07/07/2026
Sinar potensi yang cukup luar biasa! 🌟🔥
Satu lagi persinggahan yang sangat bermakna buat program CSR kami kali ini di Maahad Integrasi MADAD / MADAD Soccer Academy pada 02/07/2026. Melihat kesungguhan dan disiplin tinggi para pelajar di sini, kami tahu institusi ini bukan sahaja melahirkan modal insan yang hebat, malah menyimpan potensi sukan yang sangat besar untuk digerakkan lebih jauh.
Astra Sports (M) PLT selaku Official Distributor hadir untuk menyerahkan sumbangan bola latihan kualiti premium Star Sports (Korea Brand) demi kegunaan dan pembangunan sukan anak-anak di sini.
Misi kami tetap sama! Memastikan bakat akar umbi mendapat akses kepada peralatan sukan yang terbaik. Pesanan kami buat para pelajar, seimbangkan ilmu duniawi dan ukhrawi, kekalkan disiplin, teruskan berlatih, dan jangan lupa letakkan akademik sentiasa di hadapan. ⚽️🔥
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Pengerusi (Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Bin Mohd Yusof), Pihak Pengurusan, Pasukan Media, Barisan Pentadbir, Ketua Jurulatih MADAD FC (Coach Raja Shaharul Amri) serta seluruh warga dan waris Maahad Integrasi Madad atas sambutan yang sangat mesra dan layanan yang cukup istimewa sepanjang kami di sana. Teruskan menyinar dan membina ummah, adik-adik Madad!
Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi. 😊
"BERSIAP SEDIA DEMI KEGEMILANGAN"