06/10/2026
NASDAQ FUTURES DAH BUAT ALL TIME HIGH BARU - WALAUPUN BOND YIELD MASIH TINGGI
Menariknya, petang ini NASDAQ Futures sekali lagi mencatat paras All Time High (ATH).
Yang lebih menarik, kenaikan ini berlaku ketika US 10-Year Treasury yield masih berada di atas 5%, sekitar 5.3% — paras yang sangat tinggi dari perspektif sejarah dan berada hampir pada paras tertinggi sejak awal 2000-an.
Secara teori, kenaikan bond yield biasanya memberikan tekanan kepada saham, khususnya saham growth dan teknologi kerana kos modal meningkat dan valuation menjadi lebih mahal.
Tetapi buat masa ini, equity market nampaknya masih mampu menyerap tekanan daripada bond market.
Nasdaq sendiri masih berada dalam momentum bullish dan semalam mencatat rekod penutupan baharu, dengan kekuatan besar datang daripada sektor teknologi dan AI.
Ini menunjukkan bahawa buat masa ini, risk appetite pelabur masih kuat, walaupun kadar faedah jangka panjang berada pada paras yang tinggi.
Namun, saya tetap akan berhati-hati.
ATH bukan bermaksud risiko sudah hilang. Malah, apabila market terus naik walaupun yield meningkat, persoalan yang lebih penting ialah:
Berapa lama equity market boleh kekal bullish jika bond yield terus meningkat?
Buat masa ini, trend masih bullish.
Tetapi sebagai pelabur, kita jangan hanya tengok harga naik — kita juga perlu perhatikan apa yang berlaku di belakang kenaikan tersebut.
Adakah ini tanda kekuatan sebenar market, atau market sedang mengabaikan risiko bond yield?
👇 Apa pandangan anda?