HALAL Certification Service - IPOH

HALAL Certification Service - IPOH I am a halal consultant specializing in consulting business owner to get halal certification for their premise. Jom mohon halal !!!

๐Ÿ“ HEBAHAN SEMASA HALALKeperluan Pemakluman Perubahan Nama Eksekutif Halal & Penyelia Halal๐Ÿ“Œ Pemegang Sijil Pengesahan Ha...
28/06/2026

๐Ÿ“ HEBAHAN SEMASA HALAL

Keperluan Pemakluman Perubahan Nama Eksekutif Halal & Penyelia Halal

๐Ÿ“Œ Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) hendaklah memaklumkan kepada Bahagian Pengurusan Halal sekiranya berlaku perubahan nama Eksekutif Halal dan Penyelia Halal bagi tujuan pengemaskinian maklumat dalam sistem MYeHALAL.

๐Ÿ“Œ Pelantikan Eksekutif Halal dan Penyelia Halal merupakan suatu keperluan sebagaimana yang dinyatakan dalam Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 (Pindaan).

๐Ÿ“Œ Kegagalan memaklumkan perubahan tersebut merupakan suatu ketidakakuran besar sebagaimana yang dinyatakan dalam Klausa 33(2)(h) MPPHM (Pindaan) seperti berikut:
"Ketidakakuran berkaitan Eksekutif Halal dan Penyelia Halal termasuklah penyembelih dan pemeriksa halal. (Contoh: bilangan pekerja Muslim tidak memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia)".




Salam Awal Muharram 1448H ๐ŸŒ™Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kejayaan dan ketenangan dalam setiap langk...
16/06/2026

Salam Awal Muharram 1448H ๐ŸŒ™

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kejayaan dan ketenangan dalam setiap langkah kehidupan serta urusan perniagaan kita.

Mari kita perbaharui niat, tingkatkan integriti dan terus melangkah ke arah yang lebih baik.

Ikhlas daripada,
Fikrah Lestari
Perunding Pensijilan Halal โœจ

"Hijrah Membawa Perubahan, Halal Membawa Keberkatan."

๐ŸŒ™โœจ

๐Ÿšจ ISU SEMASA HALALBaru-baru ini, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menarik sijil halal dua buah kilang di Melaka s...
30/04/2026

๐Ÿšจ ISU SEMASA HALAL

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menarik sijil halal dua buah kilang di Melaka selepas didapati menggunakan berus yang mengandungi bulu babi dalam proses pembersihan peralatan.

โ— Apa yang kita boleh belajar dari kes ini?
Ramai yang masih beranggapan bahawa halal hanya tertumpu pada bahan mentah semata-mata.

Hakikatnya, dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM), pematuhan halal merangkumi keseluruhan rantaian proses:
โœ… Bahan mentah
โœ… Peralatan & perkakasan
โœ… Proses penyediaan
โœ… Kebersihan & persekitaran
โš ๏ธ Peralatan yang digunakan juga WAJIB bebas daripada unsur tidak halal dan tidak boleh mendatangkan risiko pencemaran silang (cross contamination).

๐Ÿ‘‰ Satu kesilapan kecil boleh memberi impak besar:
โ€ข Penarikan sijil halal
โ€ข Kehilangan kepercayaan pengguna
โ€ข Risiko kepada reputasi perniagaan

๐Ÿ’ก Ingat:
Halal bukan sekadar label, tetapi satu sistem pematuhan yang menyeluruh.

๐Ÿค Perlukan panduan untuk pastikan bisnes anda patuh halal sepenuhnya?
Kami di Fikrah Lestari sedia membantu dari A hingga Z.

๐Ÿ“ HALAL Certification Service - IPOH

๐ŸŒ™ Selamat Hari Pekerja 2026 ๐ŸŒ™Di sebalik setiap kejayaan bisnes, ada usaha dan pengorbanan yang tidak ternilai. Kami di F...
30/04/2026

๐ŸŒ™ Selamat Hari Pekerja 2026 ๐ŸŒ™

Di sebalik setiap kejayaan bisnes, ada usaha dan pengorbanan yang tidak ternilai. Kami di Fikrah Lestari menghargai setiap individu dan organisasi yang komited dalam memastikan kualiti, integriti dan pematuhan โ€” termasuk dalam pensijilan halal.

๐Ÿค Teruskan usaha
๐Ÿ“ˆ Terus berkembang
๐ŸŒฑ Terus membina ekosistem halal yang lestari
โœจ Bersama membangun ekosistem halal yang lestari
โ€”
HALAL Certification Service - IPOH

SALAM AIDILFITRI 1447H.Ikhlas daripada: FIKRAH LESTARI
22/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447H.

Ikhlas daripada: FIKRAH LESTARI

Dalam perbincangan tentang doktrin "asal sesuatu itu harus ุงู„ุฃูŽุตู’ู„ู ูููŠ ุงู„ุฃูŽุดู’ูŠูŽุงุกู ุงู„ุฅูุจูŽุงุญูŽุฉ", kita tidak boleh menafi...
25/02/2026

Dalam perbincangan tentang doktrin "asal sesuatu itu harus ุงู„ุฃูŽุตู’ู„ู ูููŠ ุงู„ุฃูŽุดู’ูŠูŽุงุกู ุงู„ุฅูุจูŽุงุญูŽุฉ", kita tidak boleh menafikan satu hakikat penting dalam syarak, iaitu menjauhi perkara syubhah adalah satu tahap yang lebih tinggi dalam beragama.

Rasulullah SAW bersabda: โ€œSesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara yang syubhahโ€ฆโ€ (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Hadith ini bukan sekadar memaklumkan kewujudan syubhah, tetapi mengajar bahawa meninggalkannya adalah jalan selamat untuk memelihara agama dan maruah diri.

Dalam konteks makanan kontemporari hari ini, rantaian bekalan semakin kompleks, bahan ramuan semakin pelbagai dan tidak semuanya jelas sumbernya.

Emulsifier, perisa, gelatin, bahan pemprosesan, risiko pencemaran silang, semua ini bukan lagi perkara mudah untuk dinilai hanya dengan melihat pada zahir produk.

Di sinilah syubhah menjadi realiti, bukan teori. Maka, usaha mendapatkan pengesahan halal melalui logo halal bukan manifestasi paranoia atau was-was berlebihan, tetapi satu bentuk ihtiyat (langkah berhati-hati) yang selari dengan tuntutan syarak.

Mengambil yang pasti dan meninggalkan yang meragukan adalah sifat waraโ€™.

Logo halal dalam konteks semasa berfungsi sebagai mekanisme untuk menghilangkan keraguan dan memberi keyakinan.

Ia bukan satu bentuk paranoia berlebihan, seolah-olah semua benda perlu dilabelkanโ€ฆ Logo Halal membantu kita membuat keputusan yang bersumber dan berasaskan bukti (informed decision).

Mencari jaminan halal bermaksud kita memilih kepastian.

Ia bukan ketakutan tanpa asas, tetapi disiplin agama dalam dunia makanan yang semakin kompleks.

๐Ÿงงโœจ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA โœจ๐ŸงงFikrah Lestari mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Ti...
17/02/2026

๐Ÿงงโœจ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA โœจ๐Ÿงง

Fikrah Lestari mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua khususnya di Negeri Perak.

Semoga perayaan ini menyemai semangat keharmonian, membawa kemakmuran dan kejayaan dalam setiap usaha yang diimpikan.

Raikan detik bermakna bersama keluarga dan insan tersayang dengan penuh kegembiraan dan kesejahteraan.

SENARAI HOTEL / RESORT PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA (SPHM) 2026 โ€“ PERAK DARUL RIDZUANUntuk makluman, berikut...
16/02/2026

SENARAI HOTEL / RESORT PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA (SPHM) 2026 โ€“ PERAK DARUL RIDZUAN

Untuk makluman, berikut adalah senarai hotel dan resort di semua daerah di negeri Perak yang telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada pihak berkuasa berwibawa. Pensijilan ini adalah bagi memastikan penyediaan makanan dan minuman di premis berkenaan mematuhi piawaian halal yang telah ditetapkan.

Senarai ini bertujuan memberi panduan dan keyakinan kepada pengguna, khususnya umat Islam, dalam membuat pilihan premis yang menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan syariah.

Orang ramai digalakkan untuk merujuk senarai ini sebagai panduan serta terus menyokong premis yang telah mendapat pengiktirafan halal Malaysia.

๐Ÿ“… Tarikh kemas kini: 16 Februari 2026

Sekian, terima kasih.

๐Ÿ“ Hebahan Semasa HalalHebahan Pindaan Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang Diiktiraf๐Ÿ“Œ Pindaan Badan Pensijilan Halal ...
10/02/2026

๐Ÿ“ Hebahan Semasa Halal

Hebahan Pindaan Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang Diiktiraf

๐Ÿ“Œ Pindaan Badan Pensijilan Halal Luar Negara (BPHLN) yang diiktiraf oleh JAKIM telah diwartakan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) (Pindaan) 2026 dan berkuat kuasa pada 30 Januari 2026.

๐Ÿ“Œ Melibatkan penambahan dua (2) buah BPHLN yang baharu iaitu Shanghai Global Halal Certification Service (SGH) dan Taiwan Halal Certification Development Co., Ltd (THCD) serta pindaan logo bagi Centro Islรกmico de Chile (CICH) dan Vietnam National Halal Company Limited (VNH).

๐Ÿ“Œ Jumlah BPHLN yang diiktiraf adalah sebanyak 94 daripada 47 buah negara.

๐Ÿ“Œ Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Halal Malaysia di pautan:https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/pdf/cb/FHCB30012026.pdf atau imbas Kod QR pada poster.

Bil. 1/2026
10 Februari 2026 / 22 Syaaban 1447H

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

Announcement Amendments to Recognized Foreign Halal Certification Bodies

๐Ÿ“Œ The amendments to the recognized Foreign Halal Certification Bodies (FHCB) by JAKIM have been gazetted under the Trade Descriptions (Certification and Marking of Halal) (Amendment) Order 2026 and came into operation on 30 January 2026.

๐Ÿ“Œ This involves the addition of two (2) new FHCB, namely Shanghai Global Halal Certification Service (SGH) and Taiwan Halal Certification Development Co., Ltd (THCD), as well as the amendment of logos for Centro Islรกmico de Chile (CICH) and Vietnam National Halal Company Limited (VNH).

๐Ÿ“Œ The total number of recognized FHCB is 94 from 47 countries.

๐Ÿ“Œ For more details, please visit the Malaysia Halal Portal at:https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/pdf/cb/FHCB30012026.pdf or scan the QR Code at the poster.

No. 1/2026
10 February 2026 / 22 Syaaban 1447H






Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM

Address

Tambun
31150

Telephone

+60136641796

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALAL Certification Service - IPOH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HALAL Certification Service - IPOH:

Shortcuts

Share