15/02/2024
Pemindahan Risiko Melalui Takaful.
Dalam pada kita sibuk bekerja mencari duit untuk mencapai matlamat kewangan, kita berhadapan dengan risiko yang tidak diduga.
Contohnya kemalangan, kecacatan, penyakit kritikal, sehinggalah kepada kematian. Sekiranya kita tidak melakukan pemindahan risiko, kita terpaksa menanggung semua kos perubatan yang semakin hari semakin meningkat. la secara tak langsung akan merencatkan perjalanan rancangan kewangan yang sudah kita rangka.
Tambahan p**a, jika kita belum sempat membeli apa-apa aset dan tidak p**a menyumbang dalam takaful, tiada apa yang kita akan tinggalkan kepada waris kita jika kita tiba-tiba meninggal dunia.
Jika kita mengalami kecacatan atau penyakit kritikal yang menyebabkan kita tidak boleh bekerja p**a, kesannya lebih dahsyat. Bukan sahaja kita tidak mampu menyara keluarga, bahkan mereka p**a yang terpaksa untuk bekerja lebih untuk menanggung kos perubatan kita.
Jika tuan/puan atau kenalan tuan/p**a ingin mendapatkan penjelasan lebih lanjut boleh berhubung dengan saya ditalian 017-4850504
Atau klik Link WhatsApp ini www.wasap.my/60174850504/takaful
Wawa
Penasihat Takaful
Naura Group Consultancy
AIA Public Takaful