22/06/2021
Hari ini admin nak belanja satu resepi menarik yang menggunakan Serbuk Matcha Rosie’s Ross iaitu MATCHA BROWNIES!!
Kepada semua peminat brownies, anda harus cuba untuk buat di rumah kerana caranya sangat mudah. Tak perlu guna mixer pun. Guna senduk kayu yang ada kat dapur tu pun dah boleh hasilkan brownies yang super sedap dan moist ni.
Jadi tunggu apa lagi? Jom kita mulakan!
✅ Bahan-bahan:
-------------------------
130 g Coklat Putih
50 g Mentega (Salted)
50 g Minyak
86 g Telur
140 g Gula Kastor
100 g Tepung Gandum
20 g Serbuk Matcha Teh Hijau Rosie’s Ross
✅ Cara Penyediaan:
-------------------------
1. Cairkan kepingan coklat putih bersama mentega dan minyak dengan teknik double boil.
2. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula kastor. Pukul sehingga gula larut.
3. Ayakkan tepung gandum bersama Serbuk Matcha Teh Hijau Rosie’s Ross ke dalam bancuhan telur dan kacau sehingga adunan bertukar warna.
4. Masukkan bancuhan coklat putih ke dalam adunan tepung dan kacau sehingga ia menjadi sebati dan rata.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 150°C. Sapukan dulang pembakar dengan mentega dan alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, tuangkan bancuhan brownies ke dalam dulang yang telah disediakan. Bakar brownies selama 30 hingga 35 minit.
6. Sejukkan brownies selama lebih kurang 20 minit. Keluarkan ia daripada dulang dan potong kepada 16 bahagian. Sedia untuk dihidang.
✅ Ingredients:
-------------------------
130 g White Chocolate
50 g Butter (Salted)
50 g Oil
86 g Egg
140 g Castor Sugar
100 g Wheat Flour
20 g Rosie’s Ross Matcha Green Tea Powder
✅ Preparation method:
-------------------------
1. Melt white chocolate, butter and oil by using double boil method.
2. In another bowl, beat the egg together with castor sugar. Beat until the sugar is well dissolved.
3. Sift the wheat flour and Rosie’s Ross Matcha Green Tea Powder into the egg mixture and then whisks them together until the mixture is uniform in color.
4. Pour the white chocolate mixture into the flour mixture and fold it together until it is free of lumps and mix until combined.
5. Preheat the oven to 150°C. Grease a baking pan with butter and line with parchment paper. Pour the batter into the prepared pan. Bake the brownies for 30 to 35 minutes.
6. Let the pan cool on a rack for 20 minutes. Lift the brownies out of the pan and then cut into 16 bars. Ready to be served.
Enjoy!!
Don't wait, Get SNOW WHIP now from our distributor:
WY IDEAS SDN BHD
▶️ Please checkout their FB PAGE: https://www.facebook.com/wyideas/?ref=page_internal
▶️ Please check out our SHOPEE shop to purchase our product:
https://shopee.com.my/socolicsmalaysia