28/03/2021
Assalamualaikum
Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2021/ 1442 H Di Malaysia
Malam Nisfu Syaaban di Malaysia mengikut kalendar Masihi adalah pada 28 Mac 2021, Ahad (sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nisfu adalah dalam bahasa arab yang merujuk kepada setengah atau separuh
Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban 1442 Hijrah
Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaaban
Tiada amalan khusus yang ditetapkan pada malam Nisfu Syaβban, namun kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti solat sunat, berdoa memohon keampunan, berzikir dan membaca Al-Qurβan
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada. Namun umat Islam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai kelebihan mahupun ganjaran yang menanti jika mengerjakan amalan-amalan tertentu ataupun dikhaskan pada malam Nisfu Syaaban yang kononnya berpandukan hadith terutamanya menerusi bacaan di internet
Ini kerana kebanyakkan ganjaran serta amalan yang dikatakan wajib dilakukan pada malam Nisfu Syaaban seperti didakwa bersandarkan hadis itu adalah diragui dan tidak sahih ataupun palsu
Sebagai peringatan, sebelum memulakan sesuatu amalan, seeloknya biarlah berdasarkan neraca ilmu. Oleh itu, gali ilmu mengenai malam Nisfu Syaaban melalui pelbagai sumber yang sahih ataupun bertanya kepada ahli ilmu, ustaz dan ulama untuk memperoleh kefahaman lebih jitu dan sewajarnya