CEO CEO EMZI

CEO CEO EMZI Satu platform yang berkongsi tentang Leadership dan Perniagaan

07/07/2025

Bukan Semua Benda Tu Personal. Nak Jadi Leader, Jangan Cepat Koyak.

Kadang-kadang kan… bila orang tak balas mesej kita, atau staff buat muka macam nak tumbuk dinding, atau bos tak puji langsung hasil kerja kita yang kita rasa dah power gila tu; kita mula lah fikir bukan-bukan.

“Eh dia ni marah aku ke?” “Aku ada buat salah ke ni?” Haa, mula la hati rasa tak sedap.

Tapi sebenarnya, tak semua benda dalam hidup ni pasal kita.

Ramai orang tengah lalui macam-macam. Ada yang tengah pening fikir anak demam, ada yang tengah burnout teruk tapi tak reti nak luah.

Jadi reaksi dia, mungkin tak ada kena-mengena dengan kita pun.

Kat sinilah datang satu prinsip yang dah lama dibincangkan iaitu Hanlon’s Razor.

Lebih kurang maksud dia,
“Jangan terus fikir orang sengaja nak sakitkan hati kita, bila sebenarnya dia mungkin cuma tak tahu, terlupa atau tengah serabut kepala.”

Sebagai orang yang pegang peranan pemimpin, tak kiralah kecil ke besar

kalau jenis cepat terasa, cepat sentap, memang susah nak tahan lama.

Dunia kerja ni penuh dengan teguran, komen, cakap belakang pun ada. Kalau semua tu kita simpan dalam hati, memang akan cepat koyak...

Jadi, daripada buang tenaga fikir orang tak s**a kita, elok kita tanya diri:
“Betul ke dia ni memang ada niat nak sakitkan hati aku?”
Kalau rasa tak pasti — abaikan je dulu. Move on.

Pendek kata,
Kalau nak jadi leader, kena belajar jadi cool. Jangan cepat ambik hati.

Tak semua benda tu tentang kita, bro...

MOHD HUSSAIRI
EMZI Properties

01/07/2025

Company Startup Boleh Menang Market Q3 & Q4 Tahun Ni – Ni Sebab Dia

Laporan dari Bloomberg dan Reuters baru-baru ni kata: ekonomi dunia sedang “realign.” Maksudnya, banyak benda tengah berubah secara serentak akibat global headwind ni. Mana dengan tariff war, perang Ukraine-Rusia, perang di timur tengah, dan juga rapid changing dalam dunia AI.

Ada banyak syarikat yang agak struggle untuk ikut perubahan-perubahan ni. Ini peluang startup untuk potong line.

Pelanggan Nak Cepat
Sekarang pelanggan tak nak tunggu lama. Vendor besar banyak prosedur. Startup yang laju dan senang cakap boleh menang hati pelanggan.

Orang Nak Jimat, Tapi Tak Nak Servis Cikai
Ramai tengah berjimat, tapi masih nak hasil yang bagus. Startup yang bijak buat pakej ‘value for money’ boleh menang. Contoh: sediakan dewan sewa yang ada kemudahan lengkap, tapi bajet sederhana.

Startup lebih faham Trend Tempatan
Pelanggan lokal nak vendor yang faham situasi dan bahasa mereka. Bukan syarikat luar yang sembang jargon pelik. Startup tempatan yang tahu rentak kampung boleh jadi pilihan utama.

Vendor Lama Dah Bosan
Vendor lama ada yang tak perform, tak follow up. Pelanggan nak partner baru yang lebih rajin dan responsif. Startup boleh isi kekosongan ni dengan mudah.

Startup Cepat Ubah Strategi
Syarikat kecil boleh tukar strategi dalam seminggu. Yang besar ambil masa. Ini bagi kelebihan besar pada startup untuk adapt ikut pasaran.

Memang banyak ruang untuk startup.

Tinggal soal berani atau tak saja nak main padang yang baru ni.

MOHD HUSSAIRI
EMZI Properties

30/06/2025

“Hangpa muda lagi, hangpa la explore TikTok dan AI. Benda ni dah penting sekarang ni. Jangan harap kat saya. Saya ni dah tua, tak reti bab-bab tu.”

Laporan terbaru McKinsey bantah sangat kalau kita guna ayat ni.

Tapi ni ayat la yang kita kadang-kadang dengar dalam pejabat. Tapi realitinya sekarang, zaman dah berubah. Ayat macam ni dah tak boleh pakai lagi, terutama bila kita ni jadi leader.

Laporan terbaru dari McKinsey terang-terang sebut, leader hari ni kena tech-savvy. Maksudnya, kena celik teknologi. Tak semestinya reti coding atau jadi pakar IT, tapi at least tahu apa yang pas**an tengah guna, dan macam mana benda tu boleh bantu bisnes.

Tak Boleh Harap Anak Muda Je

Kalau semua benda digital kita tolak dekat staf muda, lepas tu bila dorang tersangkut, siapa nak guide? Nak buat keputusan strategik pun susah kalau boss tak faham langsung apa tools yang pas**an tengah pakai.

Lagi pun, sekarang AI, automation, data semua tu dah jadi nadi dalam banyak bisnes. Kalau pemimpin buat-buat tak tahu, susahlah syarikat nak ke depan.

Jadi Tech-Savvy Tu Macam Mana?

Simple je:
• Faham apa guna AI dan digital tools
• Boleh tengok data dan buat keputusan
• Tahu guna tech untuk mudahkan kerja team

Tak perlu jadi pakar. Tapi kena ambik tahu.

Zaman sekarang bukan soal umur, tapi siapa yang sudi belajar. Tak kisahlah Gen X, Boomer, Milenial atau Gen Z. Kalau kita nak kekal relevan, especially sebagai leader, kita kena buang skrip lama dan ganti dengan:

“Saya tak tahu lagi — tapi saya nak belajar.”

Jangan tunggu sampai orang bawah kita lebih laju dari kita. Dunia bergerak cepat. Kita pun kena laju jugak.

Ada lagi dua benda yg McKinsey sebut dalam artikel depa mengenai keperluan untuk menjadi leader yang berjaya zaman sekarang ni;
1. Leader kena lebih empathy
2. Kena lebih banyak "personal touch" dengan team.

Hangpa baca sendiri artikel dia kat sini;

https://www.mckinsey.de/capabilities/people-and-organizational-performance/our-insights/a-new-operating-model-for-people-management-more-personal-more-tech-more-human #/

Masih pejuang 1k, kawan2 pakat lepas dah..

MOHD HUSSAIRI
EMZI Properties

The future doesn’t belong to the most talented. Or the luckiest.It belongs to those who keep showing up, no matter what....
24/06/2025

The future doesn’t belong to the most talented. Or the luckiest.

It belongs to those who keep showing up, no matter what.

Talent is nice to have.
Luck is a good surprise.
But consistency — that’s the real magic.

You don’t need to feel 100% ready every day.
You don’t need big motivation every morning.
You just need to do what you promised yourself you would do — even on the days you don’t feel like it.

Want to get stronger? Lift the weights — even on bad days.
Want to master your skill? Keep practicing — even when it’s boring.
Want a future you’re proud of? Put in the effort — especially when no one’s watching.

Consistency is silent at first.
But one day, it will speak so loud that nobody can ignore it.

Most people lose not because they don’t have talent — but because they stop too soon. They change directions too quickly. They expect instant magic, and when it doesn’t come, they quit.

Don’t be like that.

Be the one who shows up.
Be the one who outlasts.
Be the one who keeps doing the work, over and over again.

Your future self is begging you: Stay consistent. Stay patient. Effort never betrays you.

And when the results come — everyone will call you talented and lucky.
But you’ll know the real secret: You just never stopped.

🚀✨ Keep going.

MOHD HUSSAIRI
EMZI Properties

16/06/2025

Iceberg Theory Ajar Satu Benda Penting:
Selam Dulu, Baru Jual

Penulis ni masih baru dalam dunia jualan. Nak kata ‘noobies’ pun betul jugak. Tapi penulis rasa sangat bertuah sebab di tempat kerja penulis, ramai director yang memang handal bab sale.

Setiap minggu, penulis mesti cari celah. Kalau nampak depa macam free ja, pelan-pelan la penulis pi 'menempek' nak belajar teori-teori jualan daripada depa.

Hari ni, penulis dapat satu teori menarik:
ICEBERG THEORY

Kalau tengok bongkah ais terapung, yang nampak atas laut tu sikit saja, tapi kat bawahnya berkali ganda lagi besar. Maksudnya, apa yang pelanggan cakap depan kita tu baru sikit — yang tersimpan dalam hati dan fikiran dia, jauh lebih banyak.

Ramai Penjual Tersilap Langkah

Biasanya bila pelanggan cakap “Nak harga murah…”, kita pun laju-laju bagi diskaun.
Padahal, belum tentu murah tu yang dia betul-betul nak.
Boleh jadi dia takut barang cepat rosak.
Atau dia takut kena marah dengan bos kalau barang tak perform.

Kalau kita tak selam dalam, kita hanya jual di permukaan. Hasilnya? Barang tak jalan, pelanggan pun tak datang balik.

Macam Mana Nak Selam Dalam?

1) Tanya Soalan Yang Dalam
Jangan berhenti kat “Berapa bajet?” saja.
Tanya lagi: “Kalau lebih sikit, masih ok? Apa yang encik paling pentingkan?”

2) Dengar Betul-Betul
Kadang pelanggan bagi ‘hint’ masa sembang santai. Dengar dengan telinga, hadam dengan hati.

3) Bantu Pelanggan Nampak Jalan Keluar
Jangan sekadar jual barang. Tunjuk, kalau dia beli barang kita, masalah dia selesai. Hidup dia lebih senang, bos pun senyum.

4) Ulang Balik Untuk Sahkan
Kadang pelanggan sendiri pun tak jelas apa yang dia risau. Jadi ulang:
“Kalau saya faham betul, encik nak barang ni sebab nak elak masalah dengan bos kan?”

Kalau dia angguk — maksudnya kita dah berjaya selam sampai dasar iceberg dia.

Orang tak beli barang semata-mata. Orang beli ketenangan, keyakinan dan rasa lega.

Iceberg Theory ajar satu benda penting , selam dulu, baru jual.

Bila kita faham ‘dasar iceberg’ pelanggan, barulah dia rasa:

“Yang ni lah benda yang aku cari selama ni.”

MOHD HUSSAIRI
EMZI Properties

12/06/2025

SEMUA CEO WAJIB PAKAI SPEK MATA MULTIFOKAL

"If the doors of perception were cleansed every thing would appear to man as it is: Infinite. For man has closed himself up, till he sees all things thro' narrow chinks of his cavern."

Petikan dari William Blake ini mengingatkan penulis kepada peranan penting seorang pemimpin, terutamanya seorang CEO, dalam melihat dunia dengan lebih luas dan jernih.

Seseorang pemimpin tak boleh terlalu selesa dengan pandangan dari satu side sahaja. Kerana bila mata hati dan fikiran hanya fokus kepada satu sudut, dia akan terlepas pandang banyak kebenaran lain yang mungkin lebih penting.

Itulah sebabnya seorang CEO perlu pakai cermin mata (atau orang kedah sebut; spek mata) multifokal" — bukan satu, tapi beberapa lensa pandangan.

Apa maksudnya spek mata multifokal ni? Ia bermaksud, dalam satu masa, CEO kena pakai lebih dari satu cara berfikir. Macam mana tu?

Lensa 1: Lensa Kewangan
CEO kena faham aliran tunai, bajet, margin untung, dan ROI. Tanpa lensa ini, keputusan yang diambil boleh bawa syarikat rugi. Tapi kalau hanya pakai lensa ini saja, syarikat mungkin untung atas kertas, tapi merana dari segi moral dan budaya kerja.

Lensa 2: Lensa Sumber Manusia
Orang adalah aset. Lensa ini bantu CEO nilai prestasi, motivasi dan kesejahteraan staf. Tanpa lensa ni, orang yang bagus akan rasa tak dihargai dan mungkin akan angkat kaki.

Lensa 3: Lensa Bisnes dan Pasaran
Dunia luar bergerak pantas. Lensa ini bantu CEO baca arah pasaran, trend pengguna, dan pesaing. Kalau CEO tak pakai lensa ni, dia akan jadi macam pemandu bas yang tak tahu nak ke mana.

Lensa 4: Lensa Strategik
Tak semua perkara boleh dicapai dalam masa singkat. Lensa strategik bantu CEO susun pelan jangka panjang dan tahu bila perlu tunggu, bila perlu bertindak. Tanpa ini, CEO mudah terikut emosi dan gopoh.

Lensa 5: Lensa Operasi
Tak cukup kalau tahu nak ke mana, tapi tak tahu nak jalan macam mana. Lensa ini bantu tengok dari segi sistem, SOP, dan pelaksanaan. Ia pastikan enjin syarikat berjalan lancar.

Bila semua lensa ini dipakai serentak, barulah CEO boleh nampak gambaran besar dengan jelas. Tapi bukan cukup sekadar pakai.

Spek tu kena bersih. Bersih dari ego, bersih dari bias, dan bersih dari andaian palsu.

Kadang-kadang, kita rasa kita dah nampak semua. Padahal kita cuma tengok dunia dari "narrow chinks of our cavern", macam kata mat saleh Blake ni. Bila pandangan jelas, keputusan pun lebih tajam.

Hati CEO kena bersih. banyakkan zikir, baca quran

Dan jangan lupa — ada lensa lain juga, walaupun tak utama. Lensa spiritual, lensa komunikasi, dan lensa pembangunan lestari (sustainable development) . Semua ini boleh jadi pelengkap dalam perjalanan seorang pemimpin.

Dan bila keputusan tajam, barulah organisasi boleh bergerak laju dan tepat, menuju ke arah yang betul.

Inshaa Allah..

MOHD HUSSAIRI
EMZI Properties

10/06/2025

"AI Era – Where the Only Constant is Change"

Pernah tak kita rasa macam baru je terer guna ChatGpt, tiba-tiba dah keluar versi baru?

Atau baru saja selesa dengan satu cara kerja, esoknya datang sistem baru yang ubah semua proses?

Selamat datang ke zaman AI. Zaman di mana perubahan bukan saja berlaku, tapi berlaku dengan pantas.

Dalam dunia AI ni, satu perkara saja yang pasti: tiada apa yang kekal, kecuali perubahan itu sendiri. Kalau dulu kita bercakap soal “lifelong learning”, sekarang kita kena mula cakap pasal “lifelong unlearning and relearning”.

Seni Menyesuaikan Diri

Kalau dulu, pengalaman bertahun-tahun mungkin jadi kelebihan. Tapi dalam dunia AI, pengalaman lama boleh jadi beban… kalau kita tak sanggup belajar semula.

Ramai yang sangkut bukan sebab tak pandai, tapi sebab enggan berubah.

Sebab tu, siapa yang cepat menyesuaikan diri — dialah yang menang. Dalam organisasi, dalam kerjaya, dalam kehidupan.

AI Tak Ambil Kerja Kita, Tapi…

Selalu orang takut AI akan ambil alih kerja manusia. Sebenarnya bukan. AI tak ambil kerja kita. Tapi orang yang tahu guna AI, dialah yang mungkin ambil kerja kita.

Jadi, kita ada dua pilihan:
1. Tengok saja perubahan lalu rasa terancam.
2. Atau ikut sama berubah dan jadikan AI sebagai alat bantu.

Contohnya, dalam pengurusan — AI boleh bantu ringkaskan laporan, tapis maklumat, jangka prestasi.

Tapi yang tentukan hala tuju? Masih kita. Yang perlu buat keputusan penuh hikmah? Masih manusia.

Tukar Mindset: Daripada Pakar Jadi Pelajar

Dulu kita bangga jadi pakar. Tapi sekarang, kita kena bangga bila kita jadi pelajar yang cepat belajar. Dalam zaman AI, sikap ingin tahu dan cepat adapt jauh lebih berharga daripada sijil semata-mata.

Sebab itu pemimpin yang berjaya hari ini bukan yang paling banyak tahu, tapi yang paling cepat sesuaikan diri, belajar dari pas**an, dan sentiasa terbuka pada pendekatan baru.

AI bukan musuh, bro..

Perubahan bukan beban. Cuma kita perlu akui satu hakikat: kita sedang hidup dalam zaman yang takkan berhenti berubah.

Kalau kita boleh hadap perubahan ini dengan hati terbuka, insyaAllah… bukan sekadar relevan, malah kita boleh terus jadi peneraju.

Sebab dalam dunia yang tak henti bergerak, yang mampu bertahan adalah yang sanggup berubah.

Always a learner,

MOHD HUSSAIRI
EMZI Properties

06/06/2025

People Rise to Their Level of Incompetence — Jadi "noobies" Itu Biasa, Belajar Lagi Bro.

Pernah dengar tak orang kata, “Naik pangkat makin teruk kerja dia”? Atau yang dulu kerja elok je, tapi lepas jadi bos, semua benda dia kelam-kabut? Ha, itu bukan mitos. Itu betul-betul berlaku. Malah ada istilah khas untuk fenomena ni — The Peter Principle.

Teori ni kata, orang akan terus naik pangkat sampai ke tahap dia tak pandai dah buat kerja tu. Dalam bahasa kasarnya — sampai ke tahap dia “b@d0h”. Tapi bukan sebab dia tak reti sejak mula. Dia cuma masuk ke satu zon baru yang dia tak biasa, tak cukup ilmu, dan belum sempat belajar. Itu je.

Contoh paling senang: Seorang juruteknik hebat. Semua kerja tangan dia tip-top. Dapat anugerah pekerja contoh setiap tahun. Tapi bila dia dinaikkan jadi pengurus, terus gagal. Kenapa? Sebab kerja dia sekarang bukan lagi pasang kabel atau baiki mesin — tapi nak urus orang, buat laporan, bagi motivasi, dan ambil keputusan besar. Itu semua kemahiran yang dia tak pernah belajar pun.

Jadi… jadi "noob" tu biasa bro.

Yang tak biasa — bila kita buat-buat pandai. Bila kita ego nak belajar balik. Bila kita dah duduk kerusi besar, tapi tak sanggup buka buku semula. Itu yang bahaya.

Hakikatnya, naik ke satu level baru dalam kerjaya atau kehidupan, memang akan buat kita rasa “lost” sekejap. Tapi itu normal. Sama macam main game — setiap level baru ada musuh baru. Kalau tak nak kalah, kena belajar teknik baru.

Apa kita patut buat?
1. Kenal kelemahan sendiri. Jangan syok sendiri. Kalau orang tegur, jangan terus tarik muka. Kadang orang tegur sebab dia nampak potensi kita, bukan nak jatuhkan.
2. Cari mentor. Belajar dengan orang yang dah sampai tahap tu. Kita tak rugi bila berguru, walau dengan orang lebih muda.
3. Baca buku, pergi kursus. Jangan malas. Kalau tak tahu, belajar. Ilmu takkan datang bergolek.
4. Admit bila kita tak tahu. Ini paling susah. Tapi paling powerful. Bila kita berani kata “Saya tak tahu, ajar saya”, waktu tu orang akan mula hormat.

Tak salah jadi b@d0h — yang salah bila kita selesa duduk kat “Peak of Mount Stupid”, tempat paling tinggi tapi paling dangkal pemahamannya. Dalam dunia kerja dan kepimpinan, kita semua pernah lalu fasa tu. Tapi jangan berhenti kat situ.

Belajar lagi bro. Buka hati. Rendahkan ego. Orang yang bijak bukan orang yang tahu semua… tapi orang yang tak pernah berhenti belajar.

Yang masih belajar,

MOHD HUSSAIRI
EMZI Properties

03/06/2025

Bahaya Cognitive Distortion: Bila Pemimpin Terperangkap Dalam Fikiran Sendiri

Seorang pemimpin bukan sekadar mengurus kerja — tetapi juga mengurus emosi, persepsi dan yang paling s**ar — fikiran sendiri.

Ramai tak sedar, cabaran paling besar bagi seorang pemimpin bukan datang dari luar… tapi dari dalam kepala sendiri. Bila fikiran mula membuat kesimp**an tanpa bukti, bila kita mula terlalu berprasangka, bila setiap komen staf kita tafsir sebagai serangan peribadi — di situlah kita mula tersasar.

Inilah yang dipanggil Cognitive Distortion — cara fikir yang bengkok, yang nampak logik pada awalnya, tetapi sebenarnya jauh dari realiti.

Contoh-Contoh Yang Selalu Jadi Tapi Tak Disedari
1. All-or-Nothing Thinking
“Mesyuarat tadi tak berjalan lancar — aku memang gagal jadi ketua.”
Sedangkan, itu cuma satu hari dari 365 hari prestasi kita.
2. Mind Reading
“Staff aku buat muka. Mesti dia tak puas hati dengan arahan tadi.”
Hakikatnya, mungkin dia penat. Atau ada masalah peribadi.
3. Catastrophizing
“Kalau plan ni gagal, reputasi aku habis.”
Padahal, dalam dunia sebenar — gagal satu projek bukan bermakna gagal sebagai pemimpin.
4. Personalization
“Kalau team perform rendah, semua salah aku.”
Seorang pemimpin perlu ambil tanggungjawab, ya — tetapi bukan untuk semua hal yang dia tak boleh kawal.

Kenapa Bahaya Bila Pemimpin Tak Sedar Perangkap Ini?

Bila seorang pemimpin terperangkap dalam distortion ni:
• Dia mula hilang keyakinan.
• Dia jadi terlalu defensif atau terlalu mengawal.
• Dia salah tafsir maklum balas sebagai kritikan.
• Dan yang lebih parah — dia mungkin menolak bakat dalam pas**an kerana terlalu fokus pada kelemahan.

Lama-lama, budaya organisasi akan jadi toksik. Bukan sebab orang lain… tapi kerana pemimpin itu sendiri tak sedar dia sedang ditipu oleh fikirannya sendiri.

Macam Mana Nak Latih Diri?
1. Tulis Apa Yang Kita Fikir & Banding Dengan Fakta
Kadang-kadang, bila kita tengok semula tulisan kita sendiri, baru kita sedar:
“Oh… aku sebenarnya overthinking.”
2. Bina Pas**an Yang Berani Beritahu Kebenaran
Surround yourself dengan orang yang tak takut disagree.
Supaya distortion boleh dibetulkan dari luar juga.
3. Amalkan Refleksi Diri Secara Konsisten
Sehari 5 minit pun cukup.
Tanya pada diri:
– Apa yang aku fikir hari ni yang mungkin tak betul?
– Apa andaian yang aku buat tanpa bukti?

Pemimpin Yang Cemerlang, Bermula Dengan Fikiran Yang Jernih

Dalam kepimpinan, keputusan kita akan membentuk banyak nasib orang lain. Kalau fikiran kita keruh — keputusan pun akan bias. Kalau kita terlalu percaya dengan drama yang dicipta oleh minda, kita akan hilang keupayaan untuk menilai dengan tenang dan adil.

Pemimpin yang baik bukan yang tak pernah tersalah tafsir, tapi yang cepat sedar bila sedang tersasar.

Mohd Hussairi
EMZI Properties

30/05/2025

Kekayaan dan Jawatan Bukan Tanda Allah Sayang Kita Lebih

Pernah tak kita tengok orang kaya, ada jawatan tinggi, hidup nampak senang… lepas tu kita terfikir:

“Mesti Allah sayang dia lebih. Rezeki dia masyuk.”

Tapi sebenarnya… tak semestinya macam tu.

Dalam Surah Al-Fajr, Allah dah bagi satu teguran lembut:

“Adapun manusia, apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: ‘Tuhanku telah memuliakanku.’ Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata: ‘Tuhanku menghinaku.’” (Surah Al-Fajr: 15–16)

Padahal, kaya ke miskin, ada jawatan ke tak — semua tu ujian. Bukan ukuran kasih sayang Allah.

Jawatan tu satu Amanah Berat bro..

Kita selalu rasa seronok kalau dapat naik pangkat.

Tapi...

Nabi SAW sendiri pernah bersabda kepada sahabat yang meminta jawatan:

“Sesungguhnya kamu meminta jawatan, sedangkan ia adalah amanah. Dan pada hari kiamat ia akan menjadi penyesalan dan kehinaan, kecuali bagi yang menunaikan haknya dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan betul.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Maksudnya, kalau kita salah urus jawatan tu — bukan dapat pahala, tapi dosa. Naik pangkat bukan bermakna Allah tengah puji kita. Boleh jadi Allah tengah uji kita.

Kaya Tak Sama Dengan Bahagia

Kaya belum tentu tenang. Ramai je orang duit banyak, tapi hidup stress, hati tak tenang. Tapi ada juga orang biasa-biasa je — cukup makan, hati lapang, hidup bahagia.

Kadang, bila Allah sayang kita, Dia tak bagi kita hanyut dengan dunia. Dia tahan sikit rezeki, supaya kita lebih dekat dengan Dia.

Apa Tanda Allah Sayang Kita?

Bila kita:
• Jika ada jawatan, kita amanah
• Kita rajin solat
• Jujur dalam kerja
• Tak sombong bila berjaya
• Tak mengeluh bila diuji

Itulah tanda sebenar kita sedang dimuliakan Allah.

Jadi, kalau kita tengah struggle, jangan rasa down sangat.

Dan kalau kita tengah senang, jangan syok sendiri.

Allah tak nilai kita berdasarkan duit dan jawatan. Dia nilai hati kita.

Yang paling mulia di sisi Allah — bukan CEO, bukan Datuk, bukan jutawan. Tapi orang yang paling bertakwa.

Yang fakir,

MOHD HUSSAIRI
EMZI Properties

26/05/2025

Learning to Be Pragmatic – When Reality Matters

In both leadership and life, I’ve observed something quite consistent: people who are too idealistic often end up disappointed. Not because their ideals are wrong — but because the world doesn’t always follow the script.

Things on paper don’t always match what happens on the ground.
People don’t always behave as we hope.
Plans don’t always go as planned.

And that’s where I slowly learned to value something else — being pragmatic.

What Does It Mean to Be Pragmatic?

In simple terms, being pragmatic means:
making decisions based on what is possible and appropriate in the present reality, not just what is perfect in theory.

It’s not about compromising your principles, but about adapting your approach so that it works — for the people, the situation, and the long-term goals.

Examples?

You know meetings are supposed to start at 9:00 sharp. But when people are late because the elevator was down? You address it tomorrow, not blow up today.

You know your team member’s work isn’t perfect yet. But if they’re the only one who shows up with heart and willingness to learn — you nurture them, not replace them.

Being pragmatic is not about lowering the bar — it’s about adjusting the lens.

A Real Leader Reads the Room

True leadership isn’t about always being the most correct, or the most rigid. It’s about reading the room, assessing what people need in the moment, and adjusting your response accordingly — without losing your core values.

Sometimes, the smartest move isn’t to push harder — it’s to PAUSE, REASSESS , or take aSTEP BACK so the whole team can take two steps forward.

That’s pragmatism.
Not surrendering.
But navigating — with wisdom.

Ego or Progress? Choose Wisely.

At key moments, leaders are tested not by how loud they speak, but by how wisely they choose their battles.

Do we want to win the argument, or reach the objective?
Do we want to be right, or do we want to be effective?

Pragmatic leaders know when to stay firm, and when to bend — not out of weakness, but out of strength. Because they’re thinking long-term. They’re thinking impact.

Final Thought: Flexibility is Not Failure

In a world full of unpredictability, being pragmatic is not a lack of conviction — it’s a sign of maturity.

It’s not about abandoning values, but knowing how to carry them wisely through rough terrain.

So if today didn’t go according to the textbook — pause. Reflect. Recalibrate.

Because sometimes, the most powerful leadership doesn’t look heroic.

It looks calm, adaptable… and deeply human.

Still learning,

MOHD HUSSAIRI
EMZI Properties

20/05/2025

Kemaafan Seorang Pemimpin – Belajar daripada kisah perang Uhud

Kalau kita jadi pemimpin, tak susah nak nampak siapa yang setia waktu pas**an kita tengah naik. Tapi siapa yang kekal bersama bila kita jatuh — dan bagaimana kita melayan mereka waktu tu — itulah ujian sebenar.

Cerita ni, penulis ambil dari satu peristiwa besar dalam sirah — Perang Uhud. Ramai orang tahu kisah ni, tapi mungkin kita tak benar-benar hayati apa yang Nabi SAW tunjuk sebagai pemimpin.

Kesilapan yang Mengubah Arah Peperangan

Masa perang Uhud, Nabi dah pesan awal-awal pada kump**an pemanah, “Jangan tinggalkan posisi atas bukit walau apa pun berlaku.” Tapi bila tentera Islam nampak macam nak menang, musuh dah lari, harta rampasan p**a terbentang depan mata — ramai yang tak tahan. Mereka turun dari bukit. Tinggallah posisi tu - kosong.

Dan dari situlah musuh ambil peluang. Serang dari arah belakang. Kucar-kacir. Ramai sahabat gugur syahid. Nabi sendiri cedera. Peperangan yang asalnya hampir jadi kemenangan, bertukar jadi ujian besar.

Tapi, Apa Reaksi Nabi?

Kalau kita dalam posisi Nabi masa tu, mungkin kita dah marah, sindir, atau paling kurang pun buat mesyuarat khas untuk “ambil tindakan disiplin”.

Tapi Nabi buat apa?

Allah turunkan ayat:

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
(Ali Imran: 159)

Allahu… Lihat cara Nabi hadapi kegagalan orang bawah dia.
Tak hukum.
Tak label.
Tak singkirkan.
Sebaliknya, Baginda rangkul mereka kembali. Ajak bincang. Terus percayakan mereka.

Pemimpin Hari Ini, Kena Belajar Daripada Ini

Kadang-kadang dalam organisasi kita, bila staf tersilap sikit — kita cepat gelar dia “tak perform”, “lemah”, “liabiliti”. Sedangkan mungkin dia cuma buat satu kesilapan… dalam ribuan kebaikan yang dia dah sumbang.

Nabi ajar kita satu benda penting:
Orang silap, jangan terus hakimi. Bina semula.
Sebab kadang-kadang, orang yang pernah jatuh tu — bila kita angkat balik — dialah yang akan jadi paling setia dan kuat di belakang kita.

Kepimpinan Nabi bukan tentang strategi ketenteraan semata-mata. Tapi tentang hati. Tentang membina manusia. Tentang kemaafan.

Kalau hari ini kita dipertanggungjawabkan memimpin — keluarga, organisasi, atau syarikat — cubalah bawa nilai yang sama.

Bukan semua benda perlu diselesaikan dengan marah. Kadang-kadang, satu ayat:

“Tak apa, saya faham. Jom kita baiki sama-sama…”
itu lebih membina daripada sepuluh muka surat laporan salah laku.

Dan barulah orang akan ikut, bukan sebab takut, tapi sebab hormat. Sebab mereka tahu — pemimpin ni, bukan cari silap. Tapi cari ruang untuk bantu kita semua jadi lebih baik.

MOHD HUSSAIRI
EMZI Properties

Address

Tingkat 2, Bangunan Kompleks SP Plaza
Sungai Petani
08000

Telephone

+60134309594

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CEO CEO EMZI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CEO CEO EMZI:

Share