09/03/2021
๐๐๐ข๐๐ฅ๐ ๐๐ข๐ซ๐๐ง๐๐ฌ๐ญ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฉ๐๐ฒ๐ ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฌ๐ญ๐๐ฆ ๐๐ฆ๐ฎ๐ง ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ก ๐๐๐๐๐ง.
Terdapat satu kajian in vivo dan juga in vitro yang mengkaji kaitan dan keupayaan EBN dalam meningkatkan sistem imun dalam tikus.
Para pengkaji membuat pemerhatian beberapa parameter seperti kesan EBN kepada aktiviti dan penambahan sel-sel limfa (lymphocytes) daripada organ limpa, isotaip dan indikator antibodi, dan juga kandungan IgA daripada rembesan cecair usus (sIgA).
Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan EBN mampu meningkatkan penambahan dan pengaktifan sel-sel B (B cells) dan juga meningkatkan antibodi IgE, IgA, IgM dan IgG3. Tambahan lagi, EBN juga didapati mampu meningkatkan rembesan sIgA dalam usus kecil tikus yang dikaji.
Menggunakan ubat cyclophosphamide (CY) untuk menyebabkan penekanan sistem imun tikus tersebut, para pengkaji mendapati bahawa EBN dapat memainkan peranan untuk melindungi sel-sel B daripada kecederaan yang diakibatkan oleh CY.
Sebagai konklusi kepada penyelidikan ini, para pengkaji menyimpulkan bahawa pengambilan EBN mampu untuk mengurangkan kecederaan imun usus kecil yang diakibatkan oleh CY dengan cara mempercepatkan pembahagian dan juga pengaktifan sel-sel B dan juga memangkin pengeluaran sel-sel B.
Tuntasnya, hidangan sarang burung adalah sejenis hidangan eksotik yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia dan juga di tanah besar China dan Hong Kong.
Populariti ini bukanlah populariti yang kosong kerana terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa ia mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang mungkin setimpal dengan harganya.
Credit to page :- Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.