14/06/2024
GOOD TIPS!
Perkongsian di group Autisme Malaysia
*****************************************
Ibu bapa yang ada anak istimewa seperti kami mesti pernah lalui keadaan dimana tak tahu nak dedahkan anak-anak mereka dengan persekitaran yang bagaimana kan? Jangan bimbang, aku cuba kongsikan pengalaman bersama isteri dalam menyelesaikan perkara ini.
Bawalah anak-anak ke tempat-tempat yang depa boleh belajar dari pemerhatian dan perlakuan.
1. Taman permainan - tapi kita janganlah p**a keluarkan handphone dan biarkan anak main sendiri uih! Nanti ada p**a insiden lain yang berlaku. Tolak menolak, pukul memukul dan entah apa lagi..
Sebaliknya gunakan peluang ini untuk ajar depa tentang komunikasi, peraturan dan mengambil giliran.
2. Kedai buku - nak anak mencintai buku? Bawalah mereka merasai sendiri peluang menyentuh, melihat dan memilih buku.
Asyik kita je yang pilih.. anak-anak yang non verbal pun depa ada perasaan, pemikiran dan pilihan sendiri. Support depa sebaiknya!
Oh ya, kita juga boleh ke perpustakaan.. pinjaman buku juga satu opsyen.
3. Tempat ibadah - bawalah ke tempat yang luas dan besar
Bagi mereka pengalaman betapa selesa dan amannya tempat tersebut. Mula-mula mungkin agak kekok dan mereka ke sana sini mengembara. Maka pilihlah waktu yang paling kurang orang ada.
Lama-lama anak ini boleh faham dan boleh ikut kembali apa yang mereka perhati.
Aku rasa cukuplah tiga perkara ini, kalau dibuat selalu dan konsisten. InsyAllah anak-anak istimewa kita boleh ikuti dan terlibat dengan amat baik!
Silap-silap mereka p**a yang akan plan sendiri waktu untuk ketempat-tempat ini. Gunakanlah ia sebagai reward sekeluarga, hehehe kos efektif pun ia juga!
Tengoklah Matiin, kalau ke shopping mall mesti dua tempat ini beliau akan singgah.. kedai buku dan kedai mainan (ni tengok-tengok pun jadilah.. reward hanya diberi untuk task yang beso + duit tabungan dah cukup).
Syukur, melalui aktiviti ini beliau sangat-sangat improve dalam bacaan, penulisan dan kefahaman juga kesabaran π€£
β¨οΈKREDIT FB : FIRDAUZ ABDULLAH