, Vienna, Linz, Salzburg and Munich. ❀️

InsyaAllah, we’ll meet again next year in Norway.

And this time, we hope to bring 6 of our team along with us. 🀲🏻

03/09/2026

π’πˆπŒππ€π 𝐃𝐔𝐋𝐔 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀 πŠπ„πŒπ”πƒπˆπ€π

Jika perlu buat loan untuk membeli, mungkin anda belum mampu lagi. Orang dengan kewangan yang biasa-biasa, mereka mencari cara belian secara ansuran bulanan. Orang yang berjaya membina kekayaan, mereka gunakan duit yang ada untuk membayar terus tanpa hutang. Sebab itu setiap kali anda ingin membeli sesuatu, tanya diri sendiri. Jika perlu membuat pinjaman semata-mata untuk memilikinya, adakah anda benar-benar mampu atau sekadar mampu membayar ansuran?

Bila anda terlalu mudah menggunakan pinjaman atau buy now pay later, anda akan mula berbelanja melebihi kemampuan sebenar. Apa yang sepatutnya mengambil masa beberapa tahun untuk anda miliki, anda mahu miliki sekarang juga. Dan kesannya, sebahagian besar pendapatan masa depan telah pun β€œdijual” kepada bank. Memang nampak selesa pada awalnya. Kereta lebih besar, rumah lebih mewah, gaya hidup lebih tinggi. Tetapi selepas 10 tahun, komitmen yang terlalu banyak boleh menjadi beban untuk setiap pendapatan anda.

Berbeza dengan orang yang memilih untuk menabung dahulu. Mereka terpaksa menangguhkan kemahuan. Mereka tidak dapat memiliki semuanya dengan segera. Tetapi setiap bulan, mereka sedang membeli financial freedom mereka sedikit demi sedikit. Dan selepas 10 tahun, perbezaannya mula ketara. Yang satu masih mengejar komitmen. Yang satu lagi mula menikmati hasil tabungan dan aset yang telah berjaya dikumpul.

Sebab itu jangan hanya fikir apa yang anda boleh beli hari ini. Fikirkan juga financial freedom yang anda mahu miliki 10 tahun akan datang. Kekayaan bukan apabila anda memiliki banyak benda. Kekayaan adalah apabila hidup anda tidak terlalu bergantung kepada bank, majikan atau sesiapa untuk meneruskan kehidupan. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.

02/09/2026

π‚π”πŠπ”π 𝐀𝐓𝐀𝐔 π“πˆπƒπ€πŠ π’πˆπŒππ€ππ€π 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍?

Adakah simpanan persaraan anda cukup untuk menampung kehidupan selepas anda bersara? Berapa sebenarnya simpanan persaraan yang anda perlukan? Umur rakyat Malaysia secara purata sekitar 75 tahun dan kebanyakkannya bersara pada umur 55 tahun, bermakna tempoh persaraan dianggarkan sekitar 20 tahun.

Katalah perbelanjaan bulanan selepas anda bersara sekitar RM3,000. Perbelajaan selama 20 tahun selepas bersara, anda perlukan simpanan sekurang-kurangnya RM600,000. Cuba lihat pencen, penyata KWSP atau simpanan anda, adakah cukup jumlah ini apabila anda bersara nanti?

Cuma anda perlu ingat, nilai RM600,000 sekarang tidak akan sama dengan 20 tahun akan datang kerana nilai mata wang sudah terbukti turun setiap tahun dan kos sara hidup akan meningkat akibat inflasi. Apa yang anda boleh buat untuk pastikan simpanan anda tidak jatuh nilai? Bekukan sebahagian simpanan anda dalam bentuk emas sebagai salah satu kaedah simpanan persaraan anda.

Antara target yang anda boleh letakkan adalah simpanan 1kg emas sebelum anda capai umur 55 tahun. Katakan umur anda sekarang 35 tahun, bermakna anda ada masa 20 tahun lagi sebelum bersara. Anda boleh letakkan target simpan 5g emas sebulan. Jika anda tidak mampu simpan sebanyak itu, anda boleh menyimpan serendah RM100 sebulan dan usaha untuk tambah pendapatan supaya anda boleh tambah jumlah tabungan. Lebih awal anda bermula, anda tidak perlukan wang yang banyak untuk menabung setiap bulan untuk capai target simpanan. Bagi yang ingin memulakan simpanan emas fizikal bersama Public Gold, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

Vibe Salzburg sangat similar dengan cerita klasik Inggeris zaman dulu, macam ala Lord Of The Ring. Bangunan lama yang ca...
02/09/2026

Vibe Salzburg sangat similar dengan cerita klasik Inggeris zaman dulu, macam ala Lord Of The Ring.

Bangunan lama yang cantik, jalan berbatu, cuaca nyaman dan sangat tenang. Dan setiap sudut sangat β€˜instagramable’.

Highlight of our city tour would be view from Hohensalzburg Fortress and outdoor coffee break at one of the local cafe.

02/09/2026

𝐉𝐔𝐓𝐀𝐖𝐀𝐍 πƒπ”πˆπ“ 𝐕𝐒 𝐉𝐔𝐓𝐀𝐖𝐀𝐍 π„πŒπ€π’

Jutawan duit atau jutawan emas? Jika seorang jutawan yang memiliki wang tunai RM1 juta pada tahun 2016, dengan harga emas di paras RM181 per gram, anda boleh dapatkan sekitar 5.5kg emas. Hari ini dengan RM1 juta, harga emas sekitar RM600 per gram, anda hanya dapat sekitar 1.7kg emas, lebih 3 kali kurangnya berbanding 10 tahun yang lalu.

Katakan anda telah mengalihkan simpanan RM1 juta tersebut ke dalam bentuk emas pada tahun 2016 sebanyak 5.5kg. Hari ini 5.5kg emas tersebut telah bernilai sekitar RM3 juta, 3 kali ganda nilai simpanan asal.

Ada 2 kesimpulan yang kita boleh dapat dari kiraan tadi. Yang pertama, dengan nilai ringgit yang sama, telah hilang kuasa beli 3 kali ganda dalam masa 10 tahun sahaja. Yang kedua, harga emas meningkat secara purata 20% setahun dalam masa 10 tahun lepas. Simpanan di ASB, Tabung Haji dan KWSP yang disimpan dalam bentuk wang fiat bukan sahaja kerugian dari sudut kehilangan kuasa beli, malah dividen yang diberikan sekitar 5.5% setahun jauh lebih rendah berbanding keuntungan dari kenaikan harga emas.

Simpanan emas ini sesuai untuk wang tunai yang tidak akan digunakan sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Bagi anda yang ingin membekukan sebahagian simpanan dalam bentuk emas fizikal bersama Public Gold, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

01/09/2026

ππ„π‹πˆ π„πŒπ€π’ π“πˆπƒπ€πŠ 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐆𝐑𝐀𝐅

Pelik kan bila tengok graf harga emas Indonesia ini? Ini graf harga emas dalam masa setahun. Ada beberapa tempat harga emas nampak macam jatuh menjunam, kemudian naik semula dengan sangat cepat. Seolah-olah harga emas tiba-tiba crash. Tetapi sebenarnya, itu kemungkinan besar bukan pergerakan harga sebenar. Itu lebih kepada data glitch atau ralat bacaan pada graf.

Sebab kalau harga emas jatuh menjunam daripada jutaan rupiah kepada ratusan ribu rupiah per gram, itu bukan lagi berita biasa. Itu akan jadi berita besar satu dunia. Tetapi bila kita lihat keseluruhan graf, trend utamanya masih jelas. Harga emas dalam rupiah tetap bergerak naik dalam tempoh setahun.

Ini pengajaran penting untuk penyimpan emas. Jangan terlalu cepat panik bila nampak satu titik graf yang pelik. Jangan buat keputusan berdasarkan satu spike, satu candle, atau satu hari harga bergerak turun. Lihat trend besar dengan tempoh yang lebih panjang.

Emas bukan tempat untuk mengejar harga harian. Emas ialah tempat untuk melindungi nilai kekayaan dalam jangka panjang. Fokus kepada pertambahan gram, bukan emosi pada graf. Sebab dalam jangka panjang, yang menang bukan orang yang paling cepat panik, tetapi orang yang paling konsisten menyimpan. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.

01/09/2026

πŠπ„π‹π„ππˆπ‡π€π π€ππ€πŠ πŒπ”πƒπ€ πŒπ„ππ€ππ”ππ† π‹π„ππˆπ‡ 𝐀𝐖𝐀𝐋

Saya tak kisah berapa gaji anda semasa umur 25 Tahun. Saya lebih risau jika anda masih belum ada simpanan. Sebab ramai anak muda terlalu fokus untuk naikkan gaji. Nak gaji RM5,000, RM10,000 dan nak gaji lebih besar setiap tahun. Itu sebenarnya bagus. Tetapi sepanjang perjalanan anda dapatkan gaji yang tinggi, berapa banyak simpanan yang telah berjaya anda kumpul?

Sebab saya pernah jumpa orang bergaji biasa tetapi sudah mempunyai simpanan emas yang banyak. Dan saya juga pernah jumpa orang bergaji besar tetapi hampir tiada simpanan sebab semuanya habis dibelanjakan. Kekayaan sebenarnya tidak dibina apabila gaji naik. Kekayaan dibina apabila sebahagian pendapatan anda ditukarkan kepada simpanan secara konsisten.

Sebab itu umur 20an adalah tempoh yang sangat penting. Sebab anda mempunyai banyak masa dan tenaga. Bila anda menabung RM300 sebulan selama 10 tahun, hasilnya sangat berbeza berbanding orang yang hanya mula menyimpan pada umur 35 tahun. Jadi jangan tunggu gaji besar, bonus atau tunggu β€œbila dah stabil nanti”. Mulakan dengan apa yang anda ada sekarang. Buka akaun GAP hari ini dan mula kumpul gram emas pertama anda.

Satu hari nanti anda akan sedar, aset yang paling berharga bukan emas yang anda beli tetapi masa yang anda dapat bila mula menyimpan lebih awal. Bagi anda yang ingin memulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

31/08/2026

π‹πŽπ”πƒ ππ”πƒπ†π„π“πˆππ† π”ππ“π”πŠ π€ππ€πŠ πŒπ”πƒπ€

Saya tertarik dengan satu trend yang sedang popular dalam kalangan anak muda. Namanya Loud Budgeting. Maksudnya mudah. Berani cakap, β€œSaya tak mampu.” Atau lebih tepat lagi, β€œSaya mampu beli, tetapi saya memilih untuk tidak beli.” Contohnya, kawan ajak tukar telefon baru. Jawapannya, β€œTelefon saya masih elok.” Kawan ajak bercuti. Jawapannya, β€œSaya ada matlamat kewangan yang lebih penting.” Kawan beli kereta lebih besar. Jawapannya, β€œSaya belum perlukan.”

Loud budgeting bukan kedekut tetapi tidak malu untuk anda ada bajet dan tidak berbelanja semata-mata untuk memenuhi expectation orang lain. Dan inilah kaitannya dengan simpanan emas. Setiap kali anda berkata β€œtidak” kepada perbelanjaan yang tidak perlu, anda sebenarnya sedang membebaskan wang untuk membina tabungan.

Bayangkan jika RM200 yang biasanya digunakan untuk perkara yang tidak penting setiap bulan ditukarkan kepada simpanan emas. Dalam setahun, itu sudah RM2,400. Dalam lima tahun, RM12,000. Dan itu belum mengambil kira pertambahan nilai simpanan tersebut. Sebab itu loud budgeting adalah satu tabiat yang sangat baik. Ia bukan sahaja bantu anda berjimat tetapi bantu anda menukar wang yang biasanya habis dibelanjakan kepada emas yang boleh dimiliki bertahun-tahun akan datang.

Ayat paling mahal yang boleh anda sebut ialah: β€œSaya tak perlukan benda itu sekarang.” Kerana ayat itu boleh jadi permulaan kepada financial freedom. Bagi anda yang ingin memulakan simpanan emas fizikal bersama Public Gold, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Siti Public Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share