27/05/2019
3 FAEDAH JIKA ANDA MEMILIH UNTUK MEMBINA RUMAH SENDIRI DARIPADA RUMAH YANG DIJUAL OLEH PEMAJU…
Kita sering dengar masalah segelintir masyarakat Malaysia yang sering tertipu ketika membuat pembelian hartanah rumah, malah isu ini kadang kala berlarutan sehingga tiada jumpa jalan penyelesaian, masing-masing mula menunding jari kepada pihak pemaju dan juga kepada pihak kerajaan kerana gagal mengawal keadaan tersebut. Jika di ikutkan, siapakah yang harus dipersalahkan??
Namun, ini tidak bermakna kes ini boleh berulang lagi jika kita berwaspada dan mengambil langkah terbaik bagi mengelakkan diri dari ditipu..bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan..
Antara salah satu langkah yang boleh diambil kira adalah untuk membuat rumah sendiri.
Rata-rata masih ramai yang belum mendapat info yang tepat berkenaan dengan Rumah Buat Sendiri VS Rumah Siap Pemaju .
Kenapa saya lebih menyokong anda untuk memilih untuk membuat rumah sendiri berbanding dari membeli terus dari pemaju?
Pertamanya ialah, rumah buat sendiri lagi murah. Kebanyakkan anda mampu membeli harga tanah sekitar RM 150K, dikira segala kos-kos pembinaan rumah sekitar RM 300k. Jadi, jumlah keseluruhan untuk anda memiliki rumah pertama sekitar Rm450k, dan yang paling utama rumah tersebut dibina mengikut citarasa anda tersendiri dan mempunyai ruang yang lebih eksklusif!
Jika dibandingkan dengan rumah mampu milik yang dibina oleh pemaju adalah sekitar RM100k-RM120k, namun harga tersebut hanya boleh dibina dengan konsep subsidi silang, namun sampai bila kita harus menunggu untuk mendapatkan harga tersebut walhal rata-rata harga rumah yang dijual sekarang dua kali ganda dari harga mampu milik itu.. (https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2018/10/488088/rumah-mampu-milik-rm70000-rm80000-di-bandar-tidak-mustahil).
Keduanya, kualiti kemudahan prasarana dan kehidupan. Ini antara perkara penting yang harus diambil kira.
Sekiranya rumah yang ingin dibeli atau bina itu kosnya rendah tetapi jauh dari segi kemudahan prasarana, ia tidak semestinya berbaloi, malah mungkin meningkatkan kos seperti kos pengangkutan dan sebagainya.
Jadi, sekiranya dikawasan tersebut mempunyai tanah untuk dijual dengan harga yang berbaloi, seeloknya terus membeli tanah dan membina rumah sendiri.
Last sekali, bila rumah anda dibina sendiri semestinya anda boleh memilih mana-mana design atau bahan yang untuk dibina keatas rumah anda. Jika anda berminat untuk membina rumah yang design ala-ala White House pun takde masalah. Namun Jika anda tidak tidak kisah dengan reka bentuk dan tidak mahu memikirkan sangat mengenai kos luar jangka, pilihan membeli rumah siap dari pemaju boleh dijadikan pilihan.
Jadi diharapkan dengan serba sedikit info ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan sama ada membina rumah sendiri mahupun membeli rumah yang dijual oleh pemaju. Tepuk dada tanya selera kemampuan anda!!
PETALING JAYA: Rumah mampu milik berharga dalam lingkungan RM70,000 hingga RM80,000 di kawasan bandar mampu dibina menerusi konsep subsidi silang, demikian menurut Tokoh Hartanah Bumiputera, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.