23/09/2026
| 21 September 2026 | Lawatan Kerja ke Der Mittelstand BVMW, Berlin, Jerman
BERLIN, JERMAN - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan agenda pengantarabangsaan dan pengukuhan jaringan strategik melalui lawatan kerja ke Der Mittelstand BVMW di Berlin, Jerman, bagi meneroka peluang kerjasama dengan rangkaian perusahaan dan pemain industri di Jerman.
Lawatan ini menjadi platform kepada delegasi RailX UTHM untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama dalam membangunkan ekosistem pendidikan, latihan profesional, pembangunan bakat dan kerjasama industri rel yang berorientasikan global.
Sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan industri, khususnya dalam membangunkan bakat berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri rel masa kini dan masa hadapan.
Kerjasama yang berpotensi diterokai merangkumi aspek pendidikan dan latihan profesional, pensijilan, pembangunan kompetensi, perkongsian kepakaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan jaringan industri antarabangsa.
Perbincangan ini turut membuka ruang kepada RailX UTHM untuk meneroka peluang memperluas jaringan dengan pemain industri dan perusahaan di Jerman, khususnya dalam bidang teknologi, inovasi, mobiliti lestari dan industri rel, selaras dengan aspirasi untuk membangunkan bakat rel yang mempunyai kompetensi serta pendedahan bertaraf antarabangsa.
Turut bersama dalam sesi lawatan dan perbincangan tersebut ialah Encik Azmi bin Mustapha, Presiden Komuniti Malaysia di Jerman, yang turut memberikan perspektif serta sokongan dalam memperkukuh hubungan dan jaringan antara Malaysia dengan Jerman.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen RailX UTHM untuk terus memperluas jaringan global, memperkukuh hubungan industri dan membangunkan platform kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan, latihan, pembangunan bakat dan industri rel.