25/05/2021
Ilmu perancangan kewangan ada tak diajar di dalam Al-Quran?
Buku yang berusia melebihi 1,400 tahun ini tidak lapuk dimamah usia mahu pun mampu diubah suai oleh musuh Islam. Ianya evergreen untuk segenap abad. Bersesuaian di mana2 sahaja walau pun kita berada. Baik ekonomi semasa baik mahu pun buruk. Jom kita lihat Surah Yusuf, ayat 47-49 berkenaan ilmu perancangan kewangan.
Ayat 47
"Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Ayat 48
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
Ayat 49
"Kemudian akan datang p**a sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
Rumusan
Ayat 47
Di sini kita diajar untuk bekerja bersungguh2 semasa ekonomi di dalam keadaan yang baik. Dalam waktu ini juga, tuaian ini juga biarkan lah ia ‘berbalut’ agar tahan lama. Jadikan sedikit daripada tuaian ‘berbalut’ ini untuk dimakan.
Ayat 48
Selepas bekerja keras selama 7 tahun, akan datang masanya ekonomi negara akan mengalami kemorosotan. Pada waktu ini lah kebergunaan tuaian tadi. Tuaian yang boleh dijadikan sebagai makanan. Tuaian yang masih ‘berbalut’ p**a akan dijadikan benih ketika kitaran ekonomi seterusnya bermula.
Ayat 49,
Hasil tuaian yang ‘berbalut’ tadi sudah pun membuahkan hasil. Kita dapat menikmati hasil tanaman kita.
Berdasarkan kepada surah Yusuf 47-49, perkara yang dapat kita pelajari adalah:
1) Berusaha keras
2) Punyai timeline (tempoh bekerja keras)
3) Adakan reserve
5) Utamakan simpanan berbanding perbelanjaan
6) Berpada2 bila berbelanja
7) Melabur
8 ) Kawal perkara di dalam kawalan
Kesimp**an yang dapat saya pelajari daripada 3 keping ayat ini adalah:
Kitaran ekonomi capitalist punyai sela masa tersendiri. Sebagai contoh 10 tahun. Selama pengembangan ekonomi 10 tahun ini, bekerja keras lah kita. Jangan dilupa untuk mengadakan simpanan kecemasan pada waktu ini.
Simpanan kecemasan ini p**a, jangan digunakan kesemuanya. Gunakan sedikit untuk pelaburan. Bila mana ekonomi menguncup, laburkan sedikit. Hasil simpanan kecemasan tadi insyaAllah akan dapat digunakan pada masa kemelesaetan ekonomi.
Lihat sahaja kepada keadaan individu, syarikat mahu pun negara. Kita tidak punyai simpanan kecemasan! Rakyat dibuang kerja. Syarikat ditutup. Keberhutangan negara semakin meningkat dengan pengenalan pakej ransangan dan sebagainya.
Ayat daripada surah Yusuf ini sangat lah ‘impactful’ jika kita amati. Bacalah Al-Quran dengan menghayati maksud dan tafsiran ayat2 ini. Bukan membaca dan hafaz semata. Amalkan di dalam kehidupan.
Belajar sesuatu? Kongsikan dengan kawan2 keperluan perancangan kewangan yang menyeluruh. Ianya satu tuntutan agama.
P.S: Sama juga seperti trading, jangan di tuai hasil trading tersebut 100%, tinggalkan sedikit untuk ride the wave seterusnya. Gituh! Mana2 ilmu pun kita boleh guna ayat2 daripada surah Yusof.
Ikhwan Hafiz