11/05/2026
Pengarah kami encik Kelvin Chan telah menghadiri Majlis Penyerahan Lesen Premis yang Ditetapkan (PYDT) Buangan Terjadual Negeri Pahang 2026 & Seminar Towards Responsible Scheduled Waste Management: Aligning EIA Requirements and ISO 14001 bertempat di Swiss-Grand Beach Resort Kuantan baru-baru ini.
Dalam sesi seminar tersebut, terdapat peserta yang mengemukakan persoalan kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai 𝐤𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐞𝐧𝐚𝐩𝐜𝐞𝐦𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐮𝐡𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.
Melalui peluang tersebut, En. Kelvin turut berkongsi pengalaman industri kami dalam membantu beberapa kilang menjalankan ujian TTLC serta mendapatkan kelulusan daripada JAS Putrajaya, 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐞𝐧𝐚𝐩𝐜𝐞𝐦𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐬𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐤𝐥𝐚𝐬𝐢𝐟𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐛𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐣𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐣𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥, tertakluk kepada syarat dan kelulusan pihak JAS. Dengan kelulusan yang berkaitan, enapcemar tersebut boleh diuruskan di tapak pelupusan sisa pepejal sanitari yang diluluskan.
Proses ini melibatkan:
• 𝑷𝒆𝒓𝒎𝒐𝒉𝒐𝒏𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑲𝒉𝒂𝒔 𝑩𝒖𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒋𝒂𝒅𝒖𝒂𝒍 𝒅𝒊 𝒃𝒂𝒘𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒓𝒂𝒏 7(1), 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒓𝒂𝒏-𝑷𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒓𝒂𝒏 𝑲𝒖𝒂𝒍𝒊𝒕𝒊 𝑨𝒍𝒂𝒎 𝑺𝒆𝒌𝒆𝒍𝒊𝒍𝒊𝒏𝒈 (𝑩𝒖𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒋𝒂𝒅𝒖𝒂𝒍) 2005;
• 𝑷𝒆𝒓𝒎𝒐𝒉𝒐𝒏𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒓𝒕𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒅𝒊 𝒃𝒂𝒘𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒓𝒂𝒏 23, 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒓𝒂𝒏-𝑷𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒓𝒂𝒏 𝑲𝒖𝒂𝒍𝒊𝒕𝒊 𝑨𝒍𝒂𝒎 𝑺𝒆𝒌𝒆𝒍𝒊𝒍𝒊𝒏𝒈 (𝑬𝒇𝒍𝒖𝒆𝒏 𝑷𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒖𝒔𝒕𝒓𝒊𝒂𝒏) 2009.
Sebagai syarikat yang terlibat dalam bidang pengurusan bahan kimia dan pemerolehan buangan terjadual industri, kami komited dalam membantu industri mendapatkan penyelesaian yang praktikal, mematuhi keperluan JAS, serta lebih lestari untuk pengurusan sisa industri.
Melalui perkongsian ini, En. Kelvin berharap dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan industri kepada orang ramai yang tidak berkesempatan menghadiri seminar tersebut.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas seminar yang sangat bermanfaat dan penuh dengan perkongsian ilmiah.