NADI Wellness Malaysia

NADI Wellness Malaysia Platform wellness komuniti yang mempromosikan gaya hidup sihat melalui Nutrisi, Amalan, Daya Tahan dan Imuniti.

14/06/2026

KEMPEN KESIHATAN MESTI MENANG.

ADIK KAKAK
⚠️ Gula tak terkawal lama-lama boleh ‘curi’ tenaga, penglihatan & kesihatan tanpa kita sedar.
⚠️Ramai pesakit kencing manis rasa diri mereka semuanya masih okay… Masih boleh berjalan, masih boleh bekerja.
Tapi hakikatnya, bila bacaan gula kerap tak stabil dalam jangka masa panjang — badan akan mula rasa:
❌ Cepat penat walaupun dah cukup tidur
❌ Kaki kebas atau rasa mencucuk
❌ Luka ambil masa lama untuk sembuh
❌ Badan rasa berat & kurang bertenaga

ADAKAH ANDA, MAK AYAH, ADIK BERADIK atau RAKAN-RAKAN alami masalah ini?
Ramai sekarang mula mencari ikhtiar tambahan untuk bantu jaga kesihatan secara menyeluruh.

NADI Wellness Malaysia menjemput anda ke Sesi Percubaan Hydrogen Therapy.
Dengan hanya RM29 sahaja, anda akan dapat:
✅ 1 jam sesi hydrogen inhalation
✅ Consultation ringkas tentang keadaan kesihatan anda
✅ Penerangan bagaimana hydrogen dikaji dalam membantu melawan tekanan oksidatif dalam badan

Ramai yang hadir sesi berkongsi mereka rasa:
– Badan lebih ringan
– Lebih segar
– Tidur lebih lena

Ini adalaj usaha untuk beri badan support tambahan.

📌 Sesi Percubaan hanya RM29
📅 Slot terhad setiap hari


Klik untuk booking slot anda sekarang 👇
www.wassap.com/60183904839/BookingSlotHidrogenInhaler

Jadual slot di bahagian komen. COVER SELURUH MALAYSIA.

NADI Wellness Malaysia BUAT EKSPERIMEN KESIHATAN PEMIMPIN. ADA YANG KATA NAFAS TAK PUAS, MENGAH.1. Pagi ini saya buat sa...
13/06/2026

NADI Wellness Malaysia BUAT EKSPERIMEN KESIHATAN PEMIMPIN. ADA YANG KATA NAFAS TAK PUAS, MENGAH.

1. Pagi ini saya buat satu eksperimen mudah. Fokus pemimpin.

2. Jam 9.30 pagi, saya WhatsApp seorang pemimpin masyarakat. Saya tanya, "Macam mana tahap kesihatan sekarang?"

Jawapannya mengejutkan. "Saya selalu lelah kebelakangan ini. Nafas macam tak puas."

3. Jam 9.45 pagi, saya WhatsApp seorang lagi pemimpin.Soalan yang sama.

Jawapannya p**a:
"Sukar tidur. Banyak fikir. Stress."

3. Jam 10.30 pagi, saya WhatsApp seorang ketua pemuda sebuah parti politik.

Jawapannya:
"Stress sampai belakang badan selalu sakit dan tegang."

4. Tiga orang. Tiga latar belakang berbeza. Tetapi satu persamaan. Ada masalah kesihatan.

5. Saya sempat maklum, kadang-kadang kesihatan selalu terabai kerana terlalu sibuk mengurus kehidupan, kerja dan masyarakat.

6. Saya percaya jika saya WhatsApp 10 orang pagi ini, mungkin 7 atau 8 daripadanya akan berkongsi masalah yang hampir sama: Cepat penat, Sukar tidur, Stress berpanjangan, Nafas pendek, mengah-mengah, Badan mudah lenguh dan Kurang tenaga.

7. Hakikatnya, ramai yang nampak sihat di luar tetapi sedang berjuang dengan kesihatan mereka secara senyap.

8. Ingat ya, asas kehidupan bukan harta, bukan jawatan, bukan pengaruh. Asas kehidupan adalah kesihatan yang baik.

9. Sebab itu saya kini sedang berkongsi tentang wellness, pencegahan dan gaya hidup sihat melalui NADI Wellness Malaysia.

10. Kerana bila kesihatan terjaga, kita mampu berkhidmat lebih lama, bekerja lebih kuat dan menikmati hidup dengan lebih bermakna.

11. Soalan saya kepada anda semua.
Apakah cabaran kesihatan yang paling anda hadapi sekarang? Lelah, stress, sukar tidur atau yang lain?

Whatsapp saya www.wasap.com/60192926760/NADIWellness

-Deen Qassim

ROADSHOW SEJAHTERA KESIHATAN. MULAI JULAI 2026.1. Ikhtiar kesihatan satukan semua. Inshaa Allah.2. Jika sebelum ini saya...
13/06/2026

ROADSHOW SEJAHTERA KESIHATAN. MULAI JULAI 2026.

1. Ikhtiar kesihatan satukan semua. Inshaa Allah.

2. Jika sebelum ini saya menjelajah ke seluruh negara membawa mesej kesedaran tentang platform politik dan masa depan negara, bermula Julai 2026 saya memilih untuk memulakan satu perjalanan baharu melalui Roadshow NADI Wellness Malaysia.

3. Misi kali ini lebih dekat dengan kehidupan setiap insan. Saya ingin membawa kesedaran tentang kepentingan wellness, kesejahteraan kesihatan, pemakanan yang baik, gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan secara berterusan.

4. Ikut pengalaman yang lepas, Malaysia hari ini kita tengok semakin ramai individu termasuk saya sebelum ini berdepan masalah tekanan hidup atau stress, keletihan, kurang tidur dan pelbagai cabaran kesihatan.

5. Sebab itu, saya bersama kawan-kawan yang lain akan bersama masyarakat berkongsi pengalaman dan memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan sebelum sakit, bukan hanya mencari penyelesaian apabila penyakit datang.

6. Melalui roadshow ini, saya juga akan berkongsi mengenai teknologi wellness moden seperti GenQi Hydrogen Inhaler, yang memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali pendekatan-pendekatan baharu dalam usaha meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka.

7. Saya percaya, negara yang kuat bermula dengan rakyat yang sihat. Keluarga yang bahagia bermula dengan ibu bapa yang sihat. Produktiviti yang tinggi bermula dengan tubuh badan yang sihat.

8. Kesihatan bukan segala-galanya, tetapi tanpa kesihatan yang baik, segala-galanya menjadi lebih sukar.

9. Justeru, saya menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam misi membina budaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran wellness demi masa depan yang lebih sejahtera.

10. Inshaa Allah nanti saya update jadual penuh Roadshow Sejahtera Kesihatan ini sedikit masa nanti.

11. Bermula Julai 2026. Ayuh semua, daripada membina kesedaran politik, kepada membina kesedaran kesihatan. Kerana kesihatan yang baik adalah asas kehidupan yang baik.

💚🇲🇾

Admin percaya masyarakat yang kuat bermula dengan individu yang sihat.Sebab itu NADI Wellness Malaysia diwujudkan sebaga...
12/06/2026

Admin percaya masyarakat yang kuat bermula dengan individu yang sihat.

Sebab itu NADI Wellness Malaysia diwujudkan sebagai satu platform untuk membina kesedaran, pendidikan dan amalan kesihatan dalam komuniti.

NADI membawa maksud Nutrisi, Amalan, Daya Tahan dan Imuniti. Ini adalah empat teras utama ke arah kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.

Dinpage ini banyak perkongsian mengenai wellness serta cadangan solusinya.

Sebagai menyokong usaha ini sila tekan link, Like serta share.

https://www.facebook.com/share/1J4sN6Vhm7/

KITA BUKAN KERETA, TAPI KITA SEPERTI KERETA 1. Pernah tak kita terfikir...2. Kita sanggup servis kereta setiap 5,000 ata...
12/06/2026

KITA BUKAN KERETA,
TAPI KITA SEPERTI KERETA

1. Pernah tak kita terfikir...

2. Kita sanggup servis kereta setiap 5,000 atau 10,000 kilometer. Tukar minyak hitam. Periksa tayar. Periksa bateri. Periksa enjin dan macam-macam lagi.

3. Kita buat semua tu kerana kita tidak mahu kereta rosak di tengah jalan. Tidak mahu enjin mati tiba-tiba.

4. Jika kereta begitu bagaimana bagaimana p**a dengan tubuh badan kita?

5. Berapa ramai dikalangan kawan-kawan dan follower DQ membuat pemeriksaan kesihatan berkala?

6. Berapa ramai dikalangan kawan-kawan DQ dan follower yang menjaga cara pemakanan dengan baik?

7. Dan berapa ramai yang memastikan tidur cukup dan berkualiti?

8. Semua dari no. 5,6 dan 7 pada diri DQ adalah gagal diurus sebelum ini.

9. Sehinggalah DQ dapat tahu ada darah tinggi, kencing manis dan kolestrol tinggi dan kemuncaknya bahu sebelah kiri 'jatuh'.

10. Hakikatnya, kereta yang rosak barang boleh baiki, ganti dan jika tak dapat diperbaiki dan diganti boleh beli semula yang baru.

11. Tetapi tubuh badan kita yang rosak akibat kecuaian menjaga kesihatan tidak semudah itu untuk dipulihkan. Sungguh.

12. Kita perlu Wellness. Wellness ini bermaksud kesejahteraan menyeluruh, merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan gaya hidup seseorang.

Contohnya, wellness melibatkan,
- Pemakanan yang baik
- Senaman yang konsisten
- Tidur yang mencukupi
- Pengurusan stres
- Hubungan sosial yang positif
- Kesihatan minda dan emosi

Wellness ini mengajar kita satu perkara iaitu jangan tunggu sakit baru mahu menjaga kesihatan.

13. Jaga kesihatan ketika masih sihat. Kerana mencegah sentiasa lebih baik daripada merawat.

Kesihatan adalah nikmat. Wellness adalah usaha.

-Deen Qassim



ASAS KEHIDUPAN ADALAH KESIHATAN YANG BAIK.Dahulu kita sering berbincang tentang bagaimana membina masyarakat yang lebih ...
12/06/2026

ASAS KEHIDUPAN ADALAH KESIHATAN YANG BAIK.

Dahulu kita sering berbincang tentang bagaimana membina masyarakat yang lebih baik melalui dasar, kepimpinan dan perjuangan.

Hari ini, saya semakin percaya bahawa asas kepada semua itu ialah kesihatan yang baik.

Saya sangat yakin, masyarakat yang sihat lebih berdaya untuk berjaya. Keluarga yang sejahtera lebih mampu menghadapi cabaran. Dan negara yang kuat bermula daripada rakyat yang kuat fizikal, mental dan emosi.

Alhamdulillah, berpeluang bersama tokoh-tokoh hebat dalam suasana perkongsian ilmu, pengalaman dan pandangan mengenai wellness, kesihatan serta kesejahteraan masyarakat.

Setiap pertemuan membawa perspektif baharu. Setiap perkongsian membuka ruang kepada usaha yang lebih besar.

Mudah-mudahan langkah kecil yang bermula dengan kesedaran ini akan berkembang menjadi gerakan yang mampu memberi manfaat kepada lebih ramai insan, keluarga dan komuniti.

Kerana membina masyarakat yang hebat bukan hanya melalui idea dan kepimpinan, tetapi juga melalui kesihatan yang baik dan kehidupan yang sejahtera.

Sihat dahulu, capai sejahtera dan cemerlang.

-Deen Qassim
Pengasas
NADI Wellness Malaysia
Nutrisi • Amalan • Daya Tahan • Imuniti

Address

11, Jalan TP 5, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor
Subang Jaya
47600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Wellness Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share