Moomol

Moomol Moomol bantu SME Malaysia sourcing terus produk dari kilang luar negara dengan kos rendah & risiko minima. Strategic Sourcing • Procurement • e-Logistics. e. f.

Nak jimat masa, kos modal & elak kena kencing dengan supplier? Hubungi kami untuk solusi pantas. Moomol menyelesaikan isu usahawan yang sering menghadapi kesukaran untuk mendapatkan produk berkualiti terus dari sumber dengan kos yang paling efektif. Isu usahawan yang biasa berlaku adalah:

a. Tidak tahu sumber produk

b. Tidak tahu lokasi kilang yang sebenar

c. Tidak tahu material secara spesif

ik

d. Tidak tahu berkomunikasi dengan betul. Tidak tahu proses penghantaran rentas sempadan. Tidak ada tempat untuk mengadu dan merujuk jika diperdaya oleh pembekal atau pengilang.
Pemahaman berkenaan perlunya untuk hadir sendiri ke kilang bagi melihat dengan mata kepala sendiri, merasai sendiri sesuatu produk contohnya seperti fabrik sebelum membuat pembelian adalah pemikiran jumud yang ketinggalan zaman. Kini segala-galanya lebih mudah dengan adanya kemudahan teknologi yang berupaya untuk mengatasi halangan yang melibatkan sempadan tempat dan waktu. Dengan platform Moomol semuanya di hujung jari tanpa perlu meninggalkan kediaman atau pejabat anda. Pengalaman kami lebih dari 8 tahun dalam mengendalikan sumber produk dari pelbagai industri yang melibatkan pemilihan material, pembelian sample, berkomunikasi dengan pengilang, pergudangan, QA & QC, pembungkusan, proses penghantaran samada melalui laut, darat mahupun udara, perlepasan kastam, brokerage, end mile delivery sehinggalah kepada penerimaan parcel oleh pelanggan menjadikan kami arif dan pakar berkenaan selok belok industri sumber produk ini. Para usahawan sudah boleh menarik nafas lega apabila segala halangan untuk mendapatkan produk selama ini, kini dapat diatasi dengan mudah bukan sahaja melalui platform Moomol malah melalui bimbingan dan sokongan 24/7 yang kami sediakan khusus bagi membantu para usahawan agar mereka boleh berikan fokus kepada perkembangan perniagaan tanpa perlu memeningkan kepala untuk menguruskan proses operasi yang renyah dan rumit.

Ramai orang buat satu kesilapan besar bila compare harga produk.Nampak gambar lebih kurang sama terus cakap:“Eh supplier...
28/05/2026

Ramai orang buat satu kesilapan besar bila compare harga produk.

Nampak gambar lebih kurang sama terus cakap:

“Eh supplier ni mahal.”
“Dekat sana lagi murah.”
“Shopee jual lagi rendah.”

Padahal… comparison tu langsung bukan apple to apple.

Dalam dunia sourcing & manufacturing, gambar boleh nampak sama.
Tapi spec dalam boleh beza jauh.

Contoh paling common:

• Material berbeza
ABS vs PP vs Virgin Plastic
304 Stainless vs 201 Stainless

• Ketebalan berbeza
0.8mm vs 1.2mm

• Finishing berbeza
Matte, glossy, coating, UV, lamination

• Quality control berbeza
Ada QC proper atau sekadar siap jalan

• Packaging & protection berbeza
Terus effect pada defect rate

• MOQ & production method berbeza
Mass production vs custom batch

• Certification & compliance berbeza
Food grade? SGS? ISO? atau tiada langsung?

Akhirnya apa jadi?

Orang compare based on:
❌ gambar
❌ tajuk produk
❌ harga display

Bukan compare berdasarkan:
✅ material
✅ specification
✅ process
✅ tolerance
✅ durability
✅ compliance
✅ after-sales risk

Lepas barang sampai baru terkejut:

“Kenapa quality lain?”
“Kenapa cepat rosak?”
“Kenapa warna tak sama?”
“Kenapa customer complain?”

Sebab dari awal lagi comparison salah.

Harga murah bukan semestinya murah.
Kadang-kadang murah sebab:
• material downgrade
• shortcut production
• reject quality
• tiada QC
• kurang durability

Dalam sourcing, kalau nak compare supplier atau quotation, pastikan compare secara technical dan commercial bukan sekadar tengok gambar nampak sama.

Kalau tidak, bukan sahaja dapat harga yang salah…
tapi dapat produk yang salah sekali.


Moomol | Strategic Global Sourcing Partner

28/05/2026
Salam Ramadhan 1447H
18/02/2026

Salam Ramadhan 1447H

07/01/2026
05/01/2026
Selamat Tahun Baru 2026Terima kasih kepada semua klien rakan niaga dan support system yang sentiasa percaya dengan Moomo...
31/12/2025

Selamat Tahun Baru 2026

Terima kasih kepada semua klien rakan niaga dan support system yang sentiasa percaya dengan Moomol.

2025 penuh cabaran pengajaran dan pertumbuhan dan 2026 kami datang dengan azam lebih besar servis lebih kemas dan komitmen yang lebih padu.

Semoga tahun ini membawa rezeki yang lancar urusan dipermudahkan dan bisnes kita terus berkembang bersama.

Ramai orang tidak nampak apa yang berlaku di belakang tabir apabila kita hasilkan satu customised final product.Mereka h...
12/12/2025

Ramai orang tidak nampak apa yang berlaku di belakang tabir apabila kita hasilkan satu customised final product.

Mereka hanya nampak sample tetapi mereka tidak nampak kepenatan di sebaliknya.

Mereka tidak tahu bahawa untuk satu sample sahaja
Kita perlu berkomunikasi dengan banyak vendor dan kilang

Kita perlu ulang kaji material, warna dan texture berkali kali sehingga dapat hasil terbaik

Kita perlu kejar deadline walaupun tengah malam dan walaupun berbeza zon masa

Kita menggunakan pengalaman, network dan masa yang sangat bernilai semata mata untuk pastikan pelanggan dapat hasil yang sempurna

Namun perkara paling mengecewakan ialah apabila sample yang kita hasilkan bersungguh sungguh diberikan p**a kepada kilang lain untuk proses production

Tiada penghargaan dan tiada kesedaran bahawa usaha itu datang daripada masa dan tenaga yang kita laburkan

Disebabkan itu tiada lagi sample percuma diberikan

Bukan kerana berkira

Bukan kerana kedekut

Tetapi kerana hasil kerja kita ada nilai

Proses ini mengambil masa kepakaran dan komitmen yang tinggi

Dan kita hanya mahu membantu klien yang benar benar jujur serius dan menghargai kepakaran kita

Customisation bukan sesuatu yang murah
Ia gabungan seni sains dan strategi

Jika anda perlukan sourcing partner yang menjaga kualiti masa dan integriti projek anda

Kami sentiasa bersedia

Tetapi kami tidak lagi menyediakan sample percuma kecuali kepada klien yang betul betul komited untuk membina produk yang berjaya

Jangan tertipu dengan seller yang mengaku jual produk cotton organikDalam industri tekstil hari ini ramai seller gunakan...
05/12/2025

Jangan tertipu dengan seller yang mengaku jual produk cotton organik
Dalam industri tekstil hari ini ramai seller gunakan label organik untuk naikkan harga dan tarik perhatian pembeli. Tapi tidak semua produk yang dilabel sebagai organic cotton benar benar organik. Sebab itu wujudnya standard seperti GOTS OekoTex Cradle to Cradle dan Organic Content Standard untuk pastikan bahan yang digunakan betul betul memenuhi syarat keselamatan dan ketulenan.
Masalahnya kebanyakan seller hanya tampal logo di gambar produk tanpa sijil sebenar. Logo boleh dicuri tetapi sijil rasmi tidak boleh dipalsukan dengan mudah kerana ia mengandungi nombor lesen nama kilang tarikh sah laku dan badan pensijilan. Jika penjual tidak dapat kemukakan dokumen ini besar kemungkinan produk tersebut bukan organic cotton.
GOTS adalah standard paling ketat untuk tekstil organik. OekoTex p**a mengesahkan sesuatu produk bebas bahan kimia berbahaya. Organic Content Standard memastikan peratusan bahan organik benar benar wujud dalam produk manakala Cradle to Cradle fokus pada kelestarian dari awal hingga akhir penghasilan. Jika penjual tidak tahu beza empat sijil ini itu sendiri sudah menjadi tanda amaran.
Cara paling mudah untuk elakkan diri daripada ditipu adalah dengan meminta sijil lengkap bukan sekadar logo. Setiap sijil mesti memaparkan nombor lesen kilang yang disahkan kategori produk dan tarikh sah laku. Jika harga terlalu murah untuk produk organic cotton ini juga petunjuk kuat bahawa bahan yang digunakan kemungkinan besar viscose atau campuran serat sintetik.
Jika anda seorang founder pastikan bahan yang anda jual mempunyai pensijilan yang sah. Jika anda seorang pembeli semak setiap claim sebelum membeli. Kualiti tekstil organik tidak datang dengan harga bawah pasaran. Lindungi diri anda dan pelanggan anda dengan memastikan setiap dakwaan disokong oleh bukti yang sah.

Makluman Penting Untuk Semua Klien KamiTuan/Puan,Kami ingin memaklumkan beberapa perkara penting berkaitan tempahan dan ...
03/12/2025

Makluman Penting Untuk Semua Klien Kami

Tuan/Puan,

Kami ingin memaklumkan beberapa perkara penting berkaitan tempahan dan jadual pengeluaran bagi hujung tahun sehingga awal tahun hadapan.

Maklumat ini penting untuk memastikan tiada kelewatan atau isu semasa proses produksi dan penghantaran.

1. Slot Production Bulan Disember Sangat Terhad

Pada bulan Disember, jumlah tempahan ke kilang meningkat dengan ketara. Kebanyakan kilang menggunakan sistem first come, first serve.

Jika tempahan dibuat lewat, berisiko tinggi untuk tidak mendapat slot pengeluaran dalam masa yang diperlukan.

2. Kenaikan Harga Bermula Awal Tahun

Setiap awal tahun, kilang di China akan mengemas kini struktur harga. Biasanya berlaku kenaikan sekitar 5% hingga 10% melibatkan kos bahan mentah dan operasi.

Pengesahan awal membantu mengelakkan caj harga baharu.

3. Persediaan Untuk CNY (Februari)

Cuti Tahun Baru Cina menyebabkan kilang tutup lebih awal dan hanya beroperasi semula selepas tempoh cuti yang agak panjang.

Bagi mengelakkan tempahan tertangguh hingga selepas CNY, semua order perlu disahkan dan dimulakan sebelum cuti bermula.

Ringkasnya:
Bagi mengelakkan kelewatan, kekangan produksi, dan kenaikan kos, kami amat menggalakkan Tuan/Puan untuk mengesahkan tempahan secepat mungkin.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.

Sebarang pertanyaan atau pengesahan order, boleh terus hubungi kami.

Address

4-5-3 Presint Alami Worldwide Business Centre 2 Persiaran Akuatik Section 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Moomol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Moomol:

Shortcuts

Share