11/02/2022
Saya ingat lagi masa kat Afghanistan pada tahun 2017..
Host kami di Kabul, merah padam muka dia marah pada saya & team.
1st time kami tengok dia marah. Kecut perut kami masa tu. 😖
Sebelum ni dia tak pernah marah langsung.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Ceritanya macam ni..
Kami kenal beliau melalui aplikasi Couchsurfing. Aplikasi ni sangat memudahkan traveller macam kami.
Siapa yang daftar sistem ini, kita boleh tidur percuma di rumah traveller lain & kita pun kena sediakan rumah kita untuk traveller lain juga. Win-win.
Beliau sediakan ofis NGO beliau yang belum digunakan untuk kami menginap di situ secara percuma.
Seminggu kami 'tersadai' di situ akibat visa Umrah tak siap lagi.
Satu hari, beliau ajak kami makan di luar bersama.
Kami sangat terhutang budi dengan beliau & nak balas jasa beliau sebab dah banyak bantu & mudahkan urusan kami.
Masa tu, kami wakilkan Amirul untuk bayar makanan senyap-senyap sebelum beliau bayar.
Bila kami dah habis makan, beliau pergi ke kaunter untuk bayar, kami lupa nak beritahu dia yang kami dah bayar.
Bila kaunter cakap kami dah bayar, muka beliau jadi merah padam & marah pada kami kenapa bayar?
"Kenapa kau bayar??!! Kau nak malukan aku ke?!!!" 🤬
Macam tu lah lebih kurang bunyinya kalau dalam bahasa melayu.
Sejak dari kejadian tu, kami tak berani nak bayar senyap-senyap bila orang nak belanja. 🥺
Saya belajar sesuatu.
Kita bukan hanya kena jadi 'a good giver' sahaja, kita kena jadi 'a good receiver' juga untuk meraikan orang lain.
"Tak payah la susah-susah.."
Dulu saya jenis macam ni. Bila saya datang rumah orang, orang nak buatkan air atau masakkan untuk saya.
Tanpa saya sedar, saya dah tolak rezeki yang Allah nak beri dan kecilkan hati tuan rumah.
Patutlah tak murah rezeki, saya sendiri yang tolak rezeki tu.
Bila dah travel ni, saya cuba jadi a good receiver. Setiap kali orang nak belanja, nak masak, nak bagi duit, nak bagi hadiah, saya tak tolak, malah saya baca doa murah rezeki kuat-kuat dihadapan mereka supaya Allah murahkan rezeki mereka.
Apa yang berlaku lepas tu?
Orang yang memberi rasa gembira sangat sebab saya terima dan doakan. Lain p**a effect bila saya tolak dulu.
Saya ingatkan dengan jadi orang s**a memberi dah cukup baik dah, rupa-rupanya dengan menjadi penerima yang baik juga impaknya sangat power dan best!
MasyaAllah 🥰
Boleh jadi orang yang nak belanja kita tu asbab kita doa supaya Allah limpahkan rezeki kita, jika kita tolak rezeki tu, rasa macam pelik p**ak.
"Aku nak apa sebenarnya?"
Aku dah doa minta rezeki, bila Allah beri, tolak p**a.
Jom jadi penerima yang baik.
InsyaAllah hidup anda akan bertambah bebas, tenang & bahagia.
Biiznillah.
Ahmad Isa.
Bebas, Tenang, Bahagia.
Nak dapatkan travelog super best ni?
Boleh dapatkan melalui link di bawah 👇🏻
https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/445
Diantara MAGIC yang Allah tunjuk adalah, Ahmad & Ustazah Adilah adalah manusia biasa, bukan atlet, tapi dengan kuasa Allah, mereka mampu berkayuh basikal dari Malaysia ke Mekah dengan hanya berbekalkan duit permulaan RM1,900 sahaja.