06/08/2024
NAKHODA TRONG
----------------------------
Pernah pakai TANJAK WARISAN TRADISIONAL bernama Tanjak Nakhoda Trong? Boleh rujuk dalam Buku Destar Alam Melayu. Tanjak ini dikarang bermula dengan ibu tanjak Takur Tukang Besi sebagai titisan terimbanya. Simp**annya juga menunjukkan tanjak ini dari bumi Makassar. Menurut cucu merangkap anak murid dan pewaris kepada Puan Mardiah(Embin) binti Hj. Ibrahim (dari kerabat Laksamana Muhammad Amin di Perak) , tanjak ini digunakan oleh orang trong / terong di Trong Perak dan Pulau Terong di kep**auan Riau.
Daerah Trong di Perak sekarang dikatakan adalah tempat pendaratan dan bermastautin orang-orang Bugis atau berketurunan bugis dan suku-suku lain-lain yang dibawa oleh Nakhoda Trong iaitu gelaran kepada ketua orang Bugis di Perak.
==================================
Joseph Conrad seorang pedagang British telah menulis buku "Lord Jim"(1905). Beliau ada menceritakan mengenai satu kisah perbicaraan sekump**an lanun yang menyerang segerombolan pedagang yang diketuai oleh Nakhoda Doramin/ Doraman/ Deraman di Sungai Jugra, Selangor pada tahun 1873. kisah ini juga dicatat di dalam buku Perak and the malays tulisan Mc Nair pada tahun 1878.
Sultan yang memerintah ketika itu:-
Perak- Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah (1871-1874)
Selangor-Sultan Sir Abdul Samad Shah (1857-1898)
Nakhoda Trong adalah ketua orang Bugis Perak yang terkenal. Dikatakan Nakhoda Doramin yang mengahwini Puteri Maida ini adalah Nakhoda Trong ketika itu
Conrad menggambarkan Nakhoda Trong (dinyatakan sebagai bernama Doramin) dengan cara berikut:
1. berpakaian mewah, sutera berwarna, sulaman emas
2. kepala ditutup dengan sapu kepala(destar) berwarna merah dan emas; (hlm. 319).
Selain memperkenalkan sulaman berwarna, Conrad memberikan penerangan yang jelas mengenai Nakhoda Trong.
=================================
0rang British pada tahun 1800an menyebut Nakhoda Trong adalah ketua orang Bugis Perak yang terkenal yang juga seorang saudagar... Semoga kita dapat mengenali dan mendalami sejarah bangsa kita dengan lebih mendalam...😁
Rujukan
1.Seminar Destar Melayu- 2019-Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
2.Pameran Destar Melayu- 2019 -Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya 3.Destar Alam Melayu- Dr. Johan Iskandar-2018-Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu
4.Portal alammelayu.my
5.Conrad Eastern World-Norman Sherry-1966-cambridge university press
6.Lord Jim-Joseph Conrad-1905
7.Perak and the Malays-Mc Nair-1878
8.https://www.royalark.net/Malaysia/perak13.htm
Gambar-gambar ihsan dari ahli-ahli PERNILAM(usahawan,pewaris dan pengarang tanjak warisan,serta aktivis budaya tradisional Melayu)
- Tn. Taufik Tulus
https://www.facebook.com/profile.php?id=100000643088932
-Tn. Mohamad Johari Al Fawaris
https://www.facebook.com/alfawaris
-Tn. Syukri Daud
https://www.facebook.com/syukri.daud.52
-Tn. Saifulamin hj Kamaruddin
https://www.facebook.com/saifulamin.hjkamaruddin
-Pak Din Tanjak
https://www.facebook.com/profile.php?id=100003573057131
-Tn. Muhammad Azhaari Abd Azizi
https://www.facebook.com/muhammadazhaari.abdaziz.1
-Tengku Awang
https://www.facebook.com/panglimaawang.hitam