13/04/2025
Pernah dengar ;
๐๐๐ ๐๐๐ช๐ก ๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐๐โผ๏ธ
๐๐๐ ๐๐๐ช๐ก ๐ฃ๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ฃ๐ฉโผ๏ธ
๐ฟ๐๐ ๐ก๐๐ข๐ ๐๐๐ฎ๐๐ง, ๐ฉ๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐จ๐ ๐๐๐๐โผ๏ธ
Aku jawab 1 persatu melalui kes yang berlaku pada client aku sendiri ;
๐๐ข๐ฆ ๐ฅ๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ ๐ฅ๐ ๐ฐ๐ฌ๐ ๐๐๐ง๐๐ก๐๐๐จ๐ก๐ ๐ข๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐จ๐๐ฆ๐ก ๐ง๐๐๐๐๐จ๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฆ๐จ๐๐๐ฅ ๐ข๐ฉ๐๐ฅ๐ฌ ๐๐ฌ๐ฆ๐งโผ๏ธ
Aku cuba terangkan dalam bahasa ringkas & padat untuk senang faham
โ
๐๐๐ ๐๐๐ช๐ก ๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐๐โผ๏ธ
Ini client aku sendiri. Tahun ini adalah tahun ke-5 polisi beliau dengan PruBSN Takaful. Sepanjang 5 tahun, hanya tahun 2025 ini sahaja, beliau diuji dengan masalah kesihatan Influenza (pada Januari) & Cyst O***y (pada Mac), dimana both kos rawatan adalah sebanyak RM4,000++ & hampir RM40,000โผ๏ธ Kos ini ditanggung oleh PruBSN Takafulโผ๏ธ Ini belum lagi claim client2 aku yang approved seperti yang hampir RM160,000. yang hampir RM90,000. Kes kemalangan kritikal lebih dari RM100,000 & lain2 sepanjang 10 tahun aku dalam industri takaful
Ramai kata takaful ini menipu. Syarikat takkan bayar tanpa sebab, sebab tu penting faham polisi, tanya sampai jelas. Terutamanya tentang sakit sediada yang tak pernah declare & tempoh menunggu selama 2 tahun untuk sakit kritikal. Takaful bukan panadol, apply hari ini, esok terus boleh pakai. Sila FAHAM yang iniโผ๏ธBukan semua agen menipuโyang jujur ni ramai, tapi yang busuk juga yang kalian nampak.
โ
๐๐๐ ๐๐๐ช๐ก ๐ฃ๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ฃ๐ฉโผ๏ธ
Ini pun mentaliti masyarakat. Nampak sebahagian tayang kereta, travelling sini sana terus dicop kaya sebab makan duit client. Ramai sangka takaful ni cuma kayakan agen. Aku sendiri mana ada dok tayang kereta hari2, tayangkan kehenseman, ada lah ๐คช Sebenarnya, agen cuma jadi perantaraโbantu masyarakat faham pentingnya perlindungan kewangan. Komisen tu upah untuk masa, tenaga, dan ilmu yang dikongsi. Itu memang servis kami. Sama juga di sektor yang lain dalam perkhidmatan (Servicing). Rata-rata yang anda lihat mereka yang berjaya, itu semua adalah titik peluh mereka berusaha. Bukan perkara yang mudah untuk menyampaikan tentang kesedaran kepentingan takaful pada masyarakat dimana statistik menunjukkan bahawa hampir 60% masyarakat Malaysia masih belum mempunyai perlindungan takaful/insurans. Sukar tapi ianya tidak mustahil buat kami yang s**a berusaha. Itu effort kamiโผ๏ธ
Bukan untuk kayakan agent, tapi yang lebih penting, takaful ni tentang sediakan payung sebelum hujan. Bila ditimpa musibahโkemalangan, sakit, atau kehilangan orang tersayangโduit pampasan tu bukan untuk agen, tapi untuk keluarga yang ditinggalkan. Ramai yang tak nampak nilainya sekarang, tapi akan rasa syukurnya bila perlindungan tu selamatkan keadaan. Takaful bukan untuk kayakan agent, tapi untuk ketenangan empunya polisi
โ
๐ฟ๐๐ ๐ก๐๐ข๐ ๐๐๐ฎ๐๐ง, ๐ฉ๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐จ๐ ๐๐๐๐โผ๏ธ
Ramai rasa rugi bayar takaful lama, tapi tak pernah claim. Tapi cuba fikir, bukankah itu sebenarnya satu nikmat? Tak claim maksudnya kita sihat, selamat, masih boleh teruskan hidup macam biasa
Sama seperti kes client aku ini, 5 tahun membayar takaful & kali ini diuji dengan O***y Cyst sebesar perut beliau (20x30x40cm). Kau pergi ambil pembaris ukur sekarangโผ๏ธ Siapa sangka & siapa yang nak dirinya sakit? Yang paling mengejutkan, umur beliau masih muda hanyalah 23 tahun. Musibah tak kenal umur & masa. Bila sakit ni, kat mana yang ruginya takafulโ๏ธ Alhamdulillah, client pun happy dapat beraya dengan family tercinta dengan aman
Ibarat seperti kita ada payungโterasa rugi bila tidak hujan, tapi perkara penting bilanya hujan. Bila musibah datang, yang ada takaful rasa lega. Yang tiada, baru rasa sesal. Bayar takaful umpama beli ketenangan, bukan sekadar perlindungan. Kalau tak guna, itu berita baik. Tapi kalau tiba-tiba perlu, masa tu takaful lah penyelamat. Hakikatnya takaful wujud untuk lindungi, bukan untuk merugikan. Benda logikal akal, kenapa kesemua pembiayaan loan rumah & kenderaan dan syarikat anda bekerja ada coverage klinik anda semua dilindingi takaful/insuransโ๏ธ
Kesimpulannya, janganlah sangat dengan takaful ini. Hidup ini ada pilihan. Yang tidak bersetuju dengan pengunaan takaful ni, jangan cuba jadi penghasut. Nak ke hospital kerajaan ada pros & cons ; murah tapi servis/appointment lama nak kena tunggu. Nak ke hospital swasta pun ada pros & cons ; bayaran bulanan mungkin sedikit mahal tapi servis cepat. Anda ada pilihan. Nilaikan dengan fakta, bukan emosiโผ๏ธ
Instrumen takaful adalah bertujuan melindungi income (gaji) kita dari trjejas dalam 3 situasi 3D ; , ataupun . Sesungguhnya 3 perkara ini memberi impak yang sangat besar dalam kewangan kita. Itu adalah โผ๏ธ
Realitinya, bila meninggal dunia (Death), banyak perebutan harta pusaka berlaku, kesian pada anak bini. Bila lumpuh (Disability), maka hilang punca pendapatan untuk kelangsungan hidup. Bila sakit kritikal (Disease), banyak harta terpaksa digadaikan untuk tampung kos rawatan. Kenapa ini boleh berlaku?
Renung-renungkan
Sekadar pendapat picisan
aku yang dah 10 tahun dalam industri takaful
Peaceโผ๏ธโ๐ผ
Credit to : ๐ฅ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ป ๐๐บ๐ถ๐ป๐๐ฟ๐ฎ๐๐๐ถ๐ฑ