11/08/2026
HILANG TEMPAT BERTEDUH SEKELIP MATA
Petang semalam menjadi detik yang cukup berat buat Encik Azahari sekeluarga apabila kediaman mereka ditimpa musibah kebakaran.
Dalam sekelip mata, rumah yang selama ini menjadi tempat berteduh dan menyimpan pelbagai kenangan keluarga musnah dijilat api. Kini, keluarga ini berdepan ujian besar apabila kehilangan tempat tinggal.
Hari ini, Saya berkesempatan menziarahi Encik Azahari dan keluarga bagi melihat sendiri keadaan mereka serta menyampaikan sedikit sumbangan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung.
Dalam keadaan sebegini, setiap bantuan walaupun kecil amat besar ertinya buat mereka.
Kepada sahabat-sahabat dan orang ramai yang ingin berkongsi rezeki serta menghulurkan sumbangan ikhlas kepada keluarga Encik Azahari, bolehlah disalurkan melalui akaun anak beliau:
AMIRUL AIMAN BIN AZAHARI
PUBLIC BANK
4966354811
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab meringankan kesusahan keluarga ini dan mendapat ganjaran kebaikan daripada Allah SWT.
Sama-sama kita doakan agar Encik Azahari sekeluarga diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki untuk kembali membina kehidupan mereka.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
kredit : ustaz fakhrudin