Eira Creative Resources - Projek Vendor Group & Event

Eira Creative Resources - Projek Vendor Group & Event Event Management, Srikandi Solehah, Tudung Shoppe, LawaShoppe, Printing & Supplies

Terima kasih atas ilmu, nasihat dan bimbingan yg tulus ikhlas. Ustazah adalah inspirasi dan sumber kekuatan kami d Srika...
04/08/2026

Terima kasih atas ilmu, nasihat dan bimbingan yg tulus ikhlas. Ustazah adalah inspirasi dan sumber kekuatan kami d Srikandi Solehah.

Sanah Helwah ustazah tersayang 🩷


Cepat daftar..!Pendaftaran awal boleh pilih bilik berdua atau berempat. Stay dengan bestie atau sahabat anda yg sama-sam...
24/07/2026

Cepat daftar..!

Pendaftaran awal boleh pilih bilik berdua atau berempat. Stay dengan bestie atau sahabat anda yg sama-sama ingin berhijrah.

Percutian ilmiah penuh pengisian rohani khas untuk wanita. Terhad untuk 30 peserta sahaja.

Pertanyaan dan pendaftaran diruang komen πŸ‘‡

08/07/2026

Pernahkah terlintas di hati untuk menjerit... meluahkan segala yang terbuku?

Saat dada terasa begitu sesak, nafas seakan semakin berat, dan jiwa mula lelah memikul beban kehidupan... ke manakah lagi tempat untuk kita kembali kalau bukan kepada Allah?

Namun, pernahkah kita tertanya-tanya...

"Dengan dosa yang begitu banyak, masih mahukah Allah mendengar rintihan seorang hamba seperti aku?"

Ketahuilah... Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Bahkan, Dialah yang sentiasa menanti kita kembali. Selagi nyawa belum sampai ke kerongkong dan matahari belum terbit dari barat, pintu taubat-Nya tetap terbuka luas.

Mungkin yang kita perlukan bukan sekadar berehat daripada kesibukan dunia, tetapi memberi ruang kepada hati untuk kembali mengenal Tuhan.

πŠπ„πŒ π’π‘πˆπŠπ€ππƒπˆ 𝟐.𝟎: π’π˜π”π‘π†π€ π˜π€ππ† πƒπˆπ‘πˆππƒπ” bukan sekadar sebuah program.

Ia adalah sebuah perjalanan hati...

Sebuah ruang yang selamat untuk menangis tanpa dihakimi, berkongsi tanpa dipandang rendah, dan mencari semula ketenangan yang mungkin telah lama hilang.

Di sini, kita akan bermuhasabah, mentadabbur ayat-ayat Allah, menyembuhkan hati dengan al-Quran, memperbanyakkan doa dan zikir, serta belajar melihat setiap ujian sebagai jalan menuju reda dan kasih sayang-Nya.

Andai selama ini hatimu terasa penat...

Andai selama ini engkau memendam luka seorang diri...

Andai selama ini engkau rindu untuk kembali kepada Allah, tetapi tidak tahu bagaimana memulakannya...

Mungkin inilah langkah pertama yang sedang Allah aturkan buatmu.

πŠπ„πŒ π’π‘πˆπŠπ€ππƒπˆ 𝟐.𝟎: π’π˜π”π‘π†π€ π˜π€ππ† πƒπˆπ‘πˆππƒπ”

Kerana setiap hati yang kembali kepada Allah, pasti akan menemukan jalan pulang menuju ketenangan... dan semoga akhirnya menuju syurga yang benar-benar dirindui..

*info program ada di komen

07/07/2026

*KEM SRIKANDI KEMBALI LAGI!*

"Kita bukan sesat..kita hanya terlupa jalan pulang.."

Alami sebuah perjalanan hati, melepaskan luka, memeluk redha, menuju syurga yang dirindu

πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ

*Tarikh : 17-18 Okt 2026*
(Penginapan 2 Hari 1 Malam - Bilik Berdua atau berempat)

*Tempat : Sentosa Villa, Taiping*

Yuran penyertaan : *RM250 (Pendaftaran dengan deposit RM100)*
Bayaran termasuk
- Penginapan
- Makan & Minum
- Sijil penyertaan
- Hadiah istimewa

πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ

*Antara Pengisian Program:*
✨ Refleksi Diri & Muhasabah Jiwa
✨ Kenali Diri, Kenali Allah
✨ Memahami Hakikat Kehidupan & Kebergantungan kepada Allah
✨ Healing with Al-Quran
✨ Sister's Circle – Luahan Hati Tanpa Penghakiman
✨ Tadabbur Alam & Refleksi Ciptaan Allah
✨ Mini Explorace – Cabaran Ukhuwah & Nilai-Nilai Islam
✨ Pengukuhan Ukhuwah Fillah
✨ Doa, Zikir & Pengisian Kerohanian

*KHAS UNTUK MUSLIMAH*

Daftar segera! Klik wasap.my/60194885325/KS2

KEMBALI LAGI...🌸 KEM SRIKANDI 2.0. : SYURGA YANG DIRINDU 🌸"Kita bukan sesat... kita hanya terlupa jalan pulang..."Allah ...
06/07/2026

KEMBALI LAGI...

🌸 KEM SRIKANDI 2.0. : SYURGA YANG DIRINDU 🌸

"Kita bukan sesat... kita hanya terlupa jalan pulang..."

Allah membuka begitu banyak pintu syurga buat wanita. Persoalannya, adakah kita sudah melangkah ke arahnya?

Sertai Kem Srikandi 2.0 – Syurga Yang Dirindu, sebuah perjalanan hati yg bakal membimbing kita kembali kepada Allah dengan ilmu, muhasabah dan pengisian yang menyentuh jiwa..

Dibimbing oleh,
🌷 Ustazah Noorsinah Saidin
Bersama jemputan Istimewa,
🌷 Ustaz Mohd Na'im Said

πŸ’œ 17–18 Oktober 2026 (Penginapan 2 Hari 1 Malam - Bilik Berdua atau berempat, tertakluk kepada kesediaan)
πŸ’œ Sentosa Villa, Taiping, Perak

πŸ’œ Yuran: RM250 seorang (Pendaftaran dengan deposit RM100)
πŸ’œ Penginapan
πŸ’œ Makan & minum
πŸ’œ Sijil penyertaan
πŸ’œ Hadiah istimewa untuk semua peserta

πŸ’œ Khas untuk Muslimah berumur 18 tahun keatas
πŸ’œ Terhad kepada 30 peserta sahaja.

πŸ“ž Daftar tempat anda segera, hubungi :
wasap.my/60194885325/KS2 (Puan Era)

Jangan tunggu sehingga hati terasa kosong. Hadirlah, kerana mungkin inilah langkah pertama menuju syurga yang kita rindui..

16/06/2026

πŸŒ™ Salam Awal Muharam 1448H πŸŒ™

Sempena hadirnya tahun baharu Hijrah, marilah kita membuka lembaran kehidupan dengan hati yang lebih dekat kepada Allah, jiwa yang lebih tenang, dan azam yang lebih bermakna.

Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perjalanan meninggalkan segala yang melalaikan kepada ketaatan, daripada kelemahan kepada kekuatan, dan daripada kelalaian kepada kesedaran.

Semoga tahun ini menjadi titik permulaan kepada perubahan yang lebih baik, rezeki yang diberkati, hati yang dipenuhi iman, serta kehidupan yang sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya.

Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H "Hijrah Hati, Menuju Reda Ilahi"
Ikhlas daripada, Srikandi Solehah 🌷

"Ya Allah, jadikanlah tahun yang bakal kami lalui ini lebih baik daripada tahun yang telah berlalu, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk terus istiqamah di jalan-Mu." Aaminn ya robbal aalaminn 🀲🏻

Dukacita dimaklumkan bahawa pengajian kitab BIDAYATUL-HIDAYAH bersama2 Ustazah Siti Hajar Ghazali pada 27hb Jun 2026 di ...
16/06/2026

Dukacita dimaklumkan bahawa pengajian kitab BIDAYATUL-HIDAYAH bersama2 Ustazah Siti Hajar Ghazali pada 27hb Jun 2026 di tangguhkan atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.

Terima kasih

26/05/2026

Salam AidilAdha

🌸 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌸Dengan penuh hormat dan kasih sayang, Pengajian Kitab Tasawuf Bidayatul Hi...
18/05/2026

🌸 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌸

Dengan penuh hormat dan kasih sayang, Pengajian Kitab Tasawuf Bidayatul Hidayah
(Permulaan Jalan Hidayah) bersama Ustazah Siti Hajar Ghazali kembali lagi.

Muslimat2 sekalian dijemput hadir pada :

πŸ“… Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ•€ Masa: 9.30 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Pengajian Masjid Ikhwaniah, Simpang, Taiping, Perak
πŸ’ Mahar: RM30 seorang

Mari bersama menimba ilmu yang membawa hati lebih dekat kepada Allah serta memperbaiki akhlak dan amalan harian. Semoga majlis ilmu ini menjadi asbab hidayah dan keberkatan buat kita semua. 🌷

πŸ“ž Untuk pendaftaran & pertanyaan:
Puan Era : wasap.my/60194885325/BHJun26

β€œBelajar fardu ain adalah WAJIB bagi setiap manusia.”

Jom hadir dan ajak sahabat serta keluarga bersama 🀍

Address

Taiping
34600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eira Creative Resources - Projek Vendor Group & Event posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Eira Creative Resources - Projek Vendor Group & Event:

Shortcuts

Share