31/05/2023
Ada suatu kisah tentang sebuah kapal perdagangan besar yang rosak. Pegawai kapal mencari pomen untuk betulkan kapal tersebut. Seorang demi seorang pomen datang untuk periksa kerosakan kapal tersebut.
Tetapi malangnya 5 orang pomen yang datang tak dapat cari punca kerosakan dan betulkan kapal yang rosak. Pegawai mula pening kerana 2 minggu kapal rosak mereka kerugian beratus ribu ringgit.
Pegawai kapal sangat buntu dan tak tahu lagi nak buat apa. Kemudian datang anak kapal beritahu di kampung sebelah ada seorang pakcik sangat terkenal dengan kebolehan membaik pulih kapal yang rosak.
Tanpa berlengah, pegawai tersebut meminta anak kapal untuk memanggil pakcik tersebut.
Pakcik tersebut datang dengan hanya membawa tukul sahaja ditangan. Masing-masing pun pelik pakcik tersebut datang bukan macam pomen-pomen yang biasa dipanggil. Mereka datang dengan barang yang lengkap. Tapi pakcik ni datang dengan hanya membawa sebatang tukul.
Pakcik tersebut mula menjalankan tugas beliau. Beliau beralih dari satu tempat ke satu tempat. Beliau pusing kapal tersebut dan seolah mencari sesuatu pada penjuru penjuru kapal.
Beliau berhenti di suatu penjuru dalam kapal dan mula memegang-megang penjuru dalam kapal tersebut. Setelah memegang agak lama beliau pun mula memukul penjuru kapal tersebut dengan kuat sekali.
Tanpa disangka dengan sekali pukulan sahaja engin kapal mula berfungsi seperti biasa. Walaupun pegawai kapal dalam keadaan blur-blur macam mana dengan satu pukulan di satu tempat yang tepat dapat menghidupkan semula engin kapal, tapi pegawai tersebut antara orang paling gembira didalam kapal tersebut.
Setelah itu pakcik tersebut mengeluarkan resit dan pen. Didalam resitnya tertulis kos repair kapal tersebut adalah RM20,000. Apa?? Kenapa mahal sangat ni pakcik tanya pegawai kepada pakcik pomen. Sedangkan kerja pakcik cuma ketuk je penjuru kapal ni. Kerja senang je.
Pakcik tu pun berkata, upah saya ketuk RM10.00. Tahu dimana nak ketuk RM19,990. Anda dah panggil ramai pomen dan mereka tak dapat baiki, Anda juga dah kehabisan beratus ribu akibat kapal tak boleh beroperasi. Bila saya datang baiki dan cas RM20,000 pada anda, anda nak berkira dengan harga saya? Kalau saya tak baiki, berapa lama lagi masa dan berapa ratus ribu lagi anda akan rugi?
Setelah mendengar penjelasan dari pakcik tersebut akhirnya pegawai kapal akur dengan pakcik tersebut dan membayar RM20,000 pada beliau.
Pengajaran dari cerita ni adalah ilmu dan pengalaman seseorang adalah mahal. Dia dapat menyelesaikan masalah dengan pengalamannya. Sememangnya dia layak menerima upah yang mahal walaupun kerja yang dilakukannya senang.