05/05/2025
๐จ๐บ๐๐ฟ ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ป๐ฎ ๐ฆ๐ฎ๐ธ๐ถ๐ ๐๐ฎ๐ป๐๐๐ป๐ด
Maklumat kes;
๐Lelaki, 28 tahun
๐Simptom : Sakit Dada
Ini kisah pelanggan agensi kami, beliau sudah 4 tahun mencarum takaful perubatan dengan caruman RM131 sebulan selepas kenaikan medikal baru-baru ini.
Kisah berlaku semasa servicing agen beliau di masukkan ke wad untuk selesaikan urusan gugur kantung baby.
Dalam masa yang sama pelanggan juga dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk dapatkan rawatan segera akibat sakit dada sehingga tak boleh bernafas.
Hasil pemeriksaan ecg normal tapi kadar troponin yang tinggi daripada kadar normal dalam darah.
Ini adalah indikasi kepada pelbagai jenis sakit jantung, maka doktor sarankan pelanggan buat angiogram.
Pelanggan harus menunggu 6 bulan jika mahu ke IJN dan sementara itu harus mengambil pil cair darah.
Pelanggan tak mahu tunggu 6 bulan dan mahu teruskan dengan prosedur angiogram di hospital swasta.
Alhamdulillah semuanya Allah mudahkan, pelanggan di masukkan wad pada 1 May 2025 dan keluar wad pada 3 May 2025.
Jumlah bil rawatan di wad yang AIA Public Takaful selesaikan adalah RM35,815.25 dan pelanggan hanya membayar kos deductable sebanyak RM300 sahaja.
Jika di lihat dari sudut kes, pelanggan masih muda dengan umur belum masuk 30 tahun sudah di masukkan stent ke dalam jantung beliau.
Siapa sangka usia begini sudah melakukan angioplasti, dan selepas ini harus lebih berhati-hati menjaga diri.
Ikhtibar dari kes ini, sesungguhnya sakit tak kenal usia dan apakah kita sudah bersedia?
Dapatkan konsultasi awal semasa masih sihat dan muda. ๐