24/06/2024
Hi Assalamualaikum semua. Saya perlukan pendapat bagi pihak defendan (ibu saya) yang telah disaman harta sepencarian oleh bapa saya (plaintif). Plaintif putar belit cerita berkenaan harta & ibu saya masih belum diwakili peguam. 2 minggu sepatutnya lepas sepatutnya perlu hadir, tapi defendan berada di Europe & saya telah maklumkan pada plaintif supaya tunda tapi semasa hari berkenaan pihak plaintif ‘menuduh’ defendan sengaja taknak hadir. Dan sebutan semula esok 25/6/2024.
Plaintif menuntut 80% dan pesan pada anak-anak supaya jangan takut, plaintif takkan tuntut 1 sen pun jika menang & minta defendan tak perlu hadir mahkamah. Sedangkan mukasurat pertama menyatakan “AMBIL PERHATIAN BAHAWA JIKA ANDA INGKAR HADIR DI MAHKAMAH PADA HARI DAN MASA DITETAPKAN, MAHKAMAH BOLEH TERUS MENDENGAR DAN MEMUTUSKAN KES TANPA KEHADIRAN ANDA”. Jadi, apa sebenarnya motif beliau?