Syuk Homestay Sungkai

Syuk Homestay Sungkai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syuk Homestay Sungkai, In-Home Service, Sungkai.

17/09/2023

Dzikir Malam menemani Dzikir Malam AndaOriginal Sound by Ust. Mochamad Habib Nasrullah*TIDAK DIPERKENANKAN ME-REUPLOAD UNTUK TUJUAN KOMERSIL / MON...

07/12/2020

assalamualikum sy mohon maaf syuk
homestay tidak beroperasi dah ..sy memohon maaf jika ada salah silap dunia dan akhirat

18/02/2018

Kepada anda yang merancang percutian ke Perak terutamanya di HOT SPRING SUNGAI KLAH, SUNGKAI (12km) dari Homestay boleh tempah sekarang.

Boleh juga untuk yang bakal nak mengadakan kenduri-kendara, nak terima kunjungan rombongan pengantin, sanak saudara, boleh lah tempah sekarang.

Booking tarikh sekarang. Cepat2 sebelum penuh.

🏖4 Bilik tidur.
🏖 3 bilik air (2 dalam bilik & 1 di dapur)
🏖Dapur yang boleh memasak. (Dapur, rice cooker, periuk, kittle dan peralatan disediakan)
🏖Parking kereta yang luas
🏖Peti ais
🏖Tv (njoi)
🏖Iron

Tempat2 yang berdekatan;

🚂Hot Spring, Sungai Klah. TRAP
🚂Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai
🚂MRSM Felda, Trolak
🚂Institut Latihan Statistik Malaysia ILSM
🚂Institut Latihan Felda, Felda Residence
🚂Pusat Perhilitan Hidupan Liar, Sungkai
🚂 Felda Trolak
🚂 Felda gugusan Besout
🚂Slim River
🚂 Politeknik S.A.S Behrang (30 minit)
,🚂 Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI (40 minit)
🚂Bidor
🚂Laluan antara Lumut ke KL melalui Teluk Intan
🚂Laluan antara KL ke Ipoh

Kemudahan yang berdekatan:
🚄 Stesen Ktmb Sungkai, ETS ke KL/Ipoh
🍗 KFC Sungkai
🍿Pasaraya SpeedMart
🚐 Stesen Minyak Shell
🚐 Stesen Minyak Petronas
🚐 Stesen Minyak Petron
🏦 Bank Simpanan Nasional BSN
🏦 RHB Bank
🏦 Mesin atm Maybank di Petronas
🐟 Pasar Tani Sungkai

Hubungi segera
www.wasap.my/60192865626




1 rumah ada 3 bilik air.  Sesuai untuk rombongan/keluarga yang ramai. Tak perlu berebut untuk mandi. 😀
14/01/2018

1 rumah ada 3 bilik air. Sesuai untuk rombongan/keluarga yang ramai. Tak perlu berebut untuk mandi. 😀

Kepada anda yang merancang percutian ke Perak terutamanya di HOT SPRING SUNGAI KLAH, SUNGKAI (12km) dari Homestay boleh ...
14/01/2018

Kepada anda yang merancang percutian ke Perak terutamanya di HOT SPRING SUNGAI KLAH, SUNGKAI (12km) dari Homestay boleh tempah sekarang.

Boleh juga untuk yang bakal nak mengadakan kenduri-kendara, nak terima kunjungan rombongan pengantin, sanak saudara, boleh lah tempah sekarang.

Booking tarikh sekarang. Cepat2 sebelum penuh.

🏖4 Bilik tidur.
🏖 3 bilik air (2 dalam bilik & 1 di dapur)
🏖Dapur yang boleh memasak. (Dapur, rice cooker, periuk, kittle dan peralatan disediakan)
🏖Parking kereta yang luas
🏖Peti ais
🏖Tv (njoi)
🏖Iron

Tempat2 yang berdekatan;

🚂Hot Spring, Sungai Klah. TRAP
🚂Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai
🚂MRSM Felda, Trolak
🚂Institut Latihan Statistik Malaysia ILSM
🚂Institut Latihan Felda, Felda Residence
🚂Pusat Perhilitan Hidupan Liar, Sungkai
🚂 Felda Trolak
🚂 Felda gugusan Besout
🚂Slim River
🚂 Politeknik S.A.S Behrang (30 minit)
,🚂 Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI (40 minit)
🚂Bidor
🚂Laluan antara Lumut ke KL melalui Teluk Intan
🚂Laluan antara KL ke Ipoh

Kemudahan yang berdekatan:
🚄 Stesen Ktmb Sungkai, ETS ke KL/Ipoh
🍗 KFC Sungkai
🍿Pasaraya SpeedMart
🚐 Stesen Minyak Shell
🚐 Stesen Minyak Petronas
🚐 Stesen Minyak Petron
🏦 Bank Simpanan Nasional BSN
🏦 RHB Bank
🏦 Mesin atm Maybank di Petronas
🐟 Pasar Tani Sungkai

Hubungi segera
www.wasap.my/60192865626




26/10/2017
26/10/2017

JOM KE SUNGKAI…..MACAM MACAM ADA

NASI BAMBOO SUNGAI KLAH...FELDA RESIDENCE HOT SPRING SUNGAI KLAH, , PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR DAN NATIONAL WILDLIFE RESCUE CENTRE (NWRC).... SEMUANYA TERLETAK DI SUNGKAI…

Dulu dulu hendak menyebut nama Sungkai ini pun malu…Ramai orang tidak tahu di mana kedudukan Sungkai…Orang lebih tahu Bidor, Slim River dan Tanjong Malim…Seolah olah Sungkai tak wujud dalam peta….Ibarat Malaysia satu masa dahulu…ramai orang luar tidak mengetahui di mana letaknya Malaysia.. Mereka lebih mengenali Singapura…Kesiankan…Kalau di tanya tentang Sungkai …ramai yang tidak tahu dan tiada apa-apa maklumat tentang Sungkai…Pekan Sungkai pun mereka tidak tahu di mana letaknya…memandangkan jalan raya utama itu tidak melalui pekan sungkai kerana pekan sungkai terletak di bahagian dalam…

Pernah seorang rakan bertanya pekan sungkai ini wujud atau tidak kerana sepanjang dia melalui jalan raya utama sebelum adanya Lebuhraya memang tidak pernah beliau melalui pekan Sungkai…Ada yang mengangggap barisan kedai BSN Sungkai dan barisan kedai Taman Bakti itulah pekan Sungkai…Kesiankan…..Namun keadaan berbeza pada hari ini apabila nama Sungkai semakin gah menongkah arus permodenan… Pelbagai mercu tanda baru dan lama semakin dikenali oleh masyarakat luar…

Kedudukannya yang terletak di antara dua bandar besar Ipoh dan Kuala Lumpur menjadikan jalan-jalan di Sungkai sama ada di Lebuhraya dan jalan lama menjadi sesak menjelang hari minggu dan cuti umum…

Setiap hujung minggu atau cuti umum nama Sungkai pasti ke udara di dalam radio radio utama negara …antara ayatnya “Trafik sesak dari Sungkai ke Slim River…”. Kadang kadang rasa bangga juga setiap kali nama Sungkai disebut….Perkembangan ini telah menyebabkan perkembangan sosial dan ekonomi semakin berkembang seiring dengan arus pemodenan…..

Umpamanya setiap kali musim durian Sungkai destinasi yang wajib disinggah…kerana keenakan durian kampung dan durian gunungnya semakin mendapat tempat di hati warga kota..Secara tidak langsung suasana ini memberi impahan rezeki kepada anak anak jati sungkai… Terp**anglah kepada warganya untuk merebut peluang ekonomi yang terbentang luas di hadapan…Syukur…Di samping itu terdapat beberapa tarikan baru dan lama yang menjadikan Sungkai destinasi yang wajib dikunjujngi….Antaranya

FELDA RESIDENCE HOT SPRING SUNGAI KLAH @ TAMAN REKREASI AIR PANAS HOT SPRING SUNGAI KLAH, SUNGKAI….

Negara Jepun dan Korea merupakan negara yang terkenal dengan Hot Spring… Masayarakat di sana sudah berasimilasi dengan keberadaan Hot Spring itu sendiri. Namun bagi masayarakat kita konsep Hot Spring mungkin agak asing…walaupun terdapat hot spring lain di Malaysia namun pembangunannya tidak seperti yang di lakukan oleh Hot Spring milik Felda ini. Siapa yang menyangka Hot Spring ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan sama ada pelancong domestik dan juga pelancong luar.

Pihak Residence Hot Spring telah menyediakan kemudahan bilik dan Villa untuk disewa. Di Villa p**a terdapat Jakuzzi persendirian eksklusif bagi mereka yang menyewa Villa. Di samping itu terdapat dua kolam mandi untuk seisi keluarga mandi manda. Kolam pertama ialah kolam yang airnya datang dari gunung. Ini merupakan lokasi tarikan utama disini..Setiap hujung tempat ini meriah dengan pengunjung yang entah datang dari mana.

Kolam kedua ialah kolam air panas yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi…Namun hati hati jangan terus terjun atau masuk kola mini. Nescaya anda akan melompat keluar semula. Anda masuk perlahan-lahan kerana tubuh badan kita akan menyesuai keadaan air panas dengan suhu dalam tubuh badan kita…Terdapat juga tempat untuk memasak telur…Sesungguhnya kewujudan Hor Spring telah meletakkan nama Sungkai dalam peta dunia. Berdasarkan pemerhatian terdapat bas bas pelancong asing dari China, Korea dan Jepun yang kerap berkunjung ke sini di samping pelancong yang datang dari pelbagai negara. Secara tidak langsung ia telah mewujudkan industri hiliran seperti Homestay, kedai makan dan sebagainya…Anak anak tempatan juga mendapat peluang pekerjaan di sini…

NASI BAMBOO SUNGAI KLAH, SUNGKAI

Nasi bamboo Sungai Klah ini menjadi fenomena luar biasa apabila Majalah 3 membuat `Coverage` tentang kisah keunikan Nasi Bamboo dan Ayam Kg. Bunian….Pada hari hari biasa warung ini hanya menerima 70 ke 100 pelanggan sehari dan kira kira 400 pelanggan pada hujung minggu…Namun selepas tersiar kisah nasi bamboo ini di dalam program Majalah 3 jumlah pelanggan meningkat kepada 2000 orang sehari…Fenomena ini dapat diarasakan diseluruh negara kerana sehingga kini jumlah pengunjung di Nasi Bamboo tidak pernah berkurang malah bertambah berkali ganda…Setelah lama beroperasi tempat lama di simpang Sg. Klah kni nasi bamboo berpindah ke tempat baru berhampiran jambatan sungkai demi memenuhi jumlah pelanggan yang semakin ramai dari sehari ke sehari..

Pelbagai TV dalam dan luar negara membuat liputan tentang Nasi Bamboo. Yang terbaru Channel AFC Astro telah membuat liputan disini.Secara tidak langsung ini telah mengangkat nama Sungkai dalam peta dunia juga mengamngkat martabat industry kulinari di Malaysia…Motonya Unik Asli dan Tersendiri benar benar telah menjadikan jenama Nasi Bamboo Sungai Klah disukai ramai…Dalam Entry akan datang saya akan menulis satu artikel penuh tentang Nasi Bamboo…Di mana bermula sejarahnya….yang rasanya tak ramai yang tahu bagaimana strugglenya taukehnya membangunkan perniagaan ini dari level yang paling bawah…

PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR (PKHL) DI SUNGKAI

Pusat konservasi ini merupakan destinasi wajib dikunjungi sekiranya anda ke Sungkai. Pusat ini berkeluasan 20 Hektar dan ditubuhkan awal 1970-an untuk tujuan pembiakan haiwan liar terancam. Yang menariknya kawasan tersebut dibina dalam kawasa rezab hidupan liar yang berkeluasan 2,468 hektar. Puasat ini diuruskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Namun, perkara paling menarik yang tidak patut dilepaskan sekiranya berkunjung ke sini ialah menyaksikan pelbagai spesies haiwan yang dibiak secara teratur, bersih dan sistematik. Antara spesies mamalia yang diternak ialah seladang dan rusa sambar. Terdapat juga tiga jenis burung iaitu merak pongsu, kuang raya dan kuang cermin turut dipelihara di sini. Tempat ini boleh dilawati.

PUSAT MENYELAMAT HIDUPAN LIAR KEBANGSAAN ATAU NATIONAL WILDLIFE RESCUE CENTRE (NWRC) DI SUNGKAI PERAK.

Pusat ini masih belum dibuka kepada umum. Namun permohonan secara bersurat boleh dibuat untuk melawat spesis harimau yang semakin pupus.Pusat ini sebenarnya berfungsi sebagai pusat menyelamat hidupan liar negara mengikut perundangan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 [Akta 716] yang tertakluk kepada konsep 3R (Rescue, Rehabilitation & Release) hidupan liar. NWRC Sungkai dibina dengan sistematik di dalam Rezab Hidupan Liar di Sungkai Perak, dan ia dibangunkan pada bulan Ogos 2013, berkeluasan sekitar 24 ekar. Operasi NWRC ini bermula dengan dengan pemindahan Harimau Malaya dari Zoo Melaka.

Terletak di Rezab Hidupan Liar di Sungkai Perak, Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), dibangunkan pada bulan Ogos 2013, berkeluasan sekitar 24 ekar dengan pemindahan Harimau Malaya dari Zoo Melaka.Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) ini akan dibini dalam 3 Fasa. Fasa 1 telah siap sepenuhnya dan ia mempunyai 5 blok kurungan Harimau Malaya. Pembinaan Fasa ke-2 akan didirikan Kuarters Kakitangan, pejabat dan klinik. Fasa ke-3, fasa seterusnya adalah pembinaan bekalan air terawat, pembinaan kurungan tambahan (bagi spesis beruang, harimau kumbang, primat dan burung).

Tidak berapa lama dahulu negara digemparkan dengan berita tentang seekor harimau yang telah menyerang seorang penoreh getah di Jeli, Kelantan. Ketika itu, mangsa, seorang perempuan pertengahan umur terselamat selepas bergelut dan berjaya menoreh muka harimau tersebut. Peristiwa ini menyebabkan dbeliau di gelar 'Scarface'

‘Scarface’ ini telah ditangkap selepas diburu, dibawa dan dilepaskan ke habitat barunya iaitu Sungkai. Scarface kini berusia 16 tahun dan mempunyai rekod jenayah lampau yang hebat. Harimau tersebut bukan sahaja menyerang malah memakan mangsa yang diserang dengan rakus.

Seramai 5 orang manusia telah menjadi mangsanya ketika bermaharajalela di hutan Jeli, Kelantan. Hanya seorang mangsa yang terselamat iaitu seorang wanita yang berjaya menoreh muka harimau tersebut.

Inilah antara tarikan tarikan istimewa yang terdapat di Sungkai….Di samping tempat tempat yang dinyatakan di atas terdapat juga beberapa kedai makanan yang memenuhi kehendak dan selera anda… Umpamanya Mus Tomyam yang terkenal dengan nasi ayam yang sedap dan juga sup burung unta (Hari Rabu sahaja). Lokasinya terletak berhampiran stesen minyak Petronas Sungkai. Nasi lemak Jamil nasi lemak legend di Sungkai yang juga sedap terletak di tepi stesen bas Sungkai. Jom datang ke Sungkai macam macam ada…..

13/10/2017

Assalamualaikum....

Kepada yang nak merancang percutian ke Perak terutamanya di HOT SPRING SUNGAI KLAH, SUNGKAI (12km) dari Homestay boleh tempah sekarang.

Boleh juga untuk yang bakal nak mengadakan kenduri-kendara, nak terima kunjungan rombongan pengantin, sanak saudara, boleh lah tempah sekarang.

Booking tarikh sekarang. Cepat2 sebelum penuh.

🏖4 Bilik tidur.
🏖 3 bilik air (2 dalam bilik & 1 di dapur)
🏖Dapur yang boleh memasak. (Dapur, rice cooker, periuk, kittle dan peralatan disediakan)
🏖Parking kereta yang luas
🏖Peti ais
🏖Tv (njoi)
🏖Iron

Tempat2 yang berdekatan;

🚂Hot Spring, Sungai Klah. TRAP
🚂Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai
🚂MRSM Felda, Trolak
🚂Institut Latihan Statistik Malaysia ILSM
🚂Institut Latihan Felda, Felda Residence
🚂Pusat Perhilitan Hidupan Liar, Sungkai
🚂 Felda Trolak
🚂 Felda gugusan Besout
🚂Slim River
🚂 Politeknik S.A.S Behrang (30 minit)
,🚂 Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI (40 minit)
🚂Bidor
🚂Laluan antara Lumut ke KL melalui Teluk Intan
🚂Laluan antara KL ke Ipoh

Kemudahan yang berdekatan:
🚄 Stesen Ktmb Sungkai, ETS ke KL/Ipoh
🍗 KFC Sungkai
🍿Pasaraya SpeedMart
🚐 Stesen Minyak Shell
🚐 Stesen Minyak Petronas
🚐 Stesen Minyak Petron
🏦 Bank Simpanan Nasional BSN
🏦 RHB Bank
🏦 Mesin atm Maybank di Petronas
🐟 Pasar Tani Sungkai

Hubungi segera
www.wasap.my/60192865626


05/10/2017

Tempat makan best di Sungkai....

1.Nasi Bamboo(berhampiran exit tol sungkai)
2.Mus TomYam(berhampiran Petronas Sungkai)
3.Nasi Lemak Jamil (tepi stesen bas Sungkai)
4.Nasi Lemak Sharip Lobo( berhampiran stesen Petronas Sungkai)
5.Char Kuey Teow Mat Canai (sebelah kiri selepas Traffic Light Sungkai dari arah selatan)
6.Roti Canai Terbang(Felda Trolak Selatan)
7.Mee Hailam dan Sup Gear Box Pak Awang (Felda Besout 2)
8.Capati Lembut Kak Ju (berhampiran Pasar Basah Sungkai)...
9.Cendol Sedap ( Kawasan Perumahan Taman Syarikat Melayu Sungkai)
10. Mee Bandung Warung Bad Buluh Perindu (Simpang Felda Trolak Utara)

Jom kita cuba...Sungkai My Hometown...Kepuasan anda Kebanggaan kami...

Address

Sungkai
35600

Telephone

+60192865626

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syuk Homestay Sungkai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share