UUM Solution Sdn Bhd

UUM Solution Sdn Bhd We aim to be comprehensive ICT Solution Provider ranging from infrastructure to business applications. TRACK RECORDS :

Project Name


1. Technical Support

Latihan Pemasangan dan Pembekalan Komputer
2. Pembangunan Sistem Maklumat Universiti
3. Pembangunan Sistem Pengumpulan Data Warehouse
4. Pembangunan Sistem Maklumat
5. Pembangunan Sistem Maklumat Universiti
6. Penswastaan Makmal Komputer

Other Business Engagement Projects :
7. Development of e-Perjawatan System
8. Installation and Maintenance of UUM’s Software Systems and Business Applications
9.

Installation and Maintenance of Campus Network Infrastructure
10. Supply and Maintenance of ICT Equipment
11.

Sepanjang perjalanan booth E-Bike Test Ride di Fiesta Tradisi Milenial, di Pusat Budaya dan Seni, UUM pada 19-24 April 2...
23/04/2026

Sepanjang perjalanan booth E-Bike Test Ride di Fiesta Tradisi Milenial, di Pusat Budaya dan Seni, UUM pada 19-24 April 2026 memang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan! πŸ”₯

Ramai pelajar & staf ambil peluang untuk cuba sendiri pengalaman naik e-bike β€” dari yang first time sampai yang terus repeat ride πŸ˜„

Antara moment best:
✨ Ramai cuba FREE test ride
✨ Reaksi pertama: β€œEh best laa, ringan & smooth!”
✨ E-bike jadi tarikan sepanjang program
✨ Suasana booth yang santai πŸŽ‰

Bukan sekadar cuba ride, tapi ramai juga mula nampak potensi e-bike sebagai:
πŸ‘‰ Pengangkutan dalam kampus
πŸ‘‰ Alternatif jimat kos
πŸ‘‰ Gaya hidup lebih mesra alam 🌱

Terima kasih kepada semua yang singgah & support! πŸ™Œ
Harap lepas ni makin ramai yang beralih ke smart mobility di kampus. πŸ’‘

ehh.. program ni tak habis lagi ya.. mana yang belum berkesempatan boleh datang dan cuba sendiri ya..✨ ✨ ✨ πŸ˜„

20/04/2026
UUM SOLUTION DAN JENEXUS HOLDING JALIN USAHASAMA TINGKATKAN INFRASTRUKTUR RANGKAIAN DI IPTAKuala Lumpur, 12 Oktober 2025...
13/10/2025

UUM SOLUTION DAN JENEXUS HOLDING JALIN USAHASAMA TINGKATKAN INFRASTRUKTUR RANGKAIAN DI IPTA

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2025 – UUM Solution Sdn. Bhd., anak syarikat Universiti Utara Malaysia (UUM), telah menandatangani Perjanjian Usahasama dengan Jenexus Holding Sdn. Bhd. bagi melaksanakan projek berkaitan kemudahan rangkaian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di Wisma Seri Muda, Kuala Lumpur ini dihadiri oleh wakil pengurusan tertinggi kedua-dua organisasi.

Perjanjian usahasama antara 2 syarikat ini telah ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pengarah UUM Solution Sdn. Bhd., Datuk Haji Abdul Mutallib Harun dan Pengarah Urusan Jenexus Holding Sdn. Bhd., Encik Hoo Chew How.

Majlis menandatangan perjanjian ini telah disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UUM Holdings Sdn. Bhd., En. Azman Hisham Che Doi dan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Quandatics Omnitech Sdn. Bhd., Encik Tan Cheng Jin.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd F**d Sakdan, Ahli Lembaga Pengarah UUM Holdings Sdn. Bhd., Encik Abdul Raji Masri serta barisan Pegawai UUM Holdings dan Jenexus Holding.

Kerjasama strategik ini bertujuan untuk meningkatkan capaian Internet di institusi pendidikan awam serta mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar. Selain itu, ia diharap dapat menyokong agenda pendigitalan pendidikan tinggi melalui penyediaan infrastruktur rangkaian yang stabil, pantas dan mampan.

UUM SOLUTION DAN WESTSTAR ENGINEERING JALIN USAHASAMA TINGKATKAN INFRASTRUKTUR ICT DI UUMAmpang, Selangor, 12 Oktober 20...
13/10/2025

UUM SOLUTION DAN WESTSTAR ENGINEERING JALIN USAHASAMA TINGKATKAN INFRASTRUKTUR ICT DI UUM

Ampang, Selangor, 12 Oktober 2025 – UUM Solution Sdn. Bhd., anak syarikat Universiti Utara Malaysia (UUM), menandatangani Perjanjian Usahasama dengan Weststar Engineering Sdn. Bhd. bagi melaksanakan projek berkaitan peralatan rangkaian di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM).

Majlis menandatangani perjanjian ini diadakan di Menara Weststar, Ampang Jaya, Selangor yang dihadiri oleh wakil pengurusan tertinggi kedua-dua syarikat.

Perjanjian usahasama antara 2 syarikat ini telah ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pengarah UUM Solution Sdn. Bhd., Datuk Haji Abdul Mutallib Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Weststar Engineering Sdn. Bhd.. Datuk Muhammad Farouk Bin Noor Shahwan. Majlis menandatangani perjanjian ini telah disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Azman Bin Syed Ibrahim dan Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd F**d Sakdan.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah UUM Holdings Sdn. Bhd., Encik Abdul Raji Masri, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UUM Holdings Sdn. Bhd., En. Azman Hisham Che Doi serta Chief Planning & Development Weststar Engineering Sdn. Bhd., Dr. Joehary bin Sulaiman.

Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur ICT bagi menyokong pengajaran, penyelidikan dan pengurusan universiti secara lebih efisien serta menjayakan transformasi digital kampus dengan penyediaan capaian Internet moden, pantas dan stabil di dalam kampus. Selain itu, ia diharap dapat mengukuhkan peranan UUM Solution sebagai anak syarikat universiti yang menyokong inisiatif pendigitalan UUM dan mewujudkan infrastruktur komunikasi yang mampan bagi kegunaan jangka panjang.

SELAMAT HARI ALUMNI UUM KEPADA SEMUA LEPASAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
29/07/2025

SELAMAT HARI ALUMNI UUM KEPADA SEMUA LEPASAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Untuk semua alumni UUM

Mari kita imbau sejenak memori indah di Sintok bermula dari dewan kuliah ke kafe kolej, dari assignment hingga konvokesyan.

Setiap kita ada cerita tersendiri, tapi satu yang kita kongsi bersama adalah kita semua anak UUM.

Hari Alumni ini bukan sekadar untuk bernostalgia, tapi untuk mengeratkan kembali silaturahim, membuka peluang jaringan, dan meraikan pencapaian semua yang pernah menjejak kaki di kampus tercinta.

Naik ke bukit sambil berlari,
Terpandang Sintok nan hijau berseri.
Hari Alumni kini kembali,
Menyatukan hati yang jauh di negeri.

Kita bangga menjadi sebahagian daripada legasi UUM, universiti yang melahirkan pemimpin, pemikir, dan insan berbudi.

Teruslah berjaya di mana jua anda berada, dan jangan lupa asal usul kita.

Sama-sama kita kekalkan semangat , dan terus menyumbang walau dalam apa cara sekalipun.

Pokok sena rendang menghijau,
Tempat teduh si burung merbah.
Alumni UUM tetap teguh bersatu,
Ukhwah terjalin tak akan musnah.

SELAMAT HARI ALUMNI

Naib Canselor UUM
Alumni UUM

BENGKEL MEDIA KREATIF 2.0 [SIRI 2]Program Bengkel Media Kreatif Pelancongan Pulau Pinang Siri 2 telah berlangsung dengan...
29/07/2025

BENGKEL MEDIA KREATIF 2.0 [SIRI 2]

Program Bengkel Media Kreatif Pelancongan Pulau Pinang Siri 2 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari (4-5 Julai 2025) di sekitar Homestay Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang. Program ini menghimpunkan para pengusaha pelancongan dari pelbagai bidang di Pulau Pinang dalam usaha memperkasakan kemahiran penghasilan kandungan kreatif untuk mempromosikan pelancongan tempatan.

Sepanjang bengkel, peserta telah didedahkan kepada:
πŸŽ₯ Teknik penghasilan kandungan berkaitan pelancongan yang berimpak
πŸ“Έ Tips visual dan fotografi yang berkesan
πŸ“± Penghasilan kandungan media sosial yang profesional untuk strategi pemasaran
🀝 Sesi jaringan dan perkongsian idea bersama pakar industri

✨ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) selaku penganjur utama serta Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai rakan pelaksana bengkel ini. Komitmen dan kerjasama yang erat antara semua pihak telah menjayakan penganjuran program ini dengan cemerlang.

Terima kasih juga kepada para peserta yang bersemangat serta komuniti Pulau Betong yang menjayakan program ini.

πŸ“’ Siri seterusnya bakal menyusul – nantikan!






Empowering the Future: Pelan Induk Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2026-2035 (PIPBPP35)On 19 July 2025, the Prime Mi...
20/07/2025

Empowering the Future: Pelan Induk Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2026-2035 (PIPBPP35)

On 19 July 2025, the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, officiated the launch of the Pelan Induk Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2026-2035 (PIPBPP35), Program Tunas Madani and Projek Perumahan Mampu Milik by JKPSB.

The PIPBPP35 was developed through a strategic collaboration between UUM, USM and UiTM, led by Associate Professor Dr. Jauriyah Shamsudin via UUM Solution Sdn. Bhd., focusing on individual and community development, Bumiputera economic empowerment and inclusive governance and policies.

The event also featured the presentation of appreciation plaques to the Vice-Chancellors of the participating universities for their expertise and commitment. Appreciation is also extended to Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP), ICU JPM for entrusting UUM to lead the development of this master plan.

Program Anjuran Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia(UUM)Revolusikan Pe...
24/07/2024

Program Anjuran Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia(UUM)

Revolusikan Pendekatan Anda dalam Pelancongan!πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”Š

Sertai Bengkel Media Creative Bumiputera Pulau Pinang dan tingkatkan potensi pelancongan melalui kreativiti dan teknologi! Bengkel eksklusif ini direka khas untuk belia Bumiputera Pulau Pinang yang berminat untuk mengembangkan kemahiran dalam industri pelancongan.

Maklumat Bengkel:
* Lokasi: Hotel IXORA, Pulau PinangπŸ“
* Tarikh: 14 - 16 Ogos 2024 (Rabu hingga Jumaat)πŸ—“οΈ
* Yuran: Percuma (Khas untuk belia Bumiputera Pulau Pinang)πŸ†“
* Latihan: Intensif selama 3 hari

Kelebihan Bengkel:
* Latihan Intensif: Program komprehensif selama 3 hari untuk mempersiapkan anda dengan kemahiran dan pengetahuan terkini.πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻
* Percuma: Tiada yuran penyertaan, terbuka khas untuk belia Bumiputera Pulau Pinang berumur 18-45 tahun atau yang bermastautin di Pulau Pinang.πŸ†“

Daftar Sekarang:
* Hubungi kami di +6014-3480512(En Faiz) +6013-4036130 (En.Taufiq)
* Kunjungi (https://bit.ly/bengkelmediacreativepenang) untuk pendaftaran.
* Layari (https://uumsolution.com.my/mediacreative) untuk maklumat lanjut.
* Whatapps untuk pertanyaan [https://chat.whatsapp.com/Gf1owol2d9a4Msi5mYnQcu[

Peringatan Penting:
* Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehadiran dan sebarang risiko semasa menghadiri bengkel ini.

Scan untuk mendaftar!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini dan revolusikan pendekatan anda dalam pelancongan!

01/07/2024

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Y.Bhg Dato' Mohd Zuhri Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah UUM Holdings Sdn Bhd kerana dikurniakan Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke-82 2024.

Ikhlas Daripada,
AHLI LEMBAGA PENGARAH, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN DAN SELURUH KAKITANGAN KUMPULAN
UUM HOLDINGS SDN. BHD.

01/07/2024

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Y.Bhg Prof Dato' Dr. Mohd F**d Sakdan kerana dikurniakan Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran β€˜Dato’ sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke-82 2024.

Ikhlas Daripada,
PENGERUSI DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN DAN SELURUH KAKITANGAN KUMPULAN
UUM HOLDINGS SDN. BHD.

01/07/2024

Daulat Tuanku
Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-82
30 Jun 2024
23 Zulhijah 1445H

Address

Lot 258, UUM Business Centre Lorong 1, Taman Universiti
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049232224

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UUM Solution Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UUM Solution Sdn Bhd:

Share