Sate Sabah Viral

Sate Sabah Viral Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sate Sabah Viral, Business service, Suria Jelutong Jalan Bazar U8/99, Bukit Jelutong, Shah Alam.

10/04/2026

PENAMPANG: Eldridge Laurence Timis, Naib Ketua AMK Negeri Sabah berkata sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40% Sabah, namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang konkrit dicapai cukup menjengkelkan.

Eldridge berkata, sikap Datuk Ewon Benedick dan Datuk Wilfred Madius Tangau dalam hal ini amat mengecewakan.

“Ketika Kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen jelas untuk menyelesaikan isu 40% Sabah secara berstruktur, mereka memilih untuk terus bermain persepsi seolah-olah tiada usaha dilakukan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua AMK Penampang berkata proses yang sedang berjalan kini adalah yang terbaik sejak hampir 6 dekad tiada perkembangan.

“Penyelesaian teknikal antara Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan adalah mekanisme “government-to-government” yang perlu diberi ruang secukupnya bagi memuktamadkan formula serta jumlah bayaran berdasarkan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan”

“Dalam konteks ini, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menuding jari secara sebelah pihak,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, sekiranya rundingan ini gagal mencapai kata sepakat, ia merupakan kegagalan kedua-dua Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan — bukan alasan untuk mempolitikkan isu demi kepentingan sempit.

“Datuk Ewon Benedick sebagai Timbalan Ketua Menteri III Sabah harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan memuktamadkan formula dan jumlah bayaran 40% mewakili Kerajaan Sabah”

“Jika benar beliau serius memperjuangkan hak Sabah, maka tindakan paling berintegriti adalah mempertimbangkan peletakan jawatan di peringkat Negeri,” katanya lagi.

Eldridge berkata, Datuk Wilfred Madius Tangau, yang kini pengerusi POIC sebuah GLC Negeri dengan imbuhan lima angka. Kegagalan kedua-dua politikus ini menimbulkan persoalan — adakah jawatan itu digunakan untuk memperjuangkan negeri, atau sekadar menikmati imbuhan dan elaun puluhan ribu ringgit sambil bermain retorik politik demi kepentingan peribadi?

“Rakyat Sabah tidak memerlukan retorik politik yang berterusan”

“Apa yang diperlukan adalah kepimpinan yang berani membuat keputusan, berunding dengan tegas bagi pihak rakyat, dan mencapai hasil,” katanya.

Tambah beliau, proses perundangan akan terus berjalan sebagaimana sewajarnya.

“Namun, rundingan antara kerajaan tidak wajar dihentikan atau dipolitikkan. Masa untuk berpolitik sudah berlalu — kini adalah masa untuk menyelesaikan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

09/04/2026
20/03/2026

KOTA KINABALU: Exco Pemuda Barisan Nasional Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Lahad Datu, Datuk Sri Dr Anil Sandhu, menyifatkan jangkaan kerjasama antara Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) dan UPKO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 sebagai satu langkah yang tepat, matang serta berpandangan jauh.

Beliau berkata, pendekatan kerjasama politik yang berteraskan kestabilan dan kebersamaan merupakan kunci utama dalam memastikan kesinambungan pembangunan negeri Sabah serta keharmonian politik negara.

Menurutnya, dalam suasana politik semasa, rakyat tidak lagi mahukan perbalahan berpanjangan, sebaliknya mengutamakan kestabilan, kesepakatan serta tumpuan kepada pembangunan dan kesejahteraan.

“Kerjasama antara BN, GRS, PH dan UPKO adalah satu langkah strategik yang perlu disokong kerana ia mampu menjamin kestabilan politik dan kemajuan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anil turut menjelaskan bahawa kedudukan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin, yang berada dalam barisan kabinet negeri, serta Pengerusi BN Sabah, Datuk Arthur Joseph, yang menganggotai kabinet persekutuan, memberi kelebihan untuk mengadakan perbincangan berkaitan kerjasama tersebut.

Beliau berkata, kejayaan pembentukan kerajaan perpaduan di Sabah selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 membuktikan bahawa perbezaan politik boleh diketepikan demi kepentingan rakyat dan negeri.

“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menunjukkan bahawa gabungan pelbagai parti mampu mewujudkan pentadbiran yang stabil dan berfungsi dengan baik. Ini memberi keyakinan kepada rakyat bahawa model kerjasama ini wajar diteruskan sehingga PRU16,” katanya.

Tambah beliau, kesinambungan kerjasama tersebut juga penting bagi memastikan hubungan antara kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan terus kukuh.

“Kestabilan politik memberi impak langsung kepada ekonomi, pelaburan dan peluang pekerjaan, khususnya kepada golongan belia. Pemuda BN melihat kerjasama ini sebagai platform terbaik untuk memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan tanpa gangguan politik yang tidak perlu,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menyeru semua pihak agar mengetepikan perbezaan dan memberi fokus kepada agenda besar membangunkan Sabah.

“Ini bukan soal parti semata-mata, tetapi melibatkan masa depan rakyat Sabah. Kita perlu bergerak sebagai satu pasukan yang kuat dan bersatu bagi memastikan Sabah terus maju dan makmur,” tegasnya.

Kredit - Dakwat Rakyat Post

Address

Suria Jelutong Jalan Bazar U8/99, Bukit Jelutong
Shah Alam
40150

Telephone

+60145515815

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sate Sabah Viral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share