13/07/2026
Alhamdulillah... π€
Dengan penuh rasa syukur, SOYA AINOL POWER kini tampil dengan wajah baharu selepas selesai proses renovasi.
Insya-Allah, kami akan memperkenalkan lebih banyak menu baharu seperti Frappe, Coffee dan pelbagai pilihan lain untuk anda.
Waktu operasi juga bakal berubah kepada 9.00 pagi hingga 11.00 malam. Tarikh rasmi akan kami umumkan tidak lama lagi. Nantikan ya!
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong SOYA AINOL POWER sejak zaman Arwah Mama dan Arwah Abah, dari tahun 1996 sehingga hari ini. Sokongan anda adalah kekuatan kami untuk terus maju.
Sekiranya ada sebarang kekurangan atau cadangan, jangan segan untuk WhatsApp kami. Kami sentiasa bersedia mendengar dan memberikan yang terbaik.
Terima kasih kerana sentiasa bersama kami. I love you all! β€οΈ