19/03/2021
Mengapa golongan yang mempunyai anak perempuan sahaja ini merupakan golongan yang kritikal?
Hal ini kerana ketiadaan anak lelaki yang menjadi sebagai penghalang kepada waris lain simati.
Cthnya: Ali mempunyai 4 anak perempuan, seorang isteri dan 5 adik beradiknya. Ditakdirkan dia meninggal, maka hartanya telah menjadi harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid (kerana tiada perancangan dibuat). Dalam kes ini, waris Ali ialah isterinya, 4 anak perempuan serta adik beradiknya (adik beradik ada hak kerana Ali tiada waris penghalang iaitu anak lelaki).
Dalam hukum faraid, setiap ahli faraid berhak keatas harta tersebut yakni termasuk adik-beradik Ali. Dalam masyarakat Melayu kita, akan terdapat dua kemungkinan situasi akan berlaku:
1. Adik-beradik Ali faham bahawa isteri dan anak-anak Ali memerlukan harta tersebut untuk kelangsungan hidup mereka. Maka semua adik-beradik Ali melepaskan hak mereka kepada isteri dan anak-anak perempuan Ali.
2. Adik beradik Ali faham yang isteri serta anak-anak Ali memerlukannya, maka mereka melepaskan hak mereka akan tetapi, isteri dan waris Ali harus bayar sedikit bahagian mereka yang hendak dilepaskan.
3. Adik-beradik Ali tidak faham dan hendakkan bahagian mereka memandangkan harta Ali banyak dan meninggalkan rumah yang besar. Maka masing-masing menuntut harta tersebut.
Dalam kes ini, situasi 1 nampak menguntungkan kepada isteri dan anak-anak Ali yang mana memang mereka memerlukan harta tersebut untuk kelangsungan hidup mereka. Akan tetapi, situasi 2 dan 3 agak mencabar. Situasi 2 menguntungkan isteri dan anak-anak Ali sekiranya mereka ada duit untuk bayar bahagian yang dilepaskan. Tetapi sekiranya tidak? Adakah adik-beradik Ali mahu melepaskan hak?
Situasi 3 dimana adik-beradik Ali tidak mahu lepaskan langsung hak mereka dan mahu menuntut hak tersebut. Dari sudut Islam, memang kita tidak boleh menghalang mereka kerana mereka ada hak itu. Maka hubungan kekeluargaan antara adik-beradik Ali dan isteri serta anak-anak Ali mungkin akan renggang serta isteri dan anak-anak Ali akan bersusah payah apabila harus berkongsi rumah bersama dengan adik-beradik Ali itu.
Tambah susahnya lagi apabila salah seorang adik-beradik itu meninggal, maka harta rumah itu akan menjadi pusaka kepada simati itu kepada waris-warisnya, maka bertambah lah lagi kesusahan isteri dan anak-anak Ali.
Jalan penyelesaiannya? Buat perancangan (hibah) sewaktu hidup dan letakkan kepada isteri serta anak-anak perempuan agar tidak akan berlaku seperti kes diatas. Hibah yang dibuat dengan cukup syarat dan diuruskan dengan baik amat susah untuk ditentang oleh orang luar.
*Sumber gambar daripada FB Wasiyyah Shoppe Berhad.
============================
Memerlukan perkhidmatan kami? Hubungi kami dengan menekan link di bawah:
https://linktr.ee/KlinikPusaka_WasiatDanHibah