04/11/2024
As,salamualaikum, hai nama saya Khairul Imran, berasal dari Pulau Pinang, dan sekarang berumur 29 tahun, saya merupakan anak sulong dari 4 beradik.
Sedikit pengenalan tentang diri saya untuk anda βΊοΈ nama singkatan KI jer π«’
S**a untuk saya kongsikan disini, pengalaman-pengalaman jatuh bangun saya dalam hidup & kerjaya.
Saya jugak antara orang yang s**a bekerja secara sendirian, contoh berniaga.
Saya bermula belajar berniaga bekerja bersama Pakngah saya di sebuah restoran, bermula dari basuh pinggan sehinggalah saya jadi tukang masak di restoran.
Mindset saya apabila saya bekerja saya berangan β1 hari nanti aku pasti akan jadi bosβ π«’
Alhamdulillah, selepas 3 tahun saya berjaya bukak kedai makan Char Koey teow ala-ala santai di atas divider jalan dengan memanyungkan 1 payung biasa, 1 stall burger & 1 stall untuk masak.
Saya la yang masak, saya jugak buat air, saya jugak buat burger, & saya jugak yang beli barang2 berniaga setiap hari. π€£π€£ Tapi kadang ada jugak kawan-kawan yang datang bantu π«’ Hehe.
Perniagaan ini hanya mampu bertahan selama 2 tahun atas beberapa faktor yang tak dapat saya nak elak & terpaksa saya tutup. Waktu tutup tu saya tak rasa apa sebab umur masih muda orang kata kan π«’
Jadi saya call beberapa sahabat saya yang bekerja sekitar Shah alam. Dan alhamdulillah saya diperkenalkan dengan 1 platform Direct selling. Disini la bermula karier saya dalam belajar selok belok dalam perniagaan dengan lebih lama. Sebelum ni tak der ilmu.
Usia saya dalam Ade Academy ni sudah mencapai tahun yang ke 8. Bermacam-macam sejarah pernah saya ukir disini.
Disini jugak bukan mengajar kita tentang perniagaan sahaja semata-mata.
Cara kita menjual, cara kita memimpin, cara kita mengurus sehingga lah kita berjaya membina nama syarikat kita sendiri. Hampir 8 tahun saya ambil masa untuk saya mahir dalam ke tiga2 perkara tersebut.
Jatuh bangun tu tak yah cakap lah, itu yang memberikan kita pengalaman dan menguatkan kita untuk ke depan nanti.
Okay guys, salam kenal dari saya. InsyaAllah nanti kita sharing lagi yer π«‘