11/08/2024
Pendaftaran SSM Baru oleh Pn Ayu - Taman Peruda Sungai Petani
Beberapa hari lepas, saya berkesempatan teman Pn Ayu untuk urusan pendaftaran SSM ..Semangat dia memang luar biasa, nak pastikan perniagaan yang bakal dijalankan nanti sah di sisi undang-undang.
Kami pun pergi ke kaunter, dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dalam masa yang singkat, Pn Ayu dah berjaya dapatkan sijil SSM dia. Senyuman puas hati jelas terpancar, tanda satu langkah besar untuk perniagaan dia dah selesai.
Apa yang boleh kita pelajari dari Pn Ayu hari ini ialah pentingnya untuk memulakan sesuatu dengan asas yang kukuh. Mendaftar perniagaan secara sah bukan sahaja memenuhi kewajipan undang-undang, tetapi juga mencerminkan integriti dan niat baik dalam perniagaan. Ini adalah asas kepada kejayaan jangka panjang.
Semoga langkah pertama Pn Ayu ni jadi permulaan kepada kejayaan yang lebih besar nanti. Setiap perjalanan bermula dengan langkah kecil, tapi kalau dilakukan dengan penuh tanggungjawab, pasti akan membuahkan hasil. All the best, Pn Ayu!
Suhaimi Sallis
Consultant SSM & Current Account