20/09/2021
𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔?
1️⃣ Wanita beranggapan jika suami meninggal, rumah yang mereka duduk akan jadi milik isteri sepenuhnya.
📍Hakikatnya kediaman itu menjadi pusaka dan akan dibahagikan secara Harta Sepencarian dan barulah secara faraid.
2️⃣ Wang yang ada dalam KWSP atau Tabung Haji yang dinamakan atas nama isteri sepenuhnya, isteri boleh ambil semuanya beli beg harmes!
📍Hakikatnya isteri berperanan sebagai pemudah cara atau pemegang amanah saja untuk duit itu dibahagikan secara faraid, bukan hak mutlak isteri sepenuhnya!
3️⃣ Pusaka Tunai oleh suami yang meninggal bagi anak-anak bawah umur diperolehi secara terus oleh isteri.
📍Hakikatnya isteri tidak boleh langsung mengambil bahagian anak-anak ini, bahagian isteri hanya 1/8 dari jumlah yang ditinggalkan sahaja.
4️⃣ Buat rumah atas tanah suami dengan duit isteri, isteri akan dapat rumah tersebut jika suami meninggal.
📍Rumah itu tetap menjadi pusaka dan akan diberikan secara faraid. Isteri cuma dapat 1/8 dari rumah itu.
5️⃣ Semua harta suami akan jadi hak isteri jika meninggal.
📍Terdapat hak ibubapa suami, bahagian bapa saudara (jika tiada anak lelaki) dan baitulmal dalam kes kes tertentu.
Pesan pada suami tercinta bahawa semua harta pusaka akan dibahagikan secara faraid dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, BAHKAN melibatkan kos yang agak besar. Jadi Buatlah satu Plan Hibah. Agar kehidupan si isteri juga anak-anak lebih terjamin dalam sudut kewangan.
"Dengan HIBAH, Jika suami dah meninggal, ini Hadiah Khas sepenuhnya HAK isteri dan anak-anak.”