BBSAP Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana

BBSAP Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BBSAP Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana, Business consultant, Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sitiawan.

Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana,Sitiawan,Perak adalah persatuan yang berdaftar dengan JPPM pada 18 November 2024 dengan nombor pendaftaran PPM-023-08-18112024.

28/08/2026

🇲🇾 TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG! 🇲🇾

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang Kempen Kibar Jalur Gemilang & Hiasan Gerai Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69 anjuran PPPKBBSAP bersama Pasar Malam Jumaat BBSAP. 🎉🇲🇾

Terima kasih kepada semua peniaga yang telah memberikan kerjasama dengan menghias gerai serta mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kreativiti dan semangat patriotik. ❤️🤍💙💛

🏆 Tahniah kepada gerai-gerai yang terpilih sebagai pemenang! Semoga hadiah yang diberikan menjadi tanda penghargaan atas usaha dan semangat anda dalam memeriahkan sambutan kemerdekaan tahun ini.

Kepada semua peniaga yang turut serta, anda semua memang sporting dan terbaik! 👏🏻🇲🇾

Semoga semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan peniaga kita terus kukuh.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada,
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana (PPPKBBSAP)
& Pasar Malam Jumaat BBSAP

🇲🇾 HEBAHAN MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾​Assalamualaikum & Salam Sejahtera warga B...
27/08/2026

🇲🇾 HEBAHAN MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

​Assalamualaikum & Salam Sejahtera warga BBSAP dan sekitarnya,

​Jemput hadir ramai-ramai untuk memeriahkan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang anjuran Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana bersama YB ADUN Astaka.

​Maklumat Acara:

​Acara: Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Bulan Hari Kemerdekaan ke-69

​Disampaikan Oleh: YB Tuan Jason Ng Thien Yeong (ADUN Astaka)

​Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)

​Masa: 6.00 Petang

​Tempat: Pasar Malam Jumaat BBSAP

​Mari kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan dan mengibarkan Jalur Gemilang!

​Anjuran:
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana

24/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ✨🌙

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi pengingat buat kita semua untuk terus meneladani akhlak, sunnah dan perjuangan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ﷺ

12 Rabiulawal 1448H / 2026M

Ikhlas daripada,
Pengerusi, Ahli Jawatankuasa & Seluruh Ahli
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana (PPPKBBSAP)

Bersatu, Berusaha, Berkat & Berjaya! 🤲💚

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PPPKBBSAP 2026 telah melabuhkan ...
15/08/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PPPKBBSAP 2026 telah melabuhkan tirainya bagi sesi malam ini.

Saya mewakili pihak Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana (PPPKBBSAP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada malam ini.

Terima kasih atas kerjasama, komitmen, pandangan serta sokongan yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna dalam memastikan persatuan kita terus bergerak maju dan memberi manfaat kepada semua ahli.

📌 Untuk makluman semua, mesyuarat ini telah ditangguhkan dan akan disambung semula pada satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Segala maklumat berkaitan tarikh, masa dan tempat mesyuarat sambungan akan dimaklumkan kepada semua ahli setelah ditetapkan.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan memberikan kerjasama yang sangat baik pada malam ini.

Semoga segala usaha dan perancangan kita dipermudahkan serta PPPKBBSAP terus maju, kukuh dan bersatu demi kepentingan bersama.

Sekian, terima kasih.

Muaz bin Jamaludin
Setiausaha
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana (PPPKBBSAP)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSelamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.Semoga k...
16/06/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.

Semoga kedatangan tahun baharu ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, meningkatkan ketakwaan, memperbanyakkan amal soleh serta terus berhijrah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan kebahagiaan buat kita semua.

“Bersama Kita Hijrah Ke Arah Yang Lebih Baik.”

Ikhlas daripada,
Ahli Jawatankuasa (AJK)
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana (PPPKBBSAP)

🌙 Awal Muharram 1448H 🌙
17 Jun 2026 | Rabu

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Keb...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Patik sekalian daripada Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana (PPPKBBSAP) dengan penuh taat setia dan hormat merafakkan sembah ucapan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tuanku dan Raja Permaisuri Agong kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Semoga institusi Raja-Raja Melayu terus kekal menjadi payung kedaulatan negara, lambang perpaduan rakyat serta tonggak kemakmuran Malaysia.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada:
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana (PPPKBBSAP)
En. Zaini bin Zainun – Pengerusi
En. Nor Hashim – Timbalan Pengerusi
En. Muaz bin Jamaludin – Setiausaha
Puan Lizawati binti Kamaruddin – Bendahari
Serta seluruh Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli PPPKBBSAP.

16/05/2026

Kami nak cerita jugak , kami sediakan pakej lampu kipas bermula RM950 sahaja tau 😎

16/05/2026
🌸 SELAMAT HARI IBU 🌸Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua ibu-ibu yang dikasihi 🤍Terima kasih atas segala...
10/05/2026

🌸 SELAMAT HARI IBU 🌸

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua ibu-ibu yang dikasihi 🤍

Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, doa dan penat lelah yang tidak pernah mengenal erti jemu.
Seorang ibu adalah insan yang sentiasa kuat demi keluarga walaupun dirinya sendiri sedang keletihan.

Semoga semua ibu sentiasa diberikan:
✨ Kesihatan yang baik
✨ Kebahagiaan yang berpanjangan
✨ Rezeki yang melimpah
✨ Dan dipermudahkan segala urusan dunia serta akhirat

Tiada hadiah yang mampu membalas jasa seorang ibu.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu 🤲

❤️ Selamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu.
Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Pihak pengurusan persatuan

Address

Bandar Baru Setia Awan Perdana
Sitiawan
32000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BBSAP Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BBSAP Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana:

Shortcuts

Share