Transform Motivation

Transform Motivation VISI
Menjadi platform ummah dalam era globalisasi yang menggunakan uslub dakwah mengikut al-Quran dan as-Sunnah. "MENERAJUI UMMAH TERUS KE HADAPAN"

OBJEKTIF
1)Menarik minat masyarakat dalam aktiviti dakwah secara berterusan.

2)Melatih generasi agar kuat mendepani cabaran globalisasi.

3)Menyampaikan ilmu serta menjadi tauladan buat ummah.

⚠️ TAHUKAH ANDA?Buli bukan sekadar menyakiti fizikal...Tapi ia menghancurkan jiwa seseorang dari dalam. πŸ’”πŸ˜¨ Mangsa buli h...
21/05/2026

⚠️ TAHUKAH ANDA?

Buli bukan sekadar menyakiti fizikal...
Tapi ia menghancurkan jiwa seseorang dari dalam. πŸ’”
😨 Mangsa buli hidup dalam ketakutan.

Takut ke sekolah. Hilang fokus. Prestasi merudum.
Dan yang paling menyedihkan...
Kemurungan dan trauma yang sukar sembuh!

βš–οΈ Kepada yang membuli
Jangan fikir kamu selamat.
Undang-undang tidak memandang usia.

🏫 Justeru, di Maahad Al-Mizan β€”
Kami membawa perbualan penting ini terus ke hadapan pelajar.
Kerana membanteras buli bukan pilihan.
Ia tanggungjawab kita semua.

πŸ’ͺ Semoga generasi yang lahir dari sini
Bukan sahaja cemerlang akademik...
Tapi mulia akhlaknya. Kuat jiwanya. Berani bersuara.

🀲 Sama-sama kita jaga anak-anak kita.



Ilmu tanpa sahsiah ibarat pedang yang tumpul!Tajam  tapi bahaya di tangan yang salah.Hari ini, kami bukan sekadar berbic...
21/05/2026

Ilmu tanpa sahsiah ibarat pedang yang tumpul!

Tajam tapi bahaya di tangan yang salah.

Hari ini, kami bukan sekadar berbicara tentang keputusan peperiksaan.*
Kami berbicara tentang SIAPA kamu sebenarnya.*
Kepada pelajar-pelajar hebat SMK Simpang Beluru Form 1 hingga Form 5 .

πŸ’ͺ Bangunlah dengan sahsiah yang mulia.*
Sebab itulah yang akan membawa kamu jauh.*
Bukan sekadar di dunia β€” tapi hingga ke akhirat.*
🀲 Semoga Allah perkukuhkan hati kalian semua.



Pagi ini. Nantikan...
08/05/2026

Pagi ini.

Nantikan...

*ANAK MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK UPKK*Jangan tunggu saat akhir baru nak mula ulang kaji…UPKK perlukan teknik, strategi d...
07/05/2026

*ANAK MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK UPKK*

Jangan tunggu saat akhir baru nak mula ulang kaji…
UPKK perlukan teknik, strategi dan persediaan awal yang betul! πŸ“šβœ¨

πŸ’₯ Sertai SEMINAR FOKUS-A UPKK
Khas untuk membantu pelajar kuasai teknik menjawab dengan lebih mudah dan yakin!

βœ… Fokus subjek:
πŸ“– Bahasa Arab
πŸ“– Sirah

πŸŽ“ Dibimbing oleh:
✨ Ustazah Bazilah – Penceramah Utama subjek UPKK
✨ Iqmal Jamil – Penceramah Utama Seminar Fokus-A

πŸ’‘ Apa pelajar akan dapat?
βœ”οΈ Teknik menjawab soalan dengan betul
βœ”οΈ Tips skor daripada pemeriksa sendiri
βœ”οΈ Cara belajar lebih fokus & berkesan
βœ”οΈ Persediaan awal sebelum peperiksaan sebenar

πŸ“ Tempat: Masjid Muttaqin, Meru
πŸ—“οΈ Tarikh: 06 Jun (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

🎯 PILIHAN PENYERTAAN:
πŸ‘₯ Semuka : RM20 + Workbook RM 5
πŸ’» Atas Talian : RM15 (termasuk e-workbook)

⚠️ PROMOSI 50 TEMPAT TERAWAL SAHAJA!

Ibu ayah boleh Scan QR sekarang atau tekan link ini https://www.wasap.my/60173639952/seminarfokus-AUPK

Ibu ayah, kadang kita risau… anak masuk kelas tapi diam saja, tak faham, atau tak berani mencuba.Tapi semalam, kami send...
05/05/2026

Ibu ayah, kadang kita risau… anak masuk kelas tapi diam saja, tak faham, atau tak berani mencuba.

Tapi semalam, kami sendiri nampak perubahan 😊
Anak yang mula-mula diam, akhirnya berani bersoal jawab, aktif, malah tampil membaca doa di hadapan.

Inilah yang kita nak sebenarnya β€” bukan sekadar belajar, tapi yakin diri, faham, dan seronok belajar agama.

Alhamdulillah, dengan pendekatan interaktif dan mesra anak, mereka bukan sahaja ikut kelas… tapi teruja untuk belajar lagi.

Jika ibu ayah nak anak rasa pengalaman belajar yang sama, boleh terus daftar sekarang.

Jangan tunggu sampai anak ketinggalan. Tuan/puan nak daftar boleh klik link ini https://wasap.my/60173639952/pendaftarankelasFokus-AUPKK

Pagi ini. Semoga segalanya dipermudahkan.Insya Allah.
02/05/2026

Pagi ini.

Semoga segalanya dipermudahkan.

Insya Allah.

*Kelas Tuisyen Online Fokus-A UPKK PERCUMA*Assalamualaikum kepada  tuan puan ibu ayah yang ada nak mengambil peperiksaan...
29/04/2026

*Kelas Tuisyen Online Fokus-A UPKK PERCUMA*

Assalamualaikum kepada tuan puan ibu ayah yang ada nak mengambil peperiksaan UPKK tahun ini. Transform Motivation ada berita baik iaitu pihak kami akan membuka kelas Tuisyen online Fokus-A UPKK secara Percuma selama sejam.

Kelas: Subjek Adab
Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
Jam: 8.30 malam - 9.30 malam
Medium: Google Meet

Jom ibu ayah masukkan anak dalam kelas Tuisyen online ini. Ibu ayah boleh tolong sebarkan kepada lebih ramai orang mengetahui kelas online Percuma ini.

Ibu ayah yang nak Anak masuk kelas Tuisyen online Percuma ini boleh klik link ini https://wasap.my/60173639952/naklinkkelaspercuma

Pagi yang penuh makna di SMK Dr Megat Khas dimulakan dengan slot motivasi yang menyentuh jiwa ✨πŸ”₯ Kata-kata semangat, per...
15/04/2026

Pagi yang penuh makna di SMK Dr Megat Khas dimulakan dengan slot motivasi yang menyentuh jiwa ✨πŸ”₯ Kata-kata semangat, perkongsian pengalaman, dan dorongan yang diberikan diharapkan mampu menyuntik keyakinan dalam diri setiap pelajar untuk terus bangkit dan melangkah lebih jauh πŸ’ͺπŸ“š

Disusuli dengan slot parenting yang membuka ruang kepada ibu bapa dan anak-anak untuk lebih memahami antara satu sama lain πŸ€πŸ’¬ Hubungan yang erat bukan hanya dibina di rumah, tetapi juga melalui kesedaran, komunikasi dan sokongan yang berterusan antara kedua-dua pihak 🀝

Moga setiap pengisian hari ini menjadi titik permulaan kepada perubahan yang lebih baik 🌱 Semoga ia memberi sinar baru kepada kebangkitan pelajar, membina jati diri yang lebih kuat serta masa depan yang lebih gemilang 🌈✨

Selesai sudah Program Parenting di SMK Kamunting Bakti 🀍✨Satu ruang yang bukan sekadar pertemuan, tetapi jambatan untuk ...
15/04/2026

Selesai sudah Program Parenting di SMK Kamunting Bakti 🀍✨
Satu ruang yang bukan sekadar pertemuan, tetapi jambatan untuk menguatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Setiap perkongsian, setiap senyuman, dan setiap detik yang dilalui bersama membawa makna yang cukup mendalam πŸ’¬πŸ’ž

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsi menjadi bekalan untuk membina keluarga yang lebih harmoni, saling memahami dan sentiasa menyokong antara satu sama lain 🌱🀝 Hubungan yang kuat bukan datang sekelip mata, tetapi dibina dengan kasih sayang, kesabaran dan komunikasi yang berterusan πŸ’–

Moga ukhuwah antara ibu bapa dan anak-anak terus mekar, walau diuji dengan cabaran kehidupan 🌈 Semoga setiap langkah kita selepas ini lebih dekat, lebih kuat, dan lebih bermakna sebagai sebuah keluarga yang saling melengkapi πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦βœ¨

Hari ini.  Doakan segalanya dipermudahkan🀲🏻🀲🏻🀲🏻. Moga-moga perkongsian yang akan disampaikan dapat memberi manfaatkan ke...
09/04/2026

Hari ini. Doakan segalanya dipermudahkan🀲🏻🀲🏻🀲🏻.

Moga-moga perkongsian yang akan disampaikan dapat memberi manfaatkan kepada adik-adik hebat yang bakal kami temu sebentar nanti πŸ‘

Alhamdulillah. Selesai sudah program parenting bersama pelajar di SMK DATO AHMAD di Lenggong, Perak. Juga dihadiri oleh ...
09/04/2026

Alhamdulillah. Selesai sudah program parenting bersama pelajar di SMK DATO AHMAD di Lenggong, Perak. Juga dihadiri oleh ibu bapa pelajar.

Mudah-mudahan perkongsian yajg disampaikan ini menjadi asbab hubungan ibu bapa dan pelajar jadi semakin erat. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak guru selaku penganjur di atas kepercayaan yang diberi kepada pihak kami untuk menyemai bakti kepada anak-anak muda ini dan juga kepada ibu bapa mereka.

Address

Taiping
34850

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Transform Motivation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Transform Motivation:

Share