11/07/2026
Terima kasih Persatuan Industri Keselamatan Malaysia - PIKM.
Pengarah Urusan Berani Guard / BG Capital Holdings merupakan Mantan AJK PIKM (Tahun 2014-2019) dan Naib Presiden PIKM wanita pertama (Tahun 2019-2023).
Selepas 9 tahun berkhidmat, Puan Saliza mengambil keputusan tidak bertanding bagi memberi ruang kepada ahli lain, khususnya wanita untuk lebih aktif dalam tampuk kepimpinan PIKM.
“Pemimpin sebenar bukan sekadar tahu memegang jawatan, tetapi juga sedia melepaskannya demi mencapai matlamat yang lebih besar.” - Saliza Abdullah
SEKALUNG TAHNIAH
Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Saliza Abdullah, Pengarah BG Capital Holdings Sdn Bhd atas pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung, School of Management and Marketing, Taylor’s University.
Semoga pelantikan ini menjadi inspirasi serta terus membawa kecemerlangan dalam memperkasa pembangunan industri dan pendidikan.
Tahniah dan syabas! 👏