03/12/2018
5 Cara Mudah Untuk Dapatkan Tidur Yang Lebih Berkualiti Supaya Badan Lebih Cergas
Tidur yang berkualiti memang penting untuk pastikan badan sentiasa cergas
Tapi kadang-kadang, tidur yang cukup sampai 8 jam pun belum tentu menjamin kecergasan badan. Yang lebih penting sebenarnya ialah kualiti tidur, bukan durasi tidur.
Jadi, pernah tertanya-tanya tak macam mana nak dapatkan tidur yang berkualiti? Apa caranya?
5 cara untuk dapat waktu tidur yang berkualiti. Jom try sama-sama:
1. Ciptakan suasana tenang
Mungkin korang boleh dengar muzik yang ringan, baca buku ataupun manjakan diri dengan berendam di tab mandi berisi air hangat-hangat suam gitu. Nak best lagi, korang boleh pasangkan lilin-lilin wangi sekitar tab mandi. Kalau kt rmh ada tab la.. Confirm layan!
Lakukan aktiviti ini sekitar 15-30 minit sebelum waktu tidur.
2. Jangan jadikan bilik tidur sebagai ‘bilik serbaguna’
Maksudnya di sini, bilik tidur perlu dikhususkan untuk korang berehat dan tidur. Jangan letak televisyen, komputer, meja kerja, dan peralatan elektronik terutamanya dalam kamar korang.
Rasionalnya, peralatan itu semua bakal memberi signal kepada otak anda untuk ‘tidak tidur’.
3. Katakan tidak pada kafein & alkohol!
Kopi, teh, coklat dan minuman soda dapat menstimulasi tubuh untuk tetap terjaga. Sebaiknya jangan ambil kafein sekitar 4 sehingga 6 jam sebelum waktu tidur anda. Begitu juga dengan nikotin dan alkohol.
4. Lakukan aktiviti olahraga
Tubuh badan yang selalu aktif secara fizikal pada waktu siang sangat membantu untuk memastikan korang mendapat tidur yang nyenyak di malam hari. Tapi, jangan p**a korang berolahraga masa dah nak tidur sebab ia bakal memberi signal yang salah kepada otak kerana tubuh korang masih belum berada dalam keadaan relax!
5. Kalau susah untuk lelap, jangan hanya berbaring di atas katil!
Kadang-kadang dah 20 minit baring, mata masih susah nak tidur. Puas bergolek atas katil pun masih tak dapat feel nak berehat. Solusinya, korang bangun dari katil dan pergi ke tempat lain yang tenang untuk duduk atau berbaring sampailah rasa mata korang dah ready untuk lelap.
Tapi, jangan p**a main telefon ya!
Haaa itulah dia senarainya. Nanti bolehlah korang cuba mulai malam ini dan lihat hasilnya sendiri ya.
Bayangkan kalau hari-hari bangun tidur badan terus rasa cergas, bertenaga, dan tak mengantuk. Mesti seronok, kan? Barulah bersemangat nak pergi kerja! ;)
Lps baca rajinkan jari klik like ..komen dan share..
http://www.wasap.my/nakbantaldag