16/07/2026
PENCARIAN BANKER UNTUK KOLABORASI
Kami kini menerima permintaan yang tinggi sekitar 300-1000 daripada peserta yang memerlukan bantuan berkaitan penyatuan hutang dan penstrukturan semula komitmen kewangan. Namun begitu, kami masih kekurangan banker yang sesuai untuk di refer kepada mereka.
Saya, Khairi Aizat, merupakan seorang Perancang Kewangan Berlesen dan Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti/ Bank Negara Malaysia/ Majlis Perancang Kewangan Malaysia. Fokus saya adalah membantu rakyat Malaysia membuat perancangan kewangan secara holistik, termasuk pengurusan aliran tunai, pengurusan hutang dan penyusunan semula komitmen bulanan.
Sehubungan itu, kami sedang mencari:
Banker atau pegawai pembiayaan yang sah dan berpengalaman untuk menerima rujukan peserta yang ingin mendapatkan khidmat berkaitan:
* Debt consolidation
* House Refinancing
* β Personal Financing
* Balance Transfer
* β SME Financing
Tanggungjawab pihak banker:
Anda perlu berurusan secara terus dengan pelanggan, menjalankan proses KYC, semakan kelayakan, due diligence dan penilaian dokumen secara profesional.
Kami mengalu-alukan banker yang:
* Berkhidmat dengan institusi kewangan yang sah
* Berintegriti, telus dan menjaga kerahsiaan pelanggan
* Memberikan penerangan yang jelas sebelum pelanggan membuat keputusan
Penafian penting:
Saya bukan ejen pinjaman dan tidak menjual atau mempromosikan sebarang produk pembiayaan.
Saya mengajar ilmu kewangan secara bebas dan tidak berat sebelah. Kolaborasi ini hanyalah bagi membantu peserta mendapatkan akses kepada banker yang sah sekiranya mereka sendiri memilih untuk meneruskan permohonan.
Banker yang berminat untuk berkolaborasi boleh tinggalkan hubungi pembantu saya En Hapis melalui WhatsApp dengan maklumat berikut:
Nama Penuh :
Nama Institusi Kewangan/Bank :
Jawatan :
Kawasan (Daerah/negeri):
Jenis Pembiayaan yang dikendalikan :
Tempoh pengalaman :
https://bankercollaboration.wasap.my