02/11/2022
Apa masalah yang cuba anda selesaikan?
Bila nak buat app, benda pertama yang anda kena fikir adalah app yang anda nak buat ni boleh selesaikan masalah apa?
Kritikal ke tak masalah tu? Memudahkan orang ke menyusahkan orang?
Haa.. Kalau dah boleh jawab dgn baik then baru lah boleh proceed dengan niat anda nak buat app.
Sebenarnya kami sibuk sikit sejak awal tahun lagi sebab diberi peluang utk bina 1 projek app yang besar untuk satu agensi kerajaan. Dah siap pun app-nya.
Nanti lah kita cerita panjang kalau anda minat nak tahu.
Dan kalau anda tengok app SemiconQ kat gambar tu, yang tu khas untuk education & learning.
Menarik konsep dia. Student boleh jawab soalan2 kuiz dan akan dapat point bila mereka jawab dengan betul dan akan dapat extra point kalau jawab dengan cepat. Nanti student akan disusun ikut ranking.
Dua-dua app ni kami bina custom. Tak guna modular atau CMS platform.
Sebenarnya sekarang kami ada beberapa platform untuk bina app. Tak focus pada 1 platform sahaja sebab permintaan dan kehendak pelanggan macam-macam kan. Nak bina custom app pun boleh juga.
Jadi, kami akan sesuaikan apa yg pelanggan nak dan juga berapa bajet yang fit dengan mereka.
Buat pengetahuan anda, sekarang ni pun kami tengah bina 1 custom app untuk pelanggan kami yang menang geran Superb. Moga berjalan lancar pembangunan app mereka.
Lama tak post ni. Hehe. Lepas ni kita cerita lagi kerap pasal app ya 😊